Memaparkan catatan dengan label bela negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bela negara. Papar semua catatan

29 Mei, 2010

Sampai Syurga


Mei dah nak sampai hujung hujung. Gua tak rasa gua sampai hujung bujang gua lagi. Tak ramai dan tak puas lagi gua nak gesel gesel dengan makhluk berlainan jantina. Makin tahun makin bertambah pulak awek awek selera yang gua nampak depan mata. Simpan je la dalam hati. Gua ibarat vampire tiada taring sekarang ini.

Gua harap kat syurga nanti gua tiada perasaan macam ni. Dengar khabar bidadari ni cantiknya tak terbanding.

Gua niat solat Tahajjud ini malam.

08 Disember, 2009

Hidangan Larut Malam

Diatas meja terhidang berbagai hidangan enak. Sungguh istimewa malam ini. Kelihatan kambing panggang di atas meja dengan bau kelazatan menusuk kehidung dan membuatkan 13 perut yang menghadap hidangan berbunyi tanda kelaparan yang amat.

"Aku tahu, didalam kehebatan kita semua ada yang cuba membelot kepadaku", hening malam itu dipecahkan dengan suara yang tegas dari hujung meja. Agak berusia tuan punya suara itu dan dari segi pertuturan nyata beliau adalah komander bagi ke duabelas kelasinya di meja.

Kesemua di meja bertanyakan soalan, " Tuan, hamba bukan lah pembelot itu bukan?", soalan yang tiap2 seorang dari mereka tuturkan hingga membuat sang komander berkerut. Nyatalah telahan beliau selama ini benar. Kebenaran bahawa ini adalah malam pengakhiran kepada beliau memang tidak disangkal lagi. Seperti yang tertulis didalam wahyunya.

Dalam keadaan yang sedikit tegang itu, Komander mengambil segelas wain lalu di teguk bersama sekeping roti. Enak, betul2 enak kepingan roti dari gandum hasil perih pengikutnya diadun di tekak bersama Wain ciptaannya.

Lebihan kepingan roti di siat2 lalu di bahagikan kepada 12 pengikutnya itu. "Anggaplah ini seperti tubuhku, di berikan kepada kamu semua sebagai ingatan kepadaku bila aku tiada kelak", satu ucapan penuh semangat dalam getaran suara yang dalam. Dalam kepayahan itu di angkatnya segelas wine lalu, "Ini adalah hadiah dari penjagaku, penjaga kita semua dan sebagai perjanjian menggantikan darahku,"......

Hening...

"Aku tidak akan sekali2 meminum wine sehingga kamu semua sedar bahawa aku membawa kebenaran dari penjagaku dan kamu semua pasti sedar bahawa aku membawa kebenaran,"......

Api lilin terpadam..

Komander bangun, lantas pengikutnya mengekori dari belakang satu persatu. Daun pintu di selak, berkeriut bunyinya. Malam itu amat dingin, tanpa angin, tanpa bunyian serangga dan dengkuran kuda.

.........."Bang, burger ayam spesel 2 siap."lelaki yang mungkin seumur komander menyapaku. Ahhh..kuhulurkan note hijau kepadanya..."Terima kasih bang, cantik baju abg tu," tegurnya padaku sanbil tersenyum....Brengset, aku merungut dalam hati. Lamunan aku terhenti dan aku cuba mengingati apa yang tiba2 muncul di fikiranku ketika menunggu hidangan malamku tadi. Baju putih bundle ku yang bergambar lukisan Da Vinci ku renung lagi......


27 Februari, 2009

Chitt...porahhh.....!!!!!


Di parlimen petang tadi sekumpulan pemuda telah menunjukkan keberanian menyerang ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh. Mereka mengepung Karpal yang duduk atas kerusi roda sewaktu hendak memasuki ke Parlimen bagi menjalankan tanggungjawabnya.

Kumpulan itu marah dengan Karpal Singh ekoran ahli parlimen itu mengatakan celaka kepada pemuda Umno di Parlimen semalam. Karpal berilusi bahawa pihak yang mengirimkan dua butir peluru hidup kepadanya baru-baru ini adalah pemuda Umno. Mungkin kumpulan pemuda seramai 10 hingga 20 orang itu kalangan Pemuda Umno sebab itulah mereka marah sangat dengan Karpal.

Walaupun Karpal sudah menarik balik kata-kata itu atas arahan timbalan Speaker Wan Junaidi Tuanku Jaafar namun kumpulan berkenaan tidak berpuas hati sehingga mengepung Karpal.Ekoran itu berlaku kekecohan antara kumpulan penyokong Umno dengan wakil-wakil rakyat pembangkang di situ sebelum pengawal keselamatan tiba untuk meleraikan mereka.-Ceh...apa la sikap sebegini ditunjukkan di khalayak ramai di parlimen yang pasti mengundang pelbagai sangkaan rakyat kepada gerombolan pemuda itu sendiri. Benar karpal salah tetapi cara yang ditunjukkan itu juga bukan betul. Jangan berani dengan orang yang tak berdaya saja, kalau benar2 mahu tunjuk berani, apa kata pemuda gerombolan turun ke petaling street,disana lebih ramai yang dapat 'diganyang', lebih 'jantan' rasanya kalau gerombolan pemuda dapat membanteras segala macam 'benda' disana. Heh kalau gerombolan berani, hamba respek 20 jari....(tapi rasanya kecut teloq la..kah..kah..kah..)

25 Januari, 2009

Syabas Bro, Tindakan yang tepat.


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini.

Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pukul 2.30 petang tadi. -Satu tindakan yang tepat pada masanya bro... Tahniah kerana menyertai kami rakyat marhaen yang memerlukan. Hantar 'signal' yang jelas pada Tajul Rosli bahawa rakyat Perak tidak memerlukan mereka2 yang KOrup dan mementingkan agenda kroni....Takziah juga kepada DSNTR kerana hilang lagi kerusi kepada pakatan rakyat...Undurlah Najib!

18 Januari, 2009

PRK 036- Buktikan BN-UMNO hampir pupus


 KUALA TERENGGANU: PAS menguasai semula kerusi Parlimen menerusi kemenangan calonnya, Mohd. Abdul Wahid Endut malam tadi dengan majoriti lebih besar.

PAS memenangi kerusi pada 1999 tetapi dirampas balik oleh Barisan Nasional (BN) pada 2004 dan 2008.

Pada 2004 dan 2008, calon BN memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,933 dan 628 undi.

Sepuluh tahun lalu PAS memenangi kerusi ini dengan majoriti 14,448 undi.

Mohd. Abdul Wahid, 52, memperoleh 32,883 undi berbanding calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang mendapat 30,252 undi.

Berbanding 8 Mac lalu, undi dan majoriti bagi calon PAS mengalami peningkatan.

Ketua PAS Kuala Terengganu itu menang dengan majoriti 2,631 undi.

Undi rosak direkodkan ialah 665 undi.

Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekali gus hilang wang deposit.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan di Stadium Negeri - pusat penjumlahan undi pada pukul 9.30 malam tadi.

Hanya Mohd Abdul Wahid yang berada di dewan ketika keputusan tersebut diumumkan. Dua calon lagi yang bertanding tidak kelihatan(eh? mana jemaah gerombolan entot2 dan raba2 bela negara? hahahaha)

Calon BN berada di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Ahmad Said bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak(biasala..dah tau melingkup....) Tahniah buat PAS dan PR ....Semoga dengan kemenangan ini dapat memberi kekuatan untuk seterusnya menumbangkan kebobrokan Bee..End (BN)