Memaparkan catatan dengan label licinkan jalan kesorga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label licinkan jalan kesorga. Papar semua catatan

22 Ogos, 2010

Sahur Yang Sahur


Didalam kepedihan dan bergugurannya bunga sakura, gua bersahur dengan 4 ulas Kurma dan segeluk susu segar. Gua pejam mata sambil berimejin yang gua berada di Sahara...
Yes, gua berjaya.. Gua rebahkan diri di atas pasir di bawah pohon Baobab. Gua pasrah menunggu waktu berbuka dari waktu itu..

10 Julai, 2010

Khayal Tingkat Tinggi


Orang Malaysia kuat makan dan lepas tu berkhayal.Walau tak semua tapi gua rasa ada la dalam 35% dari 25juta rakyat Malaysia. Itu belom campur pendatang yang menyemak disini tu.

Antara khayalan kegemaran rakyat kita ialah jadi kaya, jadi hero, dapat awek cun dan pakai kereta besar. Jarang ada orang nak khayal masuk syurga ke, jadi driver bus 2 tingkat ke, jadi rama rama terbang tinggi pun tak mungkin ada.

Gua lain sikit, gua nak jadi Octopus. Itu gua punya cita cita khayalan.

P/S: gua ramal Belanda angkat cup 2-1.

06 Julai, 2010

Gua Perlu Masa


Bangun dari tidur yang lena sambil sakit pinggang memang teruk. Gua renung katil gua yang agak uzur seperti katil Asrama sekolah penuh kerajaan. Gua rasa dah taim gua kene pergi usha court memont untuk katil yang lebih ummph.

Hari ini gua selak diary gua. Banyak juga perkara yang gua kene setel. Berpeluh juga ketiak gua nanti karang. Mau sampai larut malam baru dapat pulang kerumah ni.Silap silap lunch dengan dinner ntah ke mana ni nanti.

Gua update status FB gua dulu dan kemudian gua nak lepak bilik mandi.Nanti nanti la gua story lagi, sakit belakang sambil hati berbunga bunga ni bukanlah kombinasi yang baik sebenarnya.


01 Februari, 2010

Bahu Kiri Berat


Hari ini gua bangun agak lewat (jam 11.30am). Menung-menung tepi katil sambil renung lantai bilik , membuatkan gua insaf. Gua admit, keinsafan gua selalu datang time cuti. Tidur lewat dan selalunya akan kantoi solat subuh membuatkan Raqib sentiasa merenung catatan Atid.

Satu-satunya membuat gua agak positif bila bangun dari tidur ialah ketika di bilik air merenung cermin. Gua kelihatan sangat kool dan agak kawaii dengan wajah kusut masai natural gua. Kadang-kadang ada iras Edward Cullen dan kalau buruk pun cuma lari sikit je dari Hans Isaac.

Satu lagi lately bila bangun dari tidur gua gemar layan lagu St Anger dari Metallica, walaupun gua amat kecewa Metallica yang dah tak berapa Rock sekarang. Metallica kena menuntut ilmu dengan Ramli Sarip gua rasa sekarang.

Baiklah, gua kena mandi dulu dan belum ada sejarah orang mandi sambil bawa laptop mandi sekali, so gua berhenti kat sini dulu. Alamak, syampu badan Tierry Mugler gua dah abes pulak, ni nak kena pergi beli kat Pavillion ni nanti.