28 Januari, 2009

Tahniah Pakatan Rakyat


Selang beberapa hari kes adun Bota melompat parti, terdengar khabar2 angin mengatakan akan ada lagi beberapa adun yang ingin mengubah haluan kepartian masing2. Ini disambut baik oleh kami di pakatan Rakyat khususnya kerana nilai2 kesedaran kian memuncak dikalangan adun Umno-BN. Pasti ini memeningkan kepala Datuk Najib yang kelihatan semakin mengurang rambutnya akhir2 ini. Khabar angin juga bertiup kencang dari bumi adat pepatih yang turut berkemungkinan berubah kerajaan negorinya, dan petanda baik juga bagi rakyat disana  yang bosan dengan pemerintahan tipu2 angin kerajaan UMNO-BN dari dulu lagi. Tahniah kepada kepimpinan Pakatan yang kelihatan agak kuat selepas PRU-12.  P/S: Pak Lah agak KOOL akhir2 ini petanda beliau akan mencampak timbalannya terus kebawah...

7 ulasan:

amieieda berkata...

1. hehehhe suka sangat dengor kabor angin.

2. masuk PR je timbul kesedaran... tak sedor ke komer tuh second class party....DAP rules

3. kelihatan semakin mengurang rambut? bukan main nak perjuang bahasa melayu tapi.....ehhehe

4. pasal kena tipu la ko dah godang, bosar panjang jang.. skolah yang ekau masuk pun skolah tipu.. masuk u tak? yang itu pun uni tipu BN...lahir spital mano jang? hospital ponipu tuh...hhahah

5. heheheh pak lah nak buang najib...gila, bagi tau macamana caranya? korang jer tergila2 sayang kan paklah...baru nih la pun..

fikiranlicin berkata...

hehehe...ada soalan satu, semua tu memang kerajaan yang punya, tapi saudara tak sedar yang selama ini itu bukan percuma, itu hak rakyat marhaen, kita semua bukan BN-UMNO yang punya....selama BN memerintah pun yang rulesnya pun tokey2 cina, judi 2-3 kerat je, cikgu macam ko? apa pun takde...hahahaha

amieieda berkata...

1. siapa kata semua itu BN punya? saudara yang kata saya tak kata.

2. Mmg hospital,sekolah malah universiti awam dalah milik rakyat sebab itu ada penggunaan awam. its refer to the rakyat. Ye sedara banyak tokeh2 cina yang kaya raya ... tapi sedara cuba cek sama kroni anwar ibrahim, ramai juga tokeh2 cina yang kaya zaman anwar sebagai menteri kewangan.

3. betul juga sedara, di perak sejak 7-8 bulan sekarang dah makin banyak kedai2 judi dan kedai main mahjung...saya pun naik runsing sedara. seharusnya di bawah kepimpinan ulama' ber IQ tinggi lebih2 lagi punya Ir. seharusnya usaha membenteras telahpun dimulakan tapi apa boleh buat..melayu menumpang dinegeri sendiri..

4. tu lah saudara silap, saya guru rakyat. anak murid saya anak orang2 susah dan anak yatim. insyaallah saya juga akan terlibat dalam program rehabilitasi gen X (Extreme) melayu....saya tak pandang duit sedara...cukuplah nak suap isteri dan anak saya.

5. heheh...saya bangga jadi cikgu..tengok anak melayu yang saya didik masuk MRSM,sbp,teknik..malah dah ada yg dah ke uni..saya bersyukur sedara, keluarga saya semua dapat bantuan Kerajaan BN.Mak ayah sampai pencen makan gaji kerajaan dan sentiasa nasihatkan anak2 jangan belakangkan kerajaan. Yang pelik mereka bukan orang UMNO. adik2 pun dah berjaya, penolong pengarah di JKR dapat biasiswa dan pinjaman...kini dl proses bayar semula...seorang lagi di TNB accountant tapi kami sepakat, kerajaan berjasa adalah kerajaan pilihan rakyat.. ALHAMDULILLAH.

6. tapi saya belum merasa lagi duit PAS walaupun sesen tapi pernah menderma semasa mendengar ceramah Pas.Maklumlah parti berkebajikan... errr kebajikan untuk rakyat marhaen? atau rakyat yang berkebajikan untuk PAS...wallahualam.

7. dan sampai bila2 saya tetap pegang bahawasanya DAP itu bukan pilihan hati untuk membela nasib melayu. Tambah pula dengan adanya HINDRAF...nauzubillah. tapi kalau itu yang saudara pilih selamat berjuang..

saya harap saudara akan sentiasa sudi berdiskusi dengan saya.

fikiranlicin berkata...

heh...beruntung kalau semua rakyat dapat apa yang semua saudara dapat.... tapi sayang, kerajaan UMnO-BN sememangnya kerajaan pilih bulu, adanya hindraf DAP dan semua sebangsanya adalah hasil 'kerja' kerajaan terdahulu, kerajaan yang saudara dukung,dan sekarang saudara menentang semua itu...fikirlah, negara ini bukan negara satu bangsa sahaja....

amieieda berkata...

heheh tidakkah licin sedar bahwa disebalik kebangkitan Hindraf ada anwar dibelakangnya.

bagaimana pula dengan sokonan penuh anwar kepada gereja katolik di sabah sehingga pihak gereja mengeluarkan surat rakaman terima kasih dan akan bersama berjuang dengan beliau..

apakah licin juga tidak mendapat perkhidmatan di sekolah rendah dan menengah kebangsaan?

adakah licin tak pernah terima rawatan hospital kerajaan..kalau tak pernah ternyata licin datang drpd keluarga berada, tak macam saya, semasa bersekolah jarang sekali saya mendapat rawatan di klinik swasta. mak ayah kerja gomen tak mampu nak ke klinik.

saya tak kata negara ini hanya satu bangsa...tapi saya akan tetap kata bahawa negara ini adalah tanah tumpah darah orang melayu...dan kawan2 cina dan india diberi status kerakyatan hasil daripada sifat pemurah orang melayu...nak kata mereka orang malaysia macamana kalau bercakap bahasa malaysia pun tak boleh...ini fakta saudara.

emm apa dalil saudara hindraf adalah hasil perbuatan kerajaan dahulu...no point at all!!!

DAP tuh serpihan parti pemerintah singapura takder kena mengena dengan UMNO

fikiranlicin berkata...

sapa yg memberi kerakyatan pada semua kaum lain di malaysia ini? siapa mengamalkan dasar pecah perintah? tidakkah saudara pernah terfikir mengapa begitu mudah pemimpin dahulu(Umno) membenarkan ini berlaku? dan agaknya apa ye syarat kemerdekaan negara kita sampai senang sgt britsh memberikan kemerdekaan?

amieieda berkata...

licin...heheheh kerakyatan tuh diberikan oleh inggeris melalui jus soli....diseabbkan tidak puas hati dengan apa yg berlaku, maka tok moyangkita dahulu berjuang melalui UMNO...u bleh check fakta nih..

bukan umno tau yang laksana pecah dan perintah. sayang anak melayu kita dah ramai lupa sejarah..wallahualam

kalau licin tau apa muslihat british bagitau kat cikgu...sebab saya tau jg la mainan politik british nih..kita boleh kongsi dan bincangkan disini.