08 Disember, 2009

Hidangan Larut Malam

Diatas meja terhidang berbagai hidangan enak. Sungguh istimewa malam ini. Kelihatan kambing panggang di atas meja dengan bau kelazatan menusuk kehidung dan membuatkan 13 perut yang menghadap hidangan berbunyi tanda kelaparan yang amat.

"Aku tahu, didalam kehebatan kita semua ada yang cuba membelot kepadaku", hening malam itu dipecahkan dengan suara yang tegas dari hujung meja. Agak berusia tuan punya suara itu dan dari segi pertuturan nyata beliau adalah komander bagi ke duabelas kelasinya di meja.

Kesemua di meja bertanyakan soalan, " Tuan, hamba bukan lah pembelot itu bukan?", soalan yang tiap2 seorang dari mereka tuturkan hingga membuat sang komander berkerut. Nyatalah telahan beliau selama ini benar. Kebenaran bahawa ini adalah malam pengakhiran kepada beliau memang tidak disangkal lagi. Seperti yang tertulis didalam wahyunya.

Dalam keadaan yang sedikit tegang itu, Komander mengambil segelas wain lalu di teguk bersama sekeping roti. Enak, betul2 enak kepingan roti dari gandum hasil perih pengikutnya diadun di tekak bersama Wain ciptaannya.

Lebihan kepingan roti di siat2 lalu di bahagikan kepada 12 pengikutnya itu. "Anggaplah ini seperti tubuhku, di berikan kepada kamu semua sebagai ingatan kepadaku bila aku tiada kelak", satu ucapan penuh semangat dalam getaran suara yang dalam. Dalam kepayahan itu di angkatnya segelas wine lalu, "Ini adalah hadiah dari penjagaku, penjaga kita semua dan sebagai perjanjian menggantikan darahku,"......

Hening...

"Aku tidak akan sekali2 meminum wine sehingga kamu semua sedar bahawa aku membawa kebenaran dari penjagaku dan kamu semua pasti sedar bahawa aku membawa kebenaran,"......

Api lilin terpadam..

Komander bangun, lantas pengikutnya mengekori dari belakang satu persatu. Daun pintu di selak, berkeriut bunyinya. Malam itu amat dingin, tanpa angin, tanpa bunyian serangga dan dengkuran kuda.

.........."Bang, burger ayam spesel 2 siap."lelaki yang mungkin seumur komander menyapaku. Ahhh..kuhulurkan note hijau kepadanya..."Terima kasih bang, cantik baju abg tu," tegurnya padaku sanbil tersenyum....Brengset, aku merungut dalam hati. Lamunan aku terhenti dan aku cuba mengingati apa yang tiba2 muncul di fikiranku ketika menunggu hidangan malamku tadi. Baju putih bundle ku yang bergambar lukisan Da Vinci ku renung lagi......


Tiada ulasan: