28 Oktober, 2008

Drama Pak Lah & Tok Najib


Pembelian helikopter EC-725 keluaran Eurocopter yang bernilai RM1.67 bilion ditangguhkan sebagai langkah berjimat-cermat berikutan krisis kewangan global, kata perdana menteri.Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga menteri pertahanan berkata, kerajaan juga memutuskan bahawa sebarang pembelian baru helikopter bagi menggantikan Nuri akan dilakukan selewat-lewatnya sebelum 2011.Menurut beliau, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco Majlis Ekonomi Kebangsaan yang dipengerusikan beliau pada 13 Oktober lalu.Keputusan itu, tambahnya, tiada kaitan dengan dakwaan beberapa pihak bahawa wujud penyelewengan dalam pengeluaran tender itu.
Hehehe klakar la drama ni.... apa agaknya perjanjian Pak lah dengan Tok Najib ni ye... Berminggu2 diperkatakan hingga ada laporan polis dibuat berkaitan penyelewengan pembelian Eurokopta ini, alih-alih Pak Lah tangguhkan pembelian yang kunun-kununya langkah berjimat cermat!
Aku di fikiran licin nak laung satu je kepada dramatis berdua ni, PPPPPPPiiiiiiiiiiiRRRRRRRRRRRahhhhhhhhhhhhhhhh..........

27 Oktober, 2008

Utusan Meloya, Najib Melayau


Najib mahu kekalkan hubungan baik dengan Abdullah
26/10/2008 10:47pm
IPOH 26 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan mengekalkan hubungan baik dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas peralihan kuasa Mac depan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, program yang sedang dilaksanakan akan diteruskan termasuk misi nasional, Islam Hadhari dan projek pembangunan koridor. - Utusan
Ahaa... aku percaya semua cakap2 Najib ni... Sama mcm Pak Lah dan Che Det dulu bila peralihan kuasa belum disempurnakan, tetapi bila sudah dapat kuasa, habih pojek2 Che Det perlahan2 Pak Lah tutup.
Sudah la, rakyat dah faham, bila kuasa ada ditangan kamu(Najib) habis la Pak Lah & co... WAyang tetap wayang ye tak Datuk Seri Najib.
P/s: Jangan lupa pulangkan wang Kwsp kami nanti ye.

21 Oktober, 2008

Najib WAJIB didakwa


Sekumpulan pemimpin pembangkang dan aktivis membuat aduan polis lagi terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung perolehan helikopter Eurocopter dan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.Kira-kira 10 orang yang menggelarkan diri Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMM), bersama ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin dan setiausaha Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah Al-Jundi, membuat laporan itu di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini.Turut hadir bersama membuat laporan polis tersebut, penulis blog dan aktivis pemantauan pilihanraya bebas Amin Iskandar.Mereka bergerak dari Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur ke balai polis itu dengan membawa kain rentang bertulis "Najib penuh skandal! Ketika menjadi menteri pertahanan."
HEhe...sungguh murni usaha ini, namun seperti biasalah, jika ini berkaitan dengan pemimpin UMNo-BN sudah pasti aduan-aduan ini akan dibakulsampahkan. Najib Tun Razak bakal dicatatkan sejarah negara sebagai Bakal P.M yang penuh dengan skandal2 yang tidak mampu untuk dijawabnya sendiri..
Amat malang negara ini jika manusia sebegini dijadikan P.M........Boleh fikiran licin katakan bahawa kehancuran negara akan berlaku jika beliau(Najib) menjadi P.M, untuk itu fikiran yang licin ini akan terus menentang Najib dari menjadi P.M ke-6, walau usaha sekecil ini(menulis)...Fikiran Licin ingin berpesan sesuatu kepada Najib, JANGAN KAU MIMPI MENJADI PM YANG DIHORMATI,Najib.....kau pemusnah............

20 Oktober, 2008

Ghani Othman a.k.a Gani Gelong (tipu kuat)



MUAR 19 Okt. - Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menyeru ahli dan pemimpin UMNO di negeri ini supaya menghindari amalan menggunakan parti untuk kepentingan diri sendiri.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO itu berkata, mereka sebaliknya perlu sentiasa berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum bagi mengembalikan semula kepercayaan terhadap parti tersebut.
Menurut beliau, sebagai ahli UMNO yang ingin melihat parti terus kukuh, mereka perlu mengamalkan tiga prinsip untuk memperkukuhkan parti iaitu berjuang demi rakyat, berlaku adil serta membela hak semua kaum.
HAHAHA...kenyataan-kenyataan pemimpin UMNO sekarang ini sememangnya menjadi bahan locon terulung. Aku nak tanya kt mamat Gani ni, sepanjang dia dalam Umno ni berapa kali beliau tidak menggunakan parti untuk diri sendiri? Huh aku rasa sekali pun takde... KAlau tidak macamana boleh bertahan ye tak Gani...
Sekarang baru nak menyeru dan pandai sebut pasal adil, dulu waktu kuat mendabik dada, bila dah nak 'kojol' baru nak adil? POOORAHHH........3prinsip yang disebut semuanya tidak akan boleh ujud dalam Umno ni. Yang ujudnya adalah-Berjuang untuk perut lilit, berlaku adil pada kroni dan membela kaum keluarga, rakyat pergi jahanam, ini prinsip UMNO sebenarnya...
Aku kat fikiran licin nak sorak satu saja pada UMNO ni... Pergi JAHANAM sama kamu....HIDUP RAKYAT!

18 Oktober, 2008

Khairy+Keri=KERA




Seorang perwakilan Pemuda MCA menggesa pihak berkuasa supaya menahan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana membuat kenyataan yang berbaur perkauman.Perwakilan dari Perak itu, Ting Tai Fong membuat gesaan tersebut sewaktu perbahasan di perhimpunan Pemuda MCA di ibupejabat parti itu di ibunegara hari ini. Khairy adalah antara tetamu di majlis perasmiannya.Ting membidas Khairy, yang juga menantu perdana menteri, berhubung kenyataannya mengenai nisbah kuota biasiswa untuk bumiputera dan bukan bumiputera.
HUH....baru puak2 ni sedar ke siapa budak keri ni? ATau puak2 ni diupah oleh seseorang yang berkepentingan dalam UMNO untuk melingkupkan dak keri ni? Petanda kemusnahan budak keri dah hampir macam petanda sekarang yang pak mentua keri dah dipulau oleh juak2 Umno... keh..keh..keh... abis la hang keri....Tahun depan lenyap la hang dari politik Malaysia...Aku kat fikiran licin tunggu nak gelak je pada hang yang berlagak bagus ni...kah..kah..kah...

11 Oktober, 2008

Bedolah Jangan Berdalih


Abdullah harap penuhi janjinya sebelum Mac depan
11/10/2008 1:55pm
KUALA LUMPUR 11 Okt. — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mengumumkan untuk tidak bertanding jawatan presiden Umno pada pemilihan parti Mac tahun depan, berharap untuk memenuhi semua janjinya termasuk melaksanakan beberapa pembaharuan dalam kerajaan dalam masa lima bulan akan datang. (Duh, apa yang Bedolah boleh buat dalam keadaan dia sekarang?Pembaharuan? 4thn berlalu apa pembaharuan yang Bedolah dah buat? Yang jelas Naik Harga Minyak ada la..Yang lain semua tidur dengan Bedolah...Kasihan).
Syahdu aku ikut "kisah PM ke-5" Malaysia ini. Dolu-dolu kerap diwawarkan sebagai MR CLEAN tetapi bila dah berkuasa habis 'clean' negara kita luar dan dalam. Satu Malaya dah tau kesah Bedolah dan cara pemerintahan' tingkat 4' yang diamalkan Bedolah dinegara kita ini.. Aku fikiran licin nak jerit satu je pada Bedolah sebelum dia letak jawatan MAc ini.."Bedolah, BERAMBUSSSSSSSSSS...."

08 Oktober, 2008

Selamat bLAH Dolah!

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac depan.
Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada bulan Mac apabila Datuk Seri Najib Razak dipilih sebagai presiden baru parti itu.(jujur ke ni Pak Lah? Atau ada lagi muslihat yang rakyat tak nampak?)
Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Abdullah berkata beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden kerana tidak mahu Umno dan BN berpecah."Umno dan BN perlu bersatu untuk menghadapi cabaran global yang lebih besar," katanya dalam sidang akhbar yang penuh sesak itu.(Ye lah tu, sebetulnya taknak malu kerana pencalonan pun tak cukup nak bertanding)
"Saya ingin serahkan kepada Datuk Najib supaya Malaysia boleh menghadapi cabaran global, kerana ini bukan masa untuk berbalah sesama sendiri tetapi adalah masa untuk perpaduan, dengan mengutamakan kepentingan negara," katanya.(Hehehe..awak dah parah buat la macam2 alasan. Eloklah tu, lepas mulut penyamun,dapat mulut perompak)

Abdullah, yang mengambil alih kuasa pada 31 Oktober 2003 dari Dr Mahathir, menang besar dalam pilihanraya umum 2004 tetapi kalah teruk Mac lalu dan gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.(itu la padahnya kalau mudah lupa...Padan muka! Bye2 Dolah Badwi, harap sempat bertaubat ye.)