28 Januari, 2009

Tahniah Pakatan Rakyat


Selang beberapa hari kes adun Bota melompat parti, terdengar khabar2 angin mengatakan akan ada lagi beberapa adun yang ingin mengubah haluan kepartian masing2. Ini disambut baik oleh kami di pakatan Rakyat khususnya kerana nilai2 kesedaran kian memuncak dikalangan adun Umno-BN. Pasti ini memeningkan kepala Datuk Najib yang kelihatan semakin mengurang rambutnya akhir2 ini. Khabar angin juga bertiup kencang dari bumi adat pepatih yang turut berkemungkinan berubah kerajaan negorinya, dan petanda baik juga bagi rakyat disana  yang bosan dengan pemerintahan tipu2 angin kerajaan UMNO-BN dari dulu lagi. Tahniah kepada kepimpinan Pakatan yang kelihatan agak kuat selepas PRU-12.  P/S: Pak Lah agak KOOL akhir2 ini petanda beliau akan mencampak timbalannya terus kebawah...

25 Januari, 2009

Syabas Bro, Tindakan yang tepat.


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini.

Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pukul 2.30 petang tadi. -Satu tindakan yang tepat pada masanya bro... Tahniah kerana menyertai kami rakyat marhaen yang memerlukan. Hantar 'signal' yang jelas pada Tajul Rosli bahawa rakyat Perak tidak memerlukan mereka2 yang KOrup dan mementingkan agenda kroni....Takziah juga kepada DSNTR kerana hilang lagi kerusi kepada pakatan rakyat...Undurlah Najib!

18 Januari, 2009

PRK 036- Buktikan BN-UMNO hampir pupus


 KUALA TERENGGANU: PAS menguasai semula kerusi Parlimen menerusi kemenangan calonnya, Mohd. Abdul Wahid Endut malam tadi dengan majoriti lebih besar.

PAS memenangi kerusi pada 1999 tetapi dirampas balik oleh Barisan Nasional (BN) pada 2004 dan 2008.

Pada 2004 dan 2008, calon BN memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,933 dan 628 undi.

Sepuluh tahun lalu PAS memenangi kerusi ini dengan majoriti 14,448 undi.

Mohd. Abdul Wahid, 52, memperoleh 32,883 undi berbanding calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang mendapat 30,252 undi.

Berbanding 8 Mac lalu, undi dan majoriti bagi calon PAS mengalami peningkatan.

Ketua PAS Kuala Terengganu itu menang dengan majoriti 2,631 undi.

Undi rosak direkodkan ialah 665 undi.

Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekali gus hilang wang deposit.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan di Stadium Negeri - pusat penjumlahan undi pada pukul 9.30 malam tadi.

Hanya Mohd Abdul Wahid yang berada di dewan ketika keputusan tersebut diumumkan. Dua calon lagi yang bertanding tidak kelihatan(eh? mana jemaah gerombolan entot2 dan raba2 bela negara? hahahaha)

Calon BN berada di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Ahmad Said bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak(biasala..dah tau melingkup....) Tahniah buat PAS dan PR ....Semoga dengan kemenangan ini dapat memberi kekuatan untuk seterusnya menumbangkan kebobrokan Bee..End (BN)

08 Januari, 2009

Pembela Negara? Yang sebenar ada di Palestine


Hahaha... setelah sekian lama aku tak menulis, sedar2 petang tadi bila kubuka blog aku ini penuh dengan komen2 dari geng2 yang membela negara. Fuhh... ayat2 mereka masing2 memang macam membela betul(duh), penuh nista dan cacian kepada aku(hamba ALLAH jua). Ini mungkin sikap2 mereka yang berada dalam kumpulan itu(mungkin) yang penuh dengan 'rebel', tak sabar, provokasi dan macam2 lagi(sama sikap mcm Gerombolan itu, pujaan mereka agaknya). Aku seperti biasa tidak akan ambil peduli ini semua kerana aku bosan, sesama Negara dan bangsa nak menasihat pun dibalas kata2 nista...sudah la, sedar2 la semua, Negara kita kecil aja, janganlah membela mereka yang selama 52thn "meracuni kita"... 
P/s: jangan sebab kita begini, anak2 kita nanti jadi begitu... fikir2 la semua... Gambar diatas juga tiada kene mengena dengan tajuk