25 Disember, 2009

Natal(ia)


Suasana musim sejuk menyelubungi seluruh rumah agamku. Pendiang yang apinya kecil, bahkan terlalu kecil walau untuk memanaskan seekor Kucing kulihat dalam-dalam. Diatasnya tergantung 2 helai stokin merah yang kedua-duanya bahagian kiri makin bertukar warna.


Ianya musim sejuk yang terpanjang di kuala Tembeling, bahkan yang terbeku barangkali dengan suhu mencecah -15 darjah meskipun suhu disini tiada pernah mencapai 18 darjah pun pada hari-hari biasa.


Dalam keputihan salji yang turun menggila di rumah, aku lelap di depan api pendiang yang terus mengecil.Aku cuba menambah jaket bulu tebal diatas jaket kulit tebalku ini. Pakaian yang pasti membakar segala lemak jika digunakan 35 tahun dulu disini.


Natal kali ini aku berharap, aku maseh bernafas apabila fajar 25 Des 2025 menyinsing esok. Aku juga berharap separuh penduduk dunia bisa menikmati Natal yang sempurna walau populasi penduduk dunia hilang pasca 2012. Akibat amarah kuasa alam, kita hampir hilang segalanya. Kini yang tinggal hanya sisa-sisa kemusnahan dan dengan semangat yang tinggal dunia ini harus membina kembali tamadun untuk generasi berikutnya.


Ahhh....aku sendiri berharap dalam lelapku ini, Santa tiba dan penuhkan stokin kegemaranku dengan hadiah yang paling bernilai, dan paling menjadi harapan aku dan penduduk dunia ini agar mimpi ngeri kami hampir 13 tahun dahulu berakhir..


Salji terus menggila, sungai Pahang terus membeku dan Santa meluncur laju diatasnya bersama hadiahnya...

22 Disember, 2009

Gerhana


Malam tadi, sang putera Puntianak kembali menyintai gadis manusia idamannya lagi..


Bercinta dan berkasih di barat Hemisfera..


Asyik, penuh bahagia dan kelihatan tiada yang mampu menghalang kasih mereka berdua walaupun Sang Serigala...


Tetapi cinta suci mereka tamat apabila loceng jam terdera!


..............

15 Disember, 2009

Sore Hari Anjing


Malang jadi Sonny Wortzik. Amat malang lagi jadi Sal. Sialan, terlalu malang apabila menjadi pasangan Gay.

Mahu kelihatan kool? cuba petua ini..

-Kahwin dan cuba dapatkan anak 3 orang
-Ubah selera seksual apabila perkahwinan membosankan
-Cari kawan yang lurus bendul
-Pilih bank yang kool di pusat bandar
-Rampok ketika sore
-Pastikan hanya ambil 11k saja dari bank
-Provok polis jika anda Terkepong
-Tahan tebusan dan minta polis sediakan kapal terbang
-Pastikan anda ditangkap hidup2 berseorangan
-Menyesal dan habiskan masa 30-40 tahun dalam jel (atau mati di tali gantung)

Anda dijamin kool jika antara petua2 di atas diikuti. Pasti anda akan merasa kelainan dalam kehidupan anda yang boring....

Menjadi Sonny memang kool, tetapi menjadi perompak Gay sangat tidak kool...

11 Disember, 2009

Malam Dan Dua Titik Hitam

Suasana perkarangan rumah di tepi sungai itu redup dan nyaman sekali. Terdengar kicauan burung dan sesekali desir angin menyapa dedaun seolah menghasilkan irama indah. Sesusuk tubuh kelihatan berjingkit dalam remang senja yang mengelam. Susuk itu terus menghampiri barat rumah yang sederhana besarnya dan yang sudah 3 tahun ditinggalkan.

Perlahan-lahan jendela dikuak dan ruangan cuba dibuka seluas mungkin untuk tubuh itu menerobos ke dalam rumah yang semakin pekat gelapnya. Berkali-kali tubuh tersebut cuba memanjat dan melompat masuk tetapi gagal. Keluhan kecil diluahkan empunya tubuh.
"Aku harus segera, masa tidak mengizinku," getus hati kecilnya sambil peluh dingin mengalir dipipinya. Dengan kudratnya beliau melompat terus jatuh kedalam ruangan gelap rumah.
" Ah, kukira ini ruangan tamunya, dan pasti ianya berada disini," hatinya terus membentak.

Dia bingkas bangun dan tiba-tiba beliau merasakan ada sesuatu didepannya. Dengan visi pandangan yang semakin gelap dan kabur itu, dia yakin ada sosok lembaga yang agak tinggi berdiri betul-betul dihadapnya, ditengah ruangan rumah itu. Kini dia panik dan merasakan nyawa tersekat di kerongkong.

Perlahan-lahan lembaga menghampiri tubuh yang tegak kaku penuh ketakutan itu. Dengan suara yang lembut tetapi penuh kemarahan lembaga bersuara, " kau harus menjadi kaumku, ini adalah sanjungan bagi kamu jika mati ditanganku," jelas penuh kebencian nadanya.
Leher tubuh itu terus dicengkam oleh kedua belah tangan lembaga dan dengan mulut ternganga luas menyelahkan dua taring tajam dan bersedia untuk ditusuk ke leher mangsanya.........

Emmmm..aku takde idea macamana nak mula dan akhirkan cerita ni. Ini pun tengah2 je yang aku tau, hahaha....( penulis tertawa kecil mengenangkan kepandaian mengarang cerita ini, ahh malam makin larut dan secawan kopi dihirup sambil mengusap 2 titik hitam di lehernya!)

08 Disember, 2009

Hidangan Larut Malam

Diatas meja terhidang berbagai hidangan enak. Sungguh istimewa malam ini. Kelihatan kambing panggang di atas meja dengan bau kelazatan menusuk kehidung dan membuatkan 13 perut yang menghadap hidangan berbunyi tanda kelaparan yang amat.

"Aku tahu, didalam kehebatan kita semua ada yang cuba membelot kepadaku", hening malam itu dipecahkan dengan suara yang tegas dari hujung meja. Agak berusia tuan punya suara itu dan dari segi pertuturan nyata beliau adalah komander bagi ke duabelas kelasinya di meja.

Kesemua di meja bertanyakan soalan, " Tuan, hamba bukan lah pembelot itu bukan?", soalan yang tiap2 seorang dari mereka tuturkan hingga membuat sang komander berkerut. Nyatalah telahan beliau selama ini benar. Kebenaran bahawa ini adalah malam pengakhiran kepada beliau memang tidak disangkal lagi. Seperti yang tertulis didalam wahyunya.

Dalam keadaan yang sedikit tegang itu, Komander mengambil segelas wain lalu di teguk bersama sekeping roti. Enak, betul2 enak kepingan roti dari gandum hasil perih pengikutnya diadun di tekak bersama Wain ciptaannya.

Lebihan kepingan roti di siat2 lalu di bahagikan kepada 12 pengikutnya itu. "Anggaplah ini seperti tubuhku, di berikan kepada kamu semua sebagai ingatan kepadaku bila aku tiada kelak", satu ucapan penuh semangat dalam getaran suara yang dalam. Dalam kepayahan itu di angkatnya segelas wine lalu, "Ini adalah hadiah dari penjagaku, penjaga kita semua dan sebagai perjanjian menggantikan darahku,"......

Hening...

"Aku tidak akan sekali2 meminum wine sehingga kamu semua sedar bahawa aku membawa kebenaran dari penjagaku dan kamu semua pasti sedar bahawa aku membawa kebenaran,"......

Api lilin terpadam..

Komander bangun, lantas pengikutnya mengekori dari belakang satu persatu. Daun pintu di selak, berkeriut bunyinya. Malam itu amat dingin, tanpa angin, tanpa bunyian serangga dan dengkuran kuda.

.........."Bang, burger ayam spesel 2 siap."lelaki yang mungkin seumur komander menyapaku. Ahhh..kuhulurkan note hijau kepadanya..."Terima kasih bang, cantik baju abg tu," tegurnya padaku sanbil tersenyum....Brengset, aku merungut dalam hati. Lamunan aku terhenti dan aku cuba mengingati apa yang tiba2 muncul di fikiranku ketika menunggu hidangan malamku tadi. Baju putih bundle ku yang bergambar lukisan Da Vinci ku renung lagi......


07 Disember, 2009

Kerana mu Zulikha

Semalam aku betul2 berada di depan Istana vitori di Campagna. Tegak aku dalam cuaca dingin gunung yang bertembung dengan angin lautan Mediterranian.

Selang 5 menet, pintu agam itu terbuka lalu muncul Zalea Mineron menghulurkan bunga segar yang mungkin baru di petik. " Silakan brutus, Ratu tak sabar menemuimu", Zalea tersenyum kecil melihat aku yang separuh kaku.

Langkah ku atur penuh yakin, sambil wangian seumpama bunga2 di tebing Babylon menusuk segar di pernafasanku. Aku semakin hampir di dewan yang penuh dengan pembesar.

"Brutus..", sapa Cleopatra yang sungguh cantik di singgahsana

"Sudikah kau mengahwini beta?"...

Aku hampir pengsan! Mataku terpejam.

Bila ku buka semula..Ahhhh...bangsat, aku kantoi lagi subuh.