27 Februari, 2009

Chitt...porahhh.....!!!!!


Di parlimen petang tadi sekumpulan pemuda telah menunjukkan keberanian menyerang ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh. Mereka mengepung Karpal yang duduk atas kerusi roda sewaktu hendak memasuki ke Parlimen bagi menjalankan tanggungjawabnya.

Kumpulan itu marah dengan Karpal Singh ekoran ahli parlimen itu mengatakan celaka kepada pemuda Umno di Parlimen semalam. Karpal berilusi bahawa pihak yang mengirimkan dua butir peluru hidup kepadanya baru-baru ini adalah pemuda Umno. Mungkin kumpulan pemuda seramai 10 hingga 20 orang itu kalangan Pemuda Umno sebab itulah mereka marah sangat dengan Karpal.

Walaupun Karpal sudah menarik balik kata-kata itu atas arahan timbalan Speaker Wan Junaidi Tuanku Jaafar namun kumpulan berkenaan tidak berpuas hati sehingga mengepung Karpal.Ekoran itu berlaku kekecohan antara kumpulan penyokong Umno dengan wakil-wakil rakyat pembangkang di situ sebelum pengawal keselamatan tiba untuk meleraikan mereka.-Ceh...apa la sikap sebegini ditunjukkan di khalayak ramai di parlimen yang pasti mengundang pelbagai sangkaan rakyat kepada gerombolan pemuda itu sendiri. Benar karpal salah tetapi cara yang ditunjukkan itu juga bukan betul. Jangan berani dengan orang yang tak berdaya saja, kalau benar2 mahu tunjuk berani, apa kata pemuda gerombolan turun ke petaling street,disana lebih ramai yang dapat 'diganyang', lebih 'jantan' rasanya kalau gerombolan pemuda dapat membanteras segala macam 'benda' disana. Heh kalau gerombolan berani, hamba respek 20 jari....(tapi rasanya kecut teloq la..kah..kah..kah..)

21 Februari, 2009

Najib bakal Diktator


Boleh darurat?

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Tiga kesalahan besar V. Sivakumar yang boleh membawa kepada pengisytiharan darurat.

Pertama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak itu tidak menghormati Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Kedua, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh mendahului keputusan mahkamah, dan ketiga beliau membelakangkan DUN Perak itu sendiri.

"Sepatutnya beliau tunggu keputusan mahkamah. Apabila beliau lakukan tiga perkara itu, beliau perlu sedar bahawa ia mengundang pelbagai kemungkinan selepas ini.

"Saya berbincang dengan ramai peguam, kita lihat situasi di Perak boleh menjuruskan kepada pengisytiharan darurat seperti berlaku di Sarawak dan Kelantan dulu, situasi politiknya mirip dengan di Perak."-Hehe....darurat kan ajer, lepas tu letak bawah kerajaan pusat, bagi la Najib dahi lcin takut bini tu perintah semua, lepas tu nanti tau la hangpa apa jadi kat Malaysia ini...Pemimpin begini yang jadi Pi-em kita semua nanti? Mampuihla hangpa semua..........hahahahahha......

19 Februari, 2009

Pendapat yang 'KERAS'



Tiba Masanya PAS Berhenti Percaya Dengan Raja-Raja Melayu

Masuk ni dah dua kali PAS ditipu hidup-hidup oleh Raja-Raja Melayu. Yang pertama sewaktu jatuhnya kerajaan PAS di Kelantan, sewaktu PAS masih di dalam Barisan Nasional pada tahun 1977.

PAS telah dihalang melantik MB sendiri di Kelantan walaupun PAS mempunyai kerusi yang teramai di Kelantan. Ertinya, MB PAS pada masa itu ditentukan oleh UMNO dan bukannya oleh PAS.

Calon MB Kelantan pada masa itu telah berfungsi sebagai seorang MB BN lebih dari MB PAS. Kemuncak dari peristiwa itu, berlakulak undi tidak percaya kepada MB PAS itu dan jatuhlah calon MB tersebut.

Istana Kelantan telah tidak mengiktiraf undi tidak percaya tersebut. Lantaran dari itu, calon BN itu kekal MB Kelantan yang tidak mendapat kepercayaan dewan. Akhirnya, PAS telah meminta supaya DUN dibubarkan bagi mengadakan PR semula. Juga ditolak oleh Istana Kelantan yang jelas hamba kepada UMNO.

Apabila Raja Kelantan pada masa itu tidak mengizinkan pembubaran DUN di Kelantan, maka alasan itu digunakan untuk menjustifikasikan berlakunya “krisis perlembagaan”. Ibrahim Ali pula telah mengajurkan beberapa demonstrasi kecil-kecilan dengan membakar 2-3 tayar dan akhirnya pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di letak di tangan Kerajaan Pusat di bawah Mageran.

HAsilnya undang2 darurat berkuatkuasa dan PAS telah tidak berupaya untuk berkempen manakala UMNO bebas bergerak. Apabila MAGERAN diangkat pada tahun 1978, terus diadakan PR negeri dan BN telah menang besar. PAS hanya tinggal 2 kerusi

(Nota: Nampak tak sekarang kenapa Tok Guru Nik Aziz tidak setuju bermuzakarah dengan UMNO? Mereka yang menyokong muqabalah ni semuanya takda pengalaman kena tipu dengan UMNO. Sepanjang masa PAS ditipu di Kelantan dahulu, Ustaz Nik Aziz terlibat secara direct. Tok Guru Nik Aziz kenal siapa UMNO ni).

Sultan Perak Ni Benci Pada PAS dan Islam

Raja Azlan ni cukup menyampah dengan Pakatan Rakyat dan MB Nizar. Bawah kita banyak kerabat Perak susah dapat projek.

Sultan pun malu nak buat benda-benda "haram" yang selama ni dia buat. Pentadbiran kerajaan negeri pun semuanya tidak tunduk pada Istana macam dulu.

Jadi, inilah sebenarnya sebab Raja Azlan membuang Nizar dari jadi MB. Ini bererti MB haram BN yang baru ini akan menjadi "balachi" Istana Perak kerana dia terhutang budi dengan Istana. Ertinya rakyat Perak akan jadi lebih rugi.

Ramai orang Perak maklum betapa kerabat-kerabat Perak ni menjadi parasit ke atas Kerajaan Negeri. Mereka ni semua bengap tak tahu bisness tapi nak duit banyak sebab nak enjoy. Jadi sumber kewangan mereka yang mudah hanyalah kerajaan negeri.

Sebab tu walaupun Perak maju, tapi rakyat Perak bersepah-sepah miskin. Sultan Azlan Shah bukan dia kesah rakyat dia miskin. Selama ni pun mana pernah Sultan Azlan Shah kesah pun.

Saya tak nak cerita je mcmna perangai keluarga Sultan Azlan ni masa diorang ada di London dulu. Teruk ya amat.

Jadi orang mcm ni la yang Harussani suruh kita semua "wala" ni. PAdahal Harussani rata jaja betapa orang Islam sekarang ni kuat minum arak, tapi orang macam Sultan Azlan Shah ni dia pertahan. Pooorah Harussani, cakap tak serupa bikin.


Raja-Raja Melayu Warisan Penjajah dan Anti Islam

Bodohlah PAS hendak berharap kepada Raja-Raja Melayu. Keturunan mereka naik takhta hasil dari campur-tangan British dan mereka ini semuanya adalah hamba British satu waktu dahulu.

Mereka memang benci Islam dan mereka tidak akan mahu Islam dinobatkan serta ditabalkan sebagai agama yang tinggi.

Dari segi akhlak pula, kegiatan mereka ini amat terkenal. Misalnya:

a. Bekas Menteri Besar Pahang merangkap mantan Pengarah DBP telah dipaksa turun dari kerusi MB Pahang kerana beliau tidak mahu membayar hutang judi istana dengan Las Vegas.
b. Segala projek babi di NS itu sebenarnya adalah tanah2 yang dijual oleh Istana kepada tokeh2 babi.
c. Raja Perak ni pun terkenal dengan perangai tak elok beliau.
d. Raja Johor terkenal dengan bengis nya
e. Sultan Selangor skrg ni pun kita tahu kesnya
f. Sultan Kelantan terkenal dengan campur tangan Baginda dalam pentadbiran negeri Kelantan.
(Kelantan ditadbir oleh Raja Perempuan Kelantan yang masa mudanya dahulu beliau tidak siuman, suka cakap sorang-sorang)

Oleh sebab itu, mengapalah PAS nak sibuk-sibuk menyembah duli dan mengharapkan belas ehsan Raja-Raja Melayu kerana Raja-Raja Melayu ni sangat benci dengan Islam? Boleh kah kita harapkan orang-orang yang kuat buat maksiat untuk mendaulatkan Islam?
Macam mengharapkan anjing supaya jangan menyalak.

Walaubagaimanapun, ada Raja yang baik dan hormat pada Islam macam Raja Terengganu dan Kedah tapi tak ramai.

Masaalah Besar di Selangor

PAS di Selangor ni dah jadi macam wakil Raja dan bukannya Wakil Rakyat. Segala-galanya nak ikut cakap Tuanku.

Kemuncak dari tindakan ini adalah perlantikan AJK MAIS yang menampakkan hamper semua yang dilantik adalah dari UMNO. Hanya satu sahaja dari PAS.

Oleh kerana wakil PAS Selangor sedang dibuai mimpi kononnya Tuanku hendakkan beliau jadi MB, maka beliau tak berani nak lawan Istana malahan hanya menjadi pak turu kepada Istana.

Segala pentadbiran JAIS dan MAIS diserahkan bulat-bulat pada orang UMNO dan segenap MAIS dan JAIS tak mengaku pun mereka duduk bawah kerajaan negeri. Bila ditanya semua kata mereka duduk bawah Raja.

Sejak bila pulak Sultan Selangor ni boleh diharap menjaga agama? Terutama yang ada sekarang ni?

Kenapa PAS Selangor hendak menjadi Pak Turut kepada Istana sedangkan Istana menjadi alat kepada mengekalkan kekuasaan UMNO dan BN di Selangor? Kalau mcm ni buat apa PAS masuk kerajaan?

PAS Selangor mesti muhasabah diri dan berhenti jadi pak turut istana. Istana dan Sultan sekarang ini menjadi penyokong kepada korporat2 UMNO Selangor yang projek mereka dibatalkan atas dasar korupsi dsbnya. Sultan inikah yang PAS Selangor hendak pertahankan?

Sedarlah kembali apa sebab PAS wujud.

Tulang Besi > Peh... aku respek ngan brader ni, hujahnya harus kita fikir dalam2....Amin...

10 Februari, 2009

Seribu BERDEMO@kumpul sokong RAJA?


Kira2 1000 orang berkumpul dipadang dewan bandaraya Ipoh Tengahari 9hb menyatakan sokongan kepada raja2 melayu. Perhimpunan ini dianjurkan pertubuhan 'membodek' @ GPMS dan pemuda UMNO( budak2 KERi) serta beberapa NGO (bodek lebih ni).
Anggota pemuda UMno dari penang, selangor,negeri sembilan dan kedah (berapa RM dapat sorang brader?) menyertai rakan2 mereka di PERAK di dalam perhimpunan itu(DEmontrasi bukan budaya kita kan bro?)

Naib ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaludin (hehe dah jadi beruk ke?) dan ketua putra UMno, Datuk Abdul Aziz (mamak teh tarik jua) turut menyertai perhimpunan itu.
Woi! hangpa semua tak faham ke? Pak lah dan MAhdet kan dah bagitau, Demontrasi bukan budaya kita! tak reti2 bahasa lagi ke? Khairy Mak Yeh pun dah Bilang dulu, orang2 yang berdemo ni macam BERUK! Kenapa la ni, kita semua nak jadi beruk juga? KAH..KAH...KAH....

06 Februari, 2009

Apa ni? Kuala kangsar bertukar GAZA!

FRU menggganas, masjid dibedil gas pemedih mata!
Salmiyah Harun & Intan Abdullah
Fri | Feb 06, 09 | 3:23:59 pm MYT

Terkini|

KUALA KANGSAR, 6 Feb (Hrkh) - 3.20 petang:FRU sedang melepaskan gas pemedih mata kepada orang ramai yang sedang berhimpun di luar Masjid Ubudiyyah.

Iklan




Dalam pada itu, didapati beberapa das gas pemedih mata turut dilepaskan ke dalam masjid dan ini telah menyebabkan gangguan kepada jemaah yang masih berada dalam masjid yang sedang membaca Yassin.

Sementara itu, seorang bekas anggota FRU yang turut berada di lokasi kejadian menyifatkan tindakan FRU adalah melampau dan melanggar prosedur kerana melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid.

Selain itu, dalam tinjauan wartawan Harakah mendapati orang ramai sedang cuba untuk menutup pintu masjid bagi mengelak serangan FRU yang makin membabi buta. - mks._-ikhsan harakahdaily!- Allah selamatkan Perak! TAkbir,takbir,takbir...

EmmBee Perak yang baru(a)?


Inilah wajah bakal MB perak yang baru tajaan dan pilihan Najib Tun tuya. Hmm.. aneh jua kerana dalam undang2 tubuh negeri Perak disebut Menteri Besar mestilah Melayu dan Islam! Islam tu mungkin juga sebab ada nampak sunnah nabi sikit(janggut) dan dahi agak HITAM tanda kuat ibadat ni. Tetapi yang jadi kemusykilan aku,tang melayu tu....Nampak rupa macam takde rupa melayu tapi lebih kepada 'mamak-mamak' aje....Eh? sejak bila pula, mamak diiktiraf sebagai melayu? owhh yela kot, patut la Shah Rukh Khan pun diberi gelaran Datuk ye....ok2...so mudahnye sekarang,macha2 Hindraf pun kalau convert ke islam then boleh masuk Umno dan 'declare' Melayu juga la....ok2 paham2....Apa2 pun kami di Fikiran Licin ingin berkata sesuatu pada Najib, "dah takde melayu yang betul2 melayu ke?" dan pada Mb baru ni aku nak jeirt sikit," ane,teh tarik une", kah..kah..kah...

04 Februari, 2009

Dun mungkin bubar,peluang selam mereka!

Suasana politik yang gempar akhir2 ini membuat ramai yang tertanya-tanya, apa sebenarnya yang berlaku. Bagi aku, ini adalah kemuncak kepada kebangkitan rakyat yang bertahun mimpikan perubahan iklim politik negara kita yang tercinta ini. Lewat hari ini, terdengar desas-desus mengatakan,Perak-negeri pakatan rakyat, akan membubarkan Dun untuk memberi laluan kepada Pilihan raya kecil diadakan. Ini susulan kepada cadangan dan kehendak rakyat supaya negeri Perak perlu mendapat satu kerajaan yang kuat dan stabil.-  Nah, inilah peluang keemasan bagi rakyat perak untuk memberi mandat lebih besar kepada pakatan rakyat. Aku yakin dengan pembubaran ini satu mesej yang jelas akan dihantar seluruh rakyat Perak kepada barisan kepimpinan Najib dahi licin bahawa BN-UmnO-Mic-Mca-Ppp-Gerakan ditolak total! Pastikan Perak menjadi pencetus kebangkitan Rakyat secara total,dan kali ini terus campak mereka2 ini kedasar sungai Perak! Lawan terus lawan, biar putih tulang, jangan licin dahi!

01 Februari, 2009

Ha..ha..kah..kah..kah...


Dua ADUN PKR nafi letak jawatan



KUALA LUMPUR 1 Feb. - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini menafikan meletakkan jawatan mereka, sepertimana yang diumumkan petang tadi.

ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi memaklumkan kepada Utusan Malaysia bahawa beliau dan dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu tidak pernah menghantar surat berhubung perletakan jawatan itu.

Sebaliknya beliau mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang sekiranya mereka keluar daripada parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing. - Utusan Kah...kah.. kah... licin lagi dahi Najib memikirkan strategi tahi kucingnya tidak menjadi, malahan skrip baru pula yang timbul. Hip2 Horayy rakyat perak dapat durian runtuh nanti bila PRK diadakan...Bagi duit ambil,bagi kain ambil, bagi apa pun ambil tp pangkah tetap Pakatan RAkyat! Takbir3x...Lawan tetap lawan!

Ludah Mereka....


Ptuihhh..............! Isu lompat melompat terus menjadi khabar angin paling kencang di Malaya kini. Bermula dengan lompatan dari umNO ke PKR melibatkan Datuk Nasarudin Hashim adun BOTa lewat petang ahad lalu. Kini diberitakan pula bahawa 2 exco, diulangi-EXCO- Perak yang diberitakan hilang sejak 5 hari lalu akan membuat lompatan balik ke arah parti Umno, membuatkan kerajaan Perak memerintah dengan majoriti tipis-satu kerusi. Dalam pada khabar ini semakin kuat bertiup, muncul satu teori mengatakan bahawa kedua2 Adun ini telah dibeli oleh peneraju utama UMNO-BN perak sekarang-DSNTR(najib licin dahi). Mereka diberitakan telah dibeli dengan nilai 10juta dan pengguguran kes rasuah mereka yang bakal disebut 10feb ini. Ptuihhh.........kalau benar ini berlaku, dan jika benar kedua2 exco ini menukar arah perjuangan parti dengan cara sebegini, aku difikiran licin mahu meludah kesemua ni. Pertama kerana, tidak logik jika anda seorang exco-berjawatan dlm kerajaan negeri- menukar posisi kepada sesuatu yang tidak pasti, melainkan jika anda dijanjikan sesuatu dan anda tidak tampil untuk menafikannya. Kedua-rasuah dan ugutan sebegini tidak mustahil dilakukan UMNO-BN kerana ini sama seperti peristiwa penghijrahan beramai2 ahli Parti Keadilan Nasional-menjelang peralihan kuasa Pak Lah pada 2003 dahulu. Najib mungkin mengulang cetak perkara yang sama, tetapi mengharap imej yang lebih baik lagi kerana secara tidak langsung mungkin dapat menumbangkan sebuah kerajaan Negeri pakatan rakyat. Walau apa yang terjadi diharap rakyat tidak panik dengan situasi begini dan mendoakan agar kesejahteraan keatas kerajaan Pakatan Rakyat khususnya. Akhir sekali, aku difikiran licin ingin meludah mereka ini- DSNTR,EZAM,PERES,dan bekas ahli2 keADILan yang melompat pada 2003 dahulu-Zahid mat arif, ruslan kasim,lokman noradam-PTUIhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...................