Memaparkan catatan dengan label licin jiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label licin jiwa. Papar semua catatan

20 Mac, 2010

Tak Ada Tempat Seperti Surga


Sumpah penat. Sepanjang perjalanan hidup gua yang tak menentu dan pasang surut, ini pertama kali gua penat jasad dan emosi. Gua rasa ingin berehat panjang tapi bila fikiran gua yang licin bertindak, gua terpaksa tarik balik hasrat gua nak rehat.

Hasilnya gua kembali menulis walau dalam kepenatan. Gua rasa tak perlu gua panjangkan hal penat gua ini. Biar gua tanggung dan nanti hasl kepenatan gua dapat di share semua penduduk bumi. Biar kecil namun gua rasa bangga dapat memberi sumbangan pada masyarakat.

Akhir kata dari gua, Lantunan irama hati, membirukan langit terhampar melesat melintasi batas berlari menuju jagat terluas... shahdu!

01 Februari, 2010

Bahu Kiri Berat


Hari ini gua bangun agak lewat (jam 11.30am). Menung-menung tepi katil sambil renung lantai bilik , membuatkan gua insaf. Gua admit, keinsafan gua selalu datang time cuti. Tidur lewat dan selalunya akan kantoi solat subuh membuatkan Raqib sentiasa merenung catatan Atid.

Satu-satunya membuat gua agak positif bila bangun dari tidur ialah ketika di bilik air merenung cermin. Gua kelihatan sangat kool dan agak kawaii dengan wajah kusut masai natural gua. Kadang-kadang ada iras Edward Cullen dan kalau buruk pun cuma lari sikit je dari Hans Isaac.

Satu lagi lately bila bangun dari tidur gua gemar layan lagu St Anger dari Metallica, walaupun gua amat kecewa Metallica yang dah tak berapa Rock sekarang. Metallica kena menuntut ilmu dengan Ramli Sarip gua rasa sekarang.

Baiklah, gua kena mandi dulu dan belum ada sejarah orang mandi sambil bawa laptop mandi sekali, so gua berhenti kat sini dulu. Alamak, syampu badan Tierry Mugler gua dah abes pulak, ni nak kena pergi beli kat Pavillion ni nanti.


29 September, 2008

Selamat Hari Raya


Salam dihulur maaf dipinta, menjalinkan ukhuwah sesama umat. Terima kasih kepada semua yang antara sedar atau tidak memainkan peranan dalam kehidupan ini semoga diberkati ALLAH S.W.T selalu.
Disini aku ingin memohon maaf kepada semua jika ada yang terganggu dengan penulisan di blog nyamuk aku ini, aku benar2 ingin jujur dalam meluahkan penulisan aku. Maaf sekali lagi...
Akhir kata SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua, bergembiralah berpada-pada di hari kemenangan kita setelah sebulan menahan nafsu.

26 September, 2008

Suatu Waktu,Suatu Ketika

Sedikit memori untuk dikenang. Aku ceduk artikel ini dari blog sahabat sekolah aku tadi ketika menjelajah di blog beliau.
Dalam dodoian lagu raya Siti Nurhaliza aku tersentuh dengan artikel ini.
I sill remember in 1995, when i have a Pendidikan Jasmani class, most of the boys went to the field playing football. Girls, remained in the class, doing a free activities just because the syllibus of that particular subject didnt have. So, the boys playing football. We separate the group into two. One side who ever have a feeling support Manchester United and another side who support the Liverpool or anti-Mufc. Most of the time my group the MU supporter got winning. and the head of the anti-Mufc was a man named -Mohd Rodzi Shamsuri. We live at the same neigbourhood. He stay with his brother's family. He was so into Liverpool and Nirvana.(you know that time was the alternative music influences). the Gamma Suzuki bike, sprayed red and the noisy ekzos buloh break the calmless of school. But i never seem him for 10 years. He's dead in motocycle accident that day. So sad to him and his family,i lost a friend, who got so good brain. i miss that as a some of that my recollection long lost memory..
Al-Fatihah...(artikel asal)
Terima kaseh untuk Fared kerana memberi aku sesuatu memori, walau agak lewat untuk aku membaca dan memahaminya....

23 Ogos, 2008

Harapan Rakyat Malaysia Baru


Kita perlukan semua pihak berkuasa, tidak kiralah polis ka, Badan Pencegah Rasuah ka. Kalau mereka tiada, sapa nak hapus jenayah, rasuah dan sebagainya. Baru-baru ini, saya mendengar cerita begitu banyak skim cepat lingkup yang mengganas melalui alam siber. Polis diperlukan untuk membanteras penyangak-penyangak itu.Kita amat menghargai polis yang baik , penguatkuasa BPR yang baik dan sebagainya. Kalau ada yang jahat, kita mohon Allah s.w.t. yang dikasihi laknatkan mereka. Kalau ada.Pada masa yang sama, kita juga tak suka melihat kerja-kerja penghapusan jenayah menjadi komedi bangang dan tukang-tukang hapus jenayah menjadi entah apa-apa. Malaslah aku nak cakap.Saya berharap sangat apa yang diceritakan oleh Mat Saman Kati dan suku sakatnya dalam posting bertajuk "Konspirasi BPR-BN Perak" dalam Perak Express adalah tidak benar dan rekaan semata-mata (lihat juga berita Malaysiakini 22/8/08 "Kerajaan Perak tuntut BPR, media mohon maaf"). Jika benar, lebih baik orang-orang yang terlibat buat perangkap bengap itu pergi mintak kerja buat 'pangsai chua' atau kertas sapu taik. Itu sahaja yang layak kepada mereka. Sebab itulah saya harap sangat tak benar.Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada Raja Petra Kamaruddin bila peralatannya di rampas lagi (entah ke berapa kali, saya tak boleh ingat lagi) seperti dilaporkan Malaysiakini 22/8/08 dalam berita bertajuk "Kes liwat: Rumah Petra digeledah polis".Diharapkan beliau tidak luntur semangat walau pun berbagai tekanan dikenakan keatasnya.Aku sebagai rakyat Malaysia yang merdeka tetap percaya kezaliman yang dilakukan sang penguasa akan terhapus dalam jangkamasa terdekat,sama-sama kita doakan.