Memaparkan catatan dengan label licin dahi Paklah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label licin dahi Paklah. Papar semua catatan

10 Februari, 2009

Seribu BERDEMO@kumpul sokong RAJA?


Kira2 1000 orang berkumpul dipadang dewan bandaraya Ipoh Tengahari 9hb menyatakan sokongan kepada raja2 melayu. Perhimpunan ini dianjurkan pertubuhan 'membodek' @ GPMS dan pemuda UMNO( budak2 KERi) serta beberapa NGO (bodek lebih ni).
Anggota pemuda UMno dari penang, selangor,negeri sembilan dan kedah (berapa RM dapat sorang brader?) menyertai rakan2 mereka di PERAK di dalam perhimpunan itu(DEmontrasi bukan budaya kita kan bro?)

Naib ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaludin (hehe dah jadi beruk ke?) dan ketua putra UMno, Datuk Abdul Aziz (mamak teh tarik jua) turut menyertai perhimpunan itu.
Woi! hangpa semua tak faham ke? Pak lah dan MAhdet kan dah bagitau, Demontrasi bukan budaya kita! tak reti2 bahasa lagi ke? Khairy Mak Yeh pun dah Bilang dulu, orang2 yang berdemo ni macam BERUK! Kenapa la ni, kita semua nak jadi beruk juga? KAH..KAH...KAH....

28 Januari, 2009

Tahniah Pakatan Rakyat


Selang beberapa hari kes adun Bota melompat parti, terdengar khabar2 angin mengatakan akan ada lagi beberapa adun yang ingin mengubah haluan kepartian masing2. Ini disambut baik oleh kami di pakatan Rakyat khususnya kerana nilai2 kesedaran kian memuncak dikalangan adun Umno-BN. Pasti ini memeningkan kepala Datuk Najib yang kelihatan semakin mengurang rambutnya akhir2 ini. Khabar angin juga bertiup kencang dari bumi adat pepatih yang turut berkemungkinan berubah kerajaan negorinya, dan petanda baik juga bagi rakyat disana  yang bosan dengan pemerintahan tipu2 angin kerajaan UMNO-BN dari dulu lagi. Tahniah kepada kepimpinan Pakatan yang kelihatan agak kuat selepas PRU-12.  P/S: Pak Lah agak KOOL akhir2 ini petanda beliau akan mencampak timbalannya terus kebawah...

27 Oktober, 2008

Utusan Meloya, Najib Melayau


Najib mahu kekalkan hubungan baik dengan Abdullah
26/10/2008 10:47pm
IPOH 26 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan mengekalkan hubungan baik dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas peralihan kuasa Mac depan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, program yang sedang dilaksanakan akan diteruskan termasuk misi nasional, Islam Hadhari dan projek pembangunan koridor. - Utusan
Ahaa... aku percaya semua cakap2 Najib ni... Sama mcm Pak Lah dan Che Det dulu bila peralihan kuasa belum disempurnakan, tetapi bila sudah dapat kuasa, habih pojek2 Che Det perlahan2 Pak Lah tutup.
Sudah la, rakyat dah faham, bila kuasa ada ditangan kamu(Najib) habis la Pak Lah & co... WAyang tetap wayang ye tak Datuk Seri Najib.
P/s: Jangan lupa pulangkan wang Kwsp kami nanti ye.

16 September, 2008

SelamatHariMalaysia- BN undur segera!

Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.

anwar ibrahim pakatan rakyat september 16 annoucement pc 160908 03Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.

Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.

Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.

Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.

Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :

1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan;

2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu;

3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa;

4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.

Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.

Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.

Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat