31 Ogos, 2008

Salam Ramadhan


Esok,InsyaAllah umat-umat islam akan meraikan ketibaan bulan Ramadahan almubarak, bulan yang penuh keberkatan dan rahmatnya. Dalam kita menyambut ketibaan bulan yang mulia ini diharap kita semua dapat memaafkan satu sama lain,andai ada salah silap antara kita.Aku tidak ingin mencoret panjang kerana aku mahu cuba meminimumkan dosa-dosa aku pada bulan yang mulia ini.
Akhir kata, semoga bulan ini bakal memberi kekuatan dan keberkatan dalam hidup kita semua, ALLAHUAKBAR!

27 Ogos, 2008

BN-undurLAH segera




Selesai sudah PRK bagi P.44 Permatang Pauh semalam. Maka dilihat disini bahawa sokongan rakyat semakin bertambah kepada pakatan rakyat walaupun berbagai tohmahan dilemparkan kepada calon PR iaitu DSAI.Nah, lihat sahaja majoriti yang diperolehnya, 15671 undi meninggalkan calon BN Dato' Ariff shah. BN dengan segala jentera dan bala tentera turun berkempen selama 10 hari disana sambil berharap dapat memusnahkan hajat Anwar ke putrajaya telah dilihat gagal secara total. Rakyat Permatang Pauh telah bulat-bulat telah menolak BN-UMNO hingga ketahap yang boleh dikatakan hina.Isu-isu liwat,agen yahudi,menghapuskan ketuanan melayu malah BN juga dilihat cuba memainkan isu perkauman yang nyata tidak dapat mengubah hasrat rakyat yang inginkan perubahan di Malaysia ini.
BN juga harus sedar yang mereka sepatutnya sebelum ini memikirkan kehendak rakyat dari memerintah syok sendiri.Pak Lah khususnya yang dilihat menjadi punca kemerosotan sokongan kepada BN-UMNO harus menukar segera pelan persaraannya dari 2010 kepada tarikh yang lebih awal lagi bagi mengelak parti pimpinannya sekarang berkubur lebih awal lagi.
Masa telah tiba bagi pembaharuan Malaysia yang lebih dinamik,berintergriti dan bermaruah. Jika BN enggan berubah, aiyoh kita angkat pemerintah era baru bagi mengganti BN yang telah pun melepasi tarikh luputnya.

23 Ogos, 2008

Harapan Rakyat Malaysia Baru


Kita perlukan semua pihak berkuasa, tidak kiralah polis ka, Badan Pencegah Rasuah ka. Kalau mereka tiada, sapa nak hapus jenayah, rasuah dan sebagainya. Baru-baru ini, saya mendengar cerita begitu banyak skim cepat lingkup yang mengganas melalui alam siber. Polis diperlukan untuk membanteras penyangak-penyangak itu.Kita amat menghargai polis yang baik , penguatkuasa BPR yang baik dan sebagainya. Kalau ada yang jahat, kita mohon Allah s.w.t. yang dikasihi laknatkan mereka. Kalau ada.Pada masa yang sama, kita juga tak suka melihat kerja-kerja penghapusan jenayah menjadi komedi bangang dan tukang-tukang hapus jenayah menjadi entah apa-apa. Malaslah aku nak cakap.Saya berharap sangat apa yang diceritakan oleh Mat Saman Kati dan suku sakatnya dalam posting bertajuk "Konspirasi BPR-BN Perak" dalam Perak Express adalah tidak benar dan rekaan semata-mata (lihat juga berita Malaysiakini 22/8/08 "Kerajaan Perak tuntut BPR, media mohon maaf"). Jika benar, lebih baik orang-orang yang terlibat buat perangkap bengap itu pergi mintak kerja buat 'pangsai chua' atau kertas sapu taik. Itu sahaja yang layak kepada mereka. Sebab itulah saya harap sangat tak benar.Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada Raja Petra Kamaruddin bila peralatannya di rampas lagi (entah ke berapa kali, saya tak boleh ingat lagi) seperti dilaporkan Malaysiakini 22/8/08 dalam berita bertajuk "Kes liwat: Rumah Petra digeledah polis".Diharapkan beliau tidak luntur semangat walau pun berbagai tekanan dikenakan keatasnya.Aku sebagai rakyat Malaysia yang merdeka tetap percaya kezaliman yang dilakukan sang penguasa akan terhapus dalam jangkamasa terdekat,sama-sama kita doakan.

22 Ogos, 2008

BPR-Barua Pilihanraya

Kalau perangai tak semenggah itu terus diamalkan, inilah jadinya. Setelah gagal memujuk Pas untuk menumbangkan kerajaan PR, Tajol Rosli terus berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini, walau dengan apa cara sekalipun. Dia mencuba pulak membawa Ezam untuk memujuk ADUN PKR untuk berpaling tadah tapi itu juga gagal.Tapi apa nak kata, wawasan sudah diumumkan iaitu untuk menubuhkan kerajaan BN pada 31 Ogos ini. Setelah melihat Anwar bertanding diPermatang Pauh, dan setelah melihat tidak ada apa lagi yang boleh menghalang Anwar untuk menang, kecuali dengan kehendak Tuhan, maka Tajol Rosli memulakan gerakan kotornya.Salah satu cara untuk menghalang Anwar daripada meneruskan usahanya untuk mengambil alih pemerintahan negara ialah dengan mensabotaj pilihanraya kecil yang ditandingi oleh Anwar. Bermula dengan kes Saiful, beberapa siri skandal dicipta untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap Anwar. DiPerak, skandal rasuah dicipta melibatkan ADUN-ADUN PKR.Setelah gagal dengan bermuafakat dengan Pas, tajol rosli membawa ezam untuk melakukan komplot ini. Tugas pertama Ezam ialah mengenalpasti siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang boleh dibeli. Tumpuan Ezam ialah Jamaludin dan Osman, dua Exco Perak. Walaupun mencuba beberapa kali, namun mereka gagal membeli Jamaludin dan Osman. Namun komplot perlu diteruskan dan mereka mencari siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang mudah diperdaya. Dengan bantuan Ezam, mereka mengenalpasti Kapt (B) Usaili Alias, bekas ADUN Bota. Perancangan mereka ialah menggunakan Usaili untuk memerangkap Jamaludin dan Osman.Perancangan bermua kia-kira sebulan lalu, dengan bantuan BPR Putrajaya. Seorang ejen bPR telah dihantar untuk memulakan operasi. Ejen yang bernama Imran ini dibekalkan dengan sebuah Mercedes S320 bewarna hitam, dan berlagak sebagai seorang tokoh korporat Kuala Lumpur .Kali pertama beliau kelihatan ialah apabila datang kepejabat MB Perak di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bertanya tentang Usaili. Staf SUK tealh memperkenalkan beliau dengan seorang juruteknik dari PKNP bernama Roslan Sahat yang sememangnya rapat dengan Usaili. Roslan kemudiannya mengajak Zul Hassan untuk berjumpa dengan Usaili. Untuk meyakinkan Usaili, Imran telah membawa seorang kenalan beliau, seorang peniaga, Fairuz Azrim Ismail yang sememangnya dikenali oleh Usaili dan beberapa pemimpin PKR Perak.Perbincangan dengan usaili adalah untuk membina sebuah pusat membina kapal di Bagan Datoh dan kertas kerja beserta profil syarikat telah diserahkan kepada Usaili. Imran mengharapkan Usaili dapat menggunakan kedudukan beliau sebagai kenalan rapat kepada kedua-dua EXCO ini untuk membantu meluluskan projek ini. Namun, kedua-dua EXCO ini, Jamaludin dan Osman tidak mahu terlibat kerana diluar bidang kuasa mereka.Namun Imran tidak berputus asa. Pilihanraya Permatang Pauh memberikan peluang kepadanya untuk meneruskan komplot BPR ini. Imran telah menawarkan untuk menyumbang sebanyak RM5,000 kepada PKR Perak untuk digunakan didalam pilihanraya kecil Permatang Pauh. Oleh kerana beliau mahu menyerahkan wang tersebut kepada PKR negeri, maka Usaili telah mencadangkan keada beliau untuk menyerahkan wang tersebut kepada Jamaludin, yang mana merupakan Bendahari PKR Perak.Satu pertemuan telah diadakan dipejabat SUK pada 14.8.08 yang mana Imran telah membawa wang sebanyak RM5,000 untuk dberikan kepada Jamaludin. Sekali lagi, Jamaludin menolak sumbangan tersebut dan memberitahu Imran, supaya menyumbang kepada PKR Permatang Pauh sekiranya beliau benar-benar ingin membantu. Sekali lagi harapan untuk memerangkap Jamaludin tidak menjadi, sebaliknya, Imran menyerahkan wang tersebut kepada Usaili. Tanpa menyedari wang tersebut telah ditanda, Usaili menerima wang tersebut dan pergi kePermatang Pauh bersama-sama Imran, Zul Hasan, Fairuz Azrim dan Roslan Sahat pada malam Penamaan Calon.Dimalam tersebut, Usaili tinggal diBilik Gerakan Kg. Pertama manakala tiga lagi rakannya menghilangkan diri bersama Imran. menurut malumat, Imran telah membawa bersama dua orang pelacur yang dibawa khas dari Ipoh dan menempah sebuah hotel diPulau Pinang. Tidak diketahui, siapakah diantara mereka bertiga yang telah menggunakan pelacur tersebut.Setelah dua kali usaha untuk memerangkap kedua-dua EXCO ini tidak berjaya, Imran telah menggunakan taktik yang lebih menarik, dengan bantuan BPR Putrajaya. Melalui Azrim sebagai informer, Imran mengintai peluang, bilakah kedua-dua EXCO ini berada ditempat yang sama secara serentak.Peluang tersebut tiba apabila Usaili, Jamaludin dan Osman berjanji untuk kePermatang Pauh bersama-sama pada 19.8.08. Pada hari tersebut, Osman dan Usaili menunggu Jamaludin di Kluang Cafe, Ipoh Raya. berhampiran dengan bangunan SUK Perak. Nasib memang menyebelahi Jamaludin kerana beliau terpaksa menjemput isteri seorang kawannya yang menyebabkan beliau terlewat, lantas memberitahu Usaili bahawa beliau akan terus kePermatang Pauh bersendirian.Apabila menyedari Jamaludin tidak akan datang, melalui Azrim yang minum disebuah restoran berdekatan, BPR terpaksa meneruskan operasi mereka. Imran bersama dengan seorang wanita telah membawa sebuah beg dan pergi berjumpa Usaili diKluang Cafe. Imran telah meletakkan beg tersebut diatas meja dimana Osman dan Usaili duduk dan terus beredar. Sebaik saja Imran beredar, pasukan BPR terus menyerbu Osman dan Usaili dan menyuruh Usaili membuka beg tersebut.Usaili enggan membuka beg tersebut, lantas pegawai BPR telah menyuruh pegawainya yang lain untuk membuka beg tersebut, dan….memang ada wang berketul-ketul. Jadi, semua cerita tentang kelima-lima tertuduh ini ditangkap dibilik hotel adalah pembohongan SPR semata-mata. kejadian ini berlaku diKluang Cafe, Ipoh raya, didepan khalayak ramai. Bukannya didalam bilik hotel seperti yang dikatakan.Usaili kemudiannya memanggil Roslan, Azrim dan Zul Hasan yang berada direstoran berdekatan untuk bertanya apakah yang berlaku. Zul Hasan telah memaklumkan bahawa mereka telah diminta supaya tidak bersama Osman dan Usaili lebih awal. Mengapa? Kerana Fairuz Azrim adalah informer kepada Imran, yang memberikan maklumat tentang pergerakan Usaili dan Osman.Untuk menutup operasi mereka, BPR telah juga menangkap ketiga-tiga lelaki ini dan dibawa kepejabat BPR bersama-sama Usaili dan Osman. Semasa siasatan, BPR telah menjumpai sebahagian daripada wang RM5,000 yang telah ditandakan yang diberikan kepada Usaili semasa malam Penamaan Calon lalu. Maka BPR merasakan mereka mempunyai bahan bukti untuk menahan reman Usaili dan Osman.Bagaimana Jamaludin boleh terlibat? Jamaludin bergegas balik keIpoh setelah mendapat tahu rakannya ditahan. Sebaliknya, beliau pula ditahan. Tetapi BPR tidak mempunyai kes terhadap Jamaludin dan tidak tahu apakah pertuduhan yang hendak dikenakan. Pengarah BPR terus megeluarkan kenyataan bahawa kesemua mereka ini ditahan kerana cuba menerima rasuah sebanyak RM120,000.! tetapi apabila Jamaludin dibawa kemahkamah untuk perintah tahanan reman, tuduhan yang dikenakan kepada beliau ialah cuba mendapatkan suapan berjumlah RM5,000 pada 14.8.08. Kita tunggu, apakah pula tuduhan ini akan dipinda lagi kemudian.Dalam permohonan untuk menilai semula perintah tahanan reman terhadap Osman, Usaili, Roslan, Zul dan Azrim dimahkamah tinggi petang tadi, seperti dijangka, BPR telah membebaskan Azrim! Hakim bagaimana pun membatalkan perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap empat tertuduh lain.Semasa perbicaraan, pendakwa BPR telah memberitahu mahkamah bahawa Pegawai Penyiasat kes ini baru sahaja dilantik selepas permohonan reman diberikan oleh mahkamah majistret. Macam mana tangkap dulu, kemudian ditahan reman, baru lantik Pegawai Penyiasat? Bukankah siasat dulu baru tangkap?Sebenarnya, Pegawai Penyiasat BPR (seorang wanita) telah menarik diri dari terlibat dari kes ini!Osman, Usaili, Roslan dan Zul Hasan telah dibebaskan oleh hakim mahkamah tinggi manakala Azrim dibebaskan oleh bPR. Jamaludin terpaksa tinggal dihotel BPR satu malam lagi (esok) sebelum dibebaskan pada hari Sabtu.Tetapi kes ini belum berakhir dan banyak lagi maklumat tidak boleh dinyatakan disini.

Permatang Pauh



Tinggal 4hari saja lagi P.44 Permatang Pauh akan mendapat pemimpin baharu. Dalam jangkamasa kempen yang bersisa ini,pelbagai taktik kempen didengar,ada yang baik malah banyak juga yang buruknya.Kesan dari kempen ini telah menarik minat bukan saja rakyat sekitar malah seluruh negara amnya bergegar.Dari isu liwat hingga isu rasuah dan tidak ketinggalan isu setempat bergegar dalam ceramah politik hampir setiap jam!
Antara strategi parti yang bertanding, paling menarik mendengar pengumumun PakLah bahawa harga minyak akan turun 1st september ini. Aku seperti biasa,tidak gembira tapi tidak juga berduka mendengar berita ini.Walaupun Paklah menyatakan bahawa pengumuman beliau ini bukan bahan kempen aku dapat merasakan ianya satu pegumuman terdesak setelah tahu strategi beliau yang lain gagal memikat hati pengundi di p.44 ini.Setelah menaikkan harga minyak dengan alasan mahu menghapuskan subsidi kerajaan sekarang kerejaan mahu menurunkan pula?Apakah taktik ini?mempermainkan hati rakyat?gimik politik haprak?atau tindakan terdesak mahu menafikan kemenangan Dsai dan rakyat?Kita sebagai rakyat harus sedar,semenjak rejim Paklah memerintah, apa yang beliau pernah turunkan?Tiada langsung apa-apa melainkan menurunkan lagi kepercayaan rakyat..AkU yakin, pada 1st september harga minyak pasti turun tetapi bukan dari Pak Lah sebaliknya dari kerajaan baru pakatan rakyat yang memerintah selepas Paklah jatuh 28hb ini melalui undi tidak percaya(doa-doakan).
Atas apa pun,Permatang Pauh tetap milik rakyat. Siapa pun yang menang,rakyat pasti mahu yang terbaik walaupun selama ini BN yang memerintah negara jarang memberikan kita apa yang kita harap Terbaik.

16 Ogos, 2008

Sumpah Tidak Perlu

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bersumpah menggunakan kitab suci bukan ajaran Islam sebaliknya merupakan amalan orang Kristian dan Yahudi.Sehubungan itu, kata bekas menteri besar Terengganu itu, kes yang membabitkan zina dan liwat hendaklah dirujuk kepada undang-undang qazaf."Jika undang-undang qazaf tidak ada, kerajaan perlu membuat pindaan di Parlimen supaya ia boleh diadili melalui undang-undang Islam"Rujuk kepada mahkamah syariah mengikut Akta 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan iaitu kes untuk zina dan liwat," katanya.Abdul Hadi berkata demikian ketika mengulas tindakan Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan mendakwa beliau telah diliwat secara paksa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, dalam Islam hanya ada lian iaitu sumpah antara pasangan suami isteri.Untuk rujukan,Anwar dan Saifool bukanlah suami isteri(jangan jadi FOOL macam SaFOOL ni)."Beliau (Saiful) menggunakan agama Islam jenama apa kerana ia tidak merupakan hak dalam Islam.Abdul Hadi sekali lagi mengulangi kes tersebut merupakan satu agenda politik yang kotor
Sementara itu, Bernama melaporkan, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga berkata kaedah sumpah laknat oleh Saiful dengan memegang kitab suci al-Quran adalah menyalahi ajaran Islam kerana perbuatan memegang atau menjunjung kitab suci sebenarnya adalah perbuatan meniru orang Kristian yang memegang kitab suci mereka.
Anwar pula menyifatkan tindakan bekas pembantu peribadinya adalah satu perbuatan politik kotor untuk menjatuhkannya pada pilihanraya kecil itu. (Wallahuaalam)

15 Ogos, 2008

surat dari ahli umno tegar(dibaca serius)

Kepada Pak Lah… PM kesayangan kuSaya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pak Lah kerana menaikkanharga minyak. Selepas ini apabila harga minyak naik, harga barang yg lain akannaik. Saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mata dan pecah perut kepade ikan kering sahaja. Saya sanggup berkorban untuk UMNO danBN.Anak saya yangg seramai 5 orang itu boleh bekerja selepas waktu sekolah untukmembantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan BN. Saya akanmerubah bilik-bilik yang ada di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikandan menanam sayur secare hidroponik. Saya terpaksa tanam dalam bilik kerana sayaduduk dekat rumah flat.Rebet yang diberikan kepada saya memang melebih darikeperluan saya. Apabila saya congak, saya hanya menggunakan 20 sen saja duitminyak motor sehari. Ada untung 21 sen. Saya tak pakai pon kete sebab bileminyak naik saya kene jual Datsun kotak mancis saya. Dapat gak duit. Anak-anaksaya, saya akan suruh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskalke sekolah. Sejauh 5 KM walaupon saya berpendapatan RM 1000, ia terlebih cukupuntuk keluarga saya.Buat permulaan untuk merubah kehidupan saya, saya tidak akanmenggunakan gula, tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot. Akanmenggantikan beras ngan ubi. Setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa(kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk). Saya akan buat minyak masak sendiriitu antara care saya merubah hidup.Ade banyak lagi care semuanya kerana UMNO danBN. Dan saya ingin meminta Pak Lah supaya menaikkan lagi harga minyak yg ade.Bukan tu ajerk, diminta menaikkan lagi harga tol kerana org sebelah rumah sayanih orang pembangkang. Dia selalu ikut highway, bior padan ngan mukedia.MungkinPak Lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikatdekat-dekat pilihanraya nanti. Insyaallah kain pelikat itu saya akan framekandan gantung dirumah. Tapi jangan lupa Pak Lah tandatangan yerk..! Jgn lupe PakLah, naikkan lagi harga minyak. Jgn turun kan gaji menteri-menteri dan tuanpenasihat 25%.Saya tetap akan menyokong Pak Lah.Akhir kata bior Pak Lah senang, janji kami susah. Hidup UMNO, hidup BN.Sekian, terima kasih.p palang s: sampaikan salam saya pada KJ dan Patrik Badawi dan tak lupe gak tuan punya Syarikat Scomi.pecah kaca, pecah gelas,sudah baca, harap balas

U-umno,uitm

UMNO kelihatan cukup terdesak untuk memaksa pengundi Permatang Pauh untuk berpihak kepada mereka. Tak cukup dengan media yang menghentam PKR habis habisan, mereka turut menggunakan khidmat Penuntut UiTM yang di taja khas pengangkutannya seramai 5000 orang untuk ke Permatang Pauh sebagai kumpulan penyanyi KOIR dengan lagu "Anak kecil main Api".Salah seorang penuntut Uitm yang ditemui di Seksyen 7 Shah Alam merasakan perubahan yang cukup hebat di tunjukkan oleh pihak Universiti berharap agar dengan perubahan ini, mereka boleh mendapatkan tambang dan cuti kuliah untuk sertai rancangan realiti Akademi Fantasia atau Malaysian Idol pada masa akan datang. Tapi syarat penyertaan mungkin terpaksa dibuat melalui surat yang dituju khas kepada Naib Cancelor Uitm.Masalahnya ... sanggup kah pelajar wanita bertemu dengan jejaka tampan, Y. Bhg. Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim bin Abu Shah PJN, SPSK, DCSM, DPMK, DPMS, PGBK, DMSM, JBK, DNS, PBS, BCM? Huh .... kacak, memang kacak.Ibu bapa dan pembayar cukai mungkin setuju dengan langkah Uitm menghantar pelajar ke sana. Bayangkan .. kalau sebuah bas boleh membawa 44 orang penumpang. Maka untuk mengangkut 5000 pelajar, 113 buah bas di perlukan. Kalau pelajar diangkut dari Shah Alam .... hah berapa lah agaknya wang pembayar cukai yang perlu di keluarkan?Alhamdullillah .... berbaloi hantar anak ke Uitm. Di samping belajar penuntut Uitm di berikan pengalaman untuk berDEMO, berKOIR dan akan datang mungkin berAKademi Fantasia serta berMalaysian Idol.

14 Ogos, 2008

Malaysia untuk Melayu-kah?

"Melayu hilang kuasa"- Terdengar kata-kata ini selepas tsunami politik melanda 8mac lalu. Lama masa aku ambil untuk memahami maksud hilang kuasa ini. Setelah aku berfikir, aku tidak langsung menemui jawaban bahkan aku hanya menemui persoalan demi persoalan yang rumit untuk dijawab. Pertamanya, apakah kuasa(dibaca UMNO) melayu yang hilang selepas tsunami melanda?Mantan MB Selangor pasti ada jawaban itu-"suara-suara pemimpin Melayu akan terhakis jika Umno terus tewas begini dalam PRU-13 nanti, ayuh bangkitkan semua umat melayu bersatu"- locon bukan? Hakikatnya kuasa yang disebut adalah kuasa memperkayakan suku sakat sahaja dan bukan niat membangunkan bangsa itu sendiri(waktu memerintah apa yang beliau buat untuk orang melayu?) Kuasa disini boleh difahami bahawa ada kuasa boleh kaya,tiada kuasa tuju kedana saja, membangun bangsa tiada dalam agenda. Habis dicanang seluruh alam bahawa sesiapa Melayu yang memilih pembangkang adalah pengkianat bangsa. Parti-parti DAP,PKR,PAS semuanya berjuang bukan atas nama bangsa tetapi atas paksi rakyat Malaysia Khususnya. Kewujudan parti-parti ini di Malaysia dan tiada sebab sebagai rakyat Malaysia mereka layak untuk dipilih.. Aku tidak mahu menulis panjang kerana itu bukan cara aku untuk popular,cuma cukuplah yang aku katakan bahawa aku tidak pernah menyesal memberi undi aku kepada DAP dan PAS pada PRU yang lepas. PRU-13 juga aku tidak berganjak dan atas sebab aku rakyat Malaysia yang merdeka aku tidak boleh digelar pengkianat bangsa hanya kerana tidak memilih UMNO.

13 Ogos, 2008

pelajar jangan jadi alat

Shah Alam 12 ogos 2008-Seramai 5000 pelajar UITM mengadakan demontrasi terhadap MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim atas cadangan beliau supaya dbuka 10% kuota Uitm kepada bukan Bumiputra. 5000 atau 3000(sumber media cetak dan elektronik yang jelas berbeza) pelajar yang turun mengadakan demo tersebut, rata-ratanya mereka tidak mengetahui dengan jelas apakah tujuan perarakan ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini. Jelas kelihatan sebilangan besar mereka yang hadir seakan-akan bergembira, sambil merakam gambar sesama mereka seolah-olah menghadiri satu pesta keraian sahaja dan tidak didalam semangat berdemo lagaknya.
Walau apapun dan siapa yang merancang perarakan tersebut( yang total gagal) mereka tidak menyedari yang mereka hanya diperalatkan oleh pihak tertentu dalam agenda yang dilihat lebih menjurus kepentingan politik sendiri(naib kaunselor org kuat umno). Cadangan 10% oleh mb Selangor tersebut hanya cadangan sahaja, tidak lebih tidak kurang. Belum pernah dibincangkan di mana-mana mesyuarat peringkat tertinggi pengurusan. 'Cadangan' ini kemudian dibidas PM, Pak Lah yang menyatakan bahawa Tan Sri Khalid tiada hak untuk merubah sistem yang ada.
Pada pendapat aku baik siapa pun, rakyat Malaysia berhak membuat sesuatu cadangan kerana cadangan adalah pendapat peribadi masing-masing dan belum tentu dapat dilaksanakan.Jesteru itu cadangan Tan Sri Khalid membuka kuota tersebut adalah pendapatnya sebagai menteri yang mewakili semua kaum dibawah kerajaan Selangor dan tidak patut dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Walau apapun isi memo yang diserahkan kepada pejabat MB, Tan Sri Khalid diharap tidak melatah dengan tindakan pelajar-pelajar yang jelas digunakan dan aku berharap dimasa hadapan para-para pelajar Uitm lebih fokous terhadap pelajaran daripada menjadi alat pihak yang jelas mempunyai kepentingan politik yang busuk. Adios...

12 Ogos, 2008

Zulkifli Nordin masih 'hilang'?

Mana ada beliau ditahan? Ini semua khabar angin dan ini merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab oleh segelintir pihak yang sengaja buat spekulasi. -Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar .Huh, ada yang tidak kena penafian yang dibuat tentang ghaibnya Yb Zulkifli Nordin sejak kali terakhir dilihat di khalayak ramai sabtu lalu. Aku dapat merasakan yang sesuatu telah berlaku padanya kerana mana mungkin beliau boleh menghilangkan diri begitu sahaja. Kepada aku, ada andaian yang aku buat.



  1. Beliau ditahan polis kerana dituduh cubamempengaruhi penyokong demo pagi sabtu lalu untuk melakukan keganasan awam.
    2. Beliau cuba menenangkan diri kerana dipercayai tindakan beliau pada sabtu lalu tidak mendapat restu dari pimpinan partinya.
    3. Beliau ditarbiahkan oleh Imam-imam hadhari pimpinan Pak Lah untuk dibeli dan akhirnya mengikut jejak langkah raja Sesumpah-Ezam mad nor untuk menyertai UMNO melawan pakatan rakyat.

    Apa pun andaian yang kita semua, bagi yang percaya adanya tangan-tangan "hitam" dalam negara ini harus kita mengambil ikhtibar bahawa negara kita yang tercinta ini telah dikuasai oleh kapitalis-kapitalis yang bertopengkan pemimpin-pemimpin rakyat walhal mereka dalam diam-diam merampas apa yang kita gelar kebebasan.

09 Ogos, 2008

kawan-kawan

"wei kudos" sapa sms dari sahabat aku nun di Shah Alam petang tadi. Eh,hehe sudah agak lama beliau tidak menulis mesej kepadaku. "apa? lu intai gua ke" aku membalas mesejnya yang pada sangkaanku beliau baru melihat friendster ku. Beliau lantas membalas,"amender intai?Kawe tok pahe?Sape buboh lazio?SA ja,bungkuh balik".Ayatnya membuat aku terkedu, seraya terfikir aku apakah tujuan mesejnya itu. "hehe gua ingat lu intai gua kat fwenster gua td. Andrei Voronin yg bubuh,biasa la satu cukup la"... dengan yakin aku membalas kerana telah kuduga pasti ini berkaitan perlawanan bolasepak malam kelmarin antara Liverpool dan Lazio. Sebenarnya kami berkongsi pasukan kegemaran iaitu Si merah yang Unggul-Liverpool fc. Mesejnya dihantar lagi, "Smale kawe doh baco blog demo,uje.Kawe hingat kupule uje, rhuponyo buke, nyway,kawe on da way ko kota baru, kalo demo nok dok otel pecumo,maghi la.Kawe jaji ar,yang kawe tok sei liwat ko demo,laen la demo nok dakwo kawe". Huh, terkesima aku membaca mesej pendeknya yang ala-ala kes yang hangat sekarang ini, lantas membuat aku tersenyum sendiri lagi. Apapun aku tidak hendak memberi komen atas mesejnya tadi, kerana bagiku beliau memang mempunyai jiwa didalam sakat menyakat aku dan kawan-kawan yang lain. Terima kasih kawan kerana menyempurnakan hariku ini dengan locon mu yang indah, budimu tetap ku kenang.

selubung

"makk,adik rasa adik tak sihat la hari ini" kata-kata yang memecah sunyi pagi di kampung gobong. "ek? kenapa adik cakap begitu? Mak nampak sihat saja?" si ibu berkata sambil kehairanan melihat anak lelakinya yang berusia 7thn itu menggeliat malas. Gumamnya didalam hati, tidak pernah anaknya yang ini begini. Apa yang tidak kena kepadanya pada hari ini. Sebenarnya tiada siapa yang mahu anak-anak mereka mempunyai perasaan malas.Satu tebiat yang sebati dalam kehidupan bangsa-bangsa yang serumpun denganku di negara ini.Berkat kemalasan inilah hampir seluruh negaraku tergadai sekarang.. Hmm sikap yang sama ada dalam diri aku , sikap yang sama ada dalam diri kita semua.Dalam ketidak sedaran kita inilah sikap malas berjaya menyelubungi diri kita semua walau tidak banyak tetapi masih ada..MALAS!MALAS!MALAS! Kenapa kau datang sekarang? Kenapa....

07 Ogos, 2008

hujan

uhhh... Hampir satu hari dari pagi hingga sekarang kuala lumpur dibasahi hujan. Aku dirumah duduk sambil berfikir, apakah makna hujan hariini. Ya, sesudah hampir sebulan dilanda jerebu akhirnya tdur malam aku sekurangnya tidak digangu oleh kepanasan dan kejerubuan lagi. Mungkin ramai yang sinis jika aku mengaitkan hujan ini dengan perkara-perkara besar yang berlaku dalam Malaysia sekarang. Ya saudara Anwar dibebaskan dengan Bon sendiri RM20,000 untuk kes yang bakal dihadapi pada september ini dan hujan yang turun seakan memberi makna yang akan ada keadilan untuk sistem kehakiman negara ini.Seperti biasa sebagai rakyat kebanyakan aku mengharap badan ini akan dapat dibersihkan sepenuhnya kerana badan ini telah dipandang serong sejak beberapa tahun dahulu.Pebersihan ini akan bermula dari sekarang.. Ya, satu kepastian yang dinanti.

membunuh anti demokrasi

hari ini dalam jam 10am pagi aku mendapat berita bahawa bapa reformasi saudara Anwar Ibrahim telah hadir ke mahkamah jalan duta untuk mendengar pertuduhan liwat yang dikenakan kepadanya. Aku sebagai rakyat Malaysia tidak terkesima mendengar bahawa beliau akan dihadapkan ke mahkamah pada september 19 08 nanti. Semuanya aku percaya telah dirancang khusus untuk menjerat pejuang ini kerana ancaman beliau kepada rejim BN kerajaan kita hariini.Namun sebagai rakyat malaysia yang tidak bodoh, aku sinis dengan semua konspirasi terhadap beliau sejak 10 tahun dahulu. Bukti dibuat, saksi diupah dan pelbagai jentera digunakan untuk menggagalkan ikon pejuang rakyat ini dari terus membela nasib rakyat Malaysia khususnya. Tunggu saja bagaimana pak-pak lawak sang pemerintah ini melakonkan watak untuk menjerat Anwar. Aku berdoa agar nasib Anwar akan terbela dan hasilnya kita semua dapat mengangkat beliau untuk menjadi PM Malaysia ke-6 dan seterusnya membela rakyat marhaen... Hidup rakyat