
Ptuihhh..............! Isu lompat melompat terus menjadi khabar angin paling kencang di Malaya kini. Bermula dengan lompatan dari umNO ke PKR melibatkan Datuk Nasarudin Hashim adun BOTa lewat petang ahad lalu. Kini diberitakan pula bahawa 2 exco, diulangi-EXCO- Perak yang diberitakan hilang sejak 5 hari lalu akan membuat lompatan balik ke arah parti Umno, membuatkan kerajaan Perak memerintah dengan majoriti tipis-satu kerusi. Dalam pada khabar ini semakin kuat bertiup, muncul satu teori mengatakan bahawa kedua2 Adun ini telah dibeli oleh peneraju utama UMNO-BN perak sekarang-DSNTR(najib licin dahi). Mereka diberitakan telah dibeli dengan nilai 10juta dan pengguguran kes rasuah mereka yang bakal disebut 10feb ini. Ptuihhh.........kalau benar ini berlaku, dan jika benar kedua2 exco ini menukar arah perjuangan parti dengan cara sebegini, aku difikiran licin mahu meludah kesemua ni. Pertama kerana, tidak logik jika anda seorang exco-berjawatan dlm kerajaan negeri- menukar posisi kepada sesuatu yang tidak pasti, melainkan jika anda dijanjikan sesuatu dan anda tidak tampil untuk menafikannya. Kedua-rasuah dan ugutan sebegini tidak mustahil dilakukan UMNO-BN kerana ini sama seperti peristiwa penghijrahan beramai2 ahli Parti Keadilan Nasional-menjelang peralihan kuasa Pak Lah pada 2003 dahulu. Najib mungkin mengulang cetak perkara yang sama, tetapi mengharap imej yang lebih baik lagi kerana secara tidak langsung mungkin dapat menumbangkan sebuah kerajaan Negeri pakatan rakyat. Walau apa yang terjadi diharap rakyat tidak panik dengan situasi begini dan mendoakan agar kesejahteraan keatas kerajaan Pakatan Rakyat khususnya. Akhir sekali, aku difikiran licin ingin meludah mereka ini- DSNTR,EZAM,PERES,dan bekas ahli2 keADILan yang melompat pada 2003 dahulu-Zahid mat arif, ruslan kasim,lokman noradam-PTUIhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...................

