Memaparkan catatan dengan label mamak kesat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mamak kesat. Papar semua catatan

22 Februari, 2010

Ada Habuk Dalam Poket Seluar


Pagi dah lama berlalu, sekarang time tengahari ambil alih. Baru gua perasan yang dari semalam gua tak jamah apa2 pun(semalam diambil kira dari jam gua tido). Gua buka peti ais, yang ada pun sampah-sampah dan air masak sejuk. Gua bersyukur sebab sebelum gua tidur semalam gua sempat tuang air masak dalam botol coke yang hebat ini, jadi dapat la gua togok air masak hari ini terus melalui muncung botol dan tanpa menggunakan cawan ala-ala Razak Ahmad.

Memandangkan hari ini gua cuti( hari-hari pun gua rasa macam cuti) gua ambil keputusan untuk memasak untuk makan tengahari ini. Gua selongkar kabinet dapur untuk usha bahan-bahan untuk gua gunakan bagi menu lunch gua. Sayu, semuanya kosong dan yang gua jumpa ikan bilis yang dah bertukar jadi hijau dan berlumut. Airmata gua mula menitik perlahan...........

#####################

Gua kesat kesan airmata sambil satu brader mamak garu kepala.
"Abg, apa mau makan?", true betul soalan dia.
"Beriani kambing satu, teh o ais satu", gua jawab yakin sambil dail telepon mak gua yang gua rindu masakan mak. Airmata gua jatuh lagi.

18 Februari, 2010

Demam


Sudah seminggu gua tak menulis. Gua tak bizi dan tak jua pergi kemana-mana. Cuma gua stay rumah tidur lewat dan bangun lewat sebab gua sekarang demam. Gua demam kerana layan cenel 202 astro tiap-tiap malam jam 12 tepat.

############

Layan siot, ingat 202 Astro. Peace!

28 Oktober, 2009

Kerajaan Haram, Bajet Haram.


Siang tadi di Ipoh kerajaan Haram pimpinan si gelap Zambry telah meluluskan usul bajet 2010 untuk negeri Perak berdengung. Apa isi yang diluluskan aku tak mau tahu. Sebentar tadi di tv3, Zambry mengulas dan menyifatkan Adun Pakatan Rakyat hanya membuat kacau dan mahu meraih simpati. KHAKK PTUIIHHHH!!!!!!!!!! meluat aku mendengar ulasan si Zambry, sang menteri haram lagi syok sendiri itu... Haloo mamat, nak tau sapa yang kacau atau tidak senang, bubar DUN, segerakan pru negeri Perak dan keputusannya nanti akan menjadi penamat kepada krisis perak. Walau apa pun keputusan, aku rasa rakyat Perak terima.. Kalau rasa BN kuat, buktikan wahai Zambry, dan jangan cakap besar sahaja....DOBOH!

09 Julai, 2009

2012? Duh.


PPSMI dimansuhkan 2012 ... jauh lagi tue... sempat la pelajar Melayu kita bangang dulu... yang kantoi ramai la.... selama nie pun sebenarnya ramai yang kantoi.. cuma nampak ok sebab Kementerian Pelajaran turunkan penanda aras untuk kelulusan Matematik dan Sains.... bukan orang tak tau... ramai yang terlibat dengan KPM nie yang cerita bab nie...ntah hape2 punya otak kerajaan sekarang, menjahanamkan Negara dan Bangsa sahaja....BIKIN MALU NEGARA saja dengan sistem pendidikan yang flip flop...Berambuslah BN(kerejaan)

23 Mei, 2009

Piraahhh!

SINGAPURA 22 Mei — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah menunjukkan bahawa daripada segi prinsip undang-undang, Barisan Nasional telah membuat perkara-perkara yang menepati keperluan undang-undang.
Hahaha...mahkamah oh mahkamahku, asal ada kes BN, laju bertindak menunjukkan kecekapan mereka tetapi asal ada perkara tuntutan berkaitan pakatan rakyat mahupun rakyat itu sendiri, habis segalanya diLACURKAN! 
Kalau begini keadaan negara kita, apa jaminan semua rakyat akan dilayan dengan adil? ada ke? KHAK...PTUIH!!! (pinjam topeng perak punya ludah)

05 April, 2009

Utusan MELOYA

Gimik terbaru pembangkang di Bukit Selambau

04/04/2009 3:14pm

SUNGAI PETANI 4 April - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka akan terus membuat gimik politik pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau antaranya, mengumumkan kemasukan ahli-ahli Parti Progresif Penduduk (PPP) menyertai parti pembangkang itu.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalankan kempen di Bukit Selambau dijangka membuat pengumuman itu yang diuar-uarkan sebagai pendedahan tergempar.

Bagaimanapun para pemimpin tempatan termasuk dari PPP menolak dakwaan ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) akan melompat parti.

Menurut mereka, ia hanya sebagai gimik politik pembangkang yang semakin ketandusan bahan kempen berikutan peningkatan sokongan terhadap calon BN, Datuk S. Ganesan. - Utusan

Cuba tengok dan baca tahap pemikiran dan penulisan wartawan ini yang menyatakan kisah keluar parti adalah gimik pembangkang... sabar2....yang peliknya bagaimana media pro UMNO ni buat cerita? Tiada informer ke yang mampu beritahu perkara sebenar? Hahahahahaha LOyA tekak den...

10 Februari, 2009

Seribu BERDEMO@kumpul sokong RAJA?


Kira2 1000 orang berkumpul dipadang dewan bandaraya Ipoh Tengahari 9hb menyatakan sokongan kepada raja2 melayu. Perhimpunan ini dianjurkan pertubuhan 'membodek' @ GPMS dan pemuda UMNO( budak2 KERi) serta beberapa NGO (bodek lebih ni).
Anggota pemuda UMno dari penang, selangor,negeri sembilan dan kedah (berapa RM dapat sorang brader?) menyertai rakan2 mereka di PERAK di dalam perhimpunan itu(DEmontrasi bukan budaya kita kan bro?)

Naib ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaludin (hehe dah jadi beruk ke?) dan ketua putra UMno, Datuk Abdul Aziz (mamak teh tarik jua) turut menyertai perhimpunan itu.
Woi! hangpa semua tak faham ke? Pak lah dan MAhdet kan dah bagitau, Demontrasi bukan budaya kita! tak reti2 bahasa lagi ke? Khairy Mak Yeh pun dah Bilang dulu, orang2 yang berdemo ni macam BERUK! Kenapa la ni, kita semua nak jadi beruk juga? KAH..KAH...KAH....

06 Februari, 2009

EmmBee Perak yang baru(a)?


Inilah wajah bakal MB perak yang baru tajaan dan pilihan Najib Tun tuya. Hmm.. aneh jua kerana dalam undang2 tubuh negeri Perak disebut Menteri Besar mestilah Melayu dan Islam! Islam tu mungkin juga sebab ada nampak sunnah nabi sikit(janggut) dan dahi agak HITAM tanda kuat ibadat ni. Tetapi yang jadi kemusykilan aku,tang melayu tu....Nampak rupa macam takde rupa melayu tapi lebih kepada 'mamak-mamak' aje....Eh? sejak bila pula, mamak diiktiraf sebagai melayu? owhh yela kot, patut la Shah Rukh Khan pun diberi gelaran Datuk ye....ok2...so mudahnye sekarang,macha2 Hindraf pun kalau convert ke islam then boleh masuk Umno dan 'declare' Melayu juga la....ok2 paham2....Apa2 pun kami di Fikiran Licin ingin berkata sesuatu pada Najib, "dah takde melayu yang betul2 melayu ke?" dan pada Mb baru ni aku nak jeirt sikit," ane,teh tarik une", kah..kah..kah...