20 Julai, 2010

Penat


Masa memandu memang tepat masa untuk berkhayal. Gua tak tipu dan gua rasa hampir 77% pemandu di Malaysia bersetuju dengan gua. Tak kira stail memandu yang bagaimana dan apa yang kita semua pandu, otak dan fikiran di jamin bukan nak fokus sangat.

Waktu gua naik monorel yang mana drivernya kita semua boleh nampak, gua terperasan satu kali yang mamat tu senyum sendiri. Nasib la drive monorel ni tak susah sangat, cuma nak jaga brek dan lampu hijau sahaja. Gua ingat cuma bos bos yang stail duduk belakang je kurang berkhayal sebab mereka kebanyakan berfikir macamana nak lagi kaya dan maju. Drebar depan tu pun khayal juga gua rasa. Biasa.

Pernah satu masa dulu gua khayal waktu memandu ke Penang dari K.L. Gua khayal tentang Hollywood dan hasilnya ngam ngam kereta gua pusing hala ke K.L semula d tengah tengah lebuhraya. Nasib taim pagi kenderaan tak ada sangat kalau tidak dah aruah gua.

Masa memandu agak agak apa yang best di khayalkan ye?
Gua suka khayal ada awek disebelah, boleh gak teman borak borak. Serius, gua selalu buat benda ni. Semangat sikit ye tak?

10 Julai, 2010

Khayal Tingkat Tinggi


Orang Malaysia kuat makan dan lepas tu berkhayal.Walau tak semua tapi gua rasa ada la dalam 35% dari 25juta rakyat Malaysia. Itu belom campur pendatang yang menyemak disini tu.

Antara khayalan kegemaran rakyat kita ialah jadi kaya, jadi hero, dapat awek cun dan pakai kereta besar. Jarang ada orang nak khayal masuk syurga ke, jadi driver bus 2 tingkat ke, jadi rama rama terbang tinggi pun tak mungkin ada.

Gua lain sikit, gua nak jadi Octopus. Itu gua punya cita cita khayalan.

P/S: gua ramal Belanda angkat cup 2-1.

06 Julai, 2010

Gua Perlu Masa


Bangun dari tidur yang lena sambil sakit pinggang memang teruk. Gua renung katil gua yang agak uzur seperti katil Asrama sekolah penuh kerajaan. Gua rasa dah taim gua kene pergi usha court memont untuk katil yang lebih ummph.

Hari ini gua selak diary gua. Banyak juga perkara yang gua kene setel. Berpeluh juga ketiak gua nanti karang. Mau sampai larut malam baru dapat pulang kerumah ni.Silap silap lunch dengan dinner ntah ke mana ni nanti.

Gua update status FB gua dulu dan kemudian gua nak lepak bilik mandi.Nanti nanti la gua story lagi, sakit belakang sambil hati berbunga bunga ni bukanlah kombinasi yang baik sebenarnya.


05 Julai, 2010

Baru serba Baru


Gua sebenarnya nak peram blog gua sampai jadi tahap cuka getah . Tapi bila pikir pikir balik yang harga getah pun dah tak solid macam dulu,hasrat itu gua pendam kemas.

Kehidupan memang sesuatu yang aneh. Sekejap kita ke kiri, kejap lagi kita ke kanan, kena pulak taim tak best kita kat atas. Apa yang jadi pada gua sekarang, waktu ini dan ketika jari gua mengetak papan kekunci Asus ini jiwa gua berbunga bunga.

Gua sebenarnya t'lah jadtuh chenta sekali lagi.

Cukup setakat ini, cerita lebih nanti gua lebam biji mata pula. Lagipun piala dunia tak habis lagi.