Memaparkan catatan dengan label ahmoi cantek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ahmoi cantek. Papar semua catatan

11 Mei, 2011

Laksa dan Kenangan


Tadi gua pekena laksa bersama makwe orang dan dua housematenya. Seingat gua, last gua pekena laksa kat sana dalam 2 bulan lepas. Laksa brader ni masih power. Teh ais dia pun masih bisa. Jenis berniaga pandai buat air. Orang utara la katakan.

Selepas makan dan sembang sembang lebih kurang, kami berangkat pulang. Dalam kereta gua hulur hadiah besday makwe orang. Makwe orang ambil sambil ucap terima kasih dan tumbuk tumbuk manja bahu gua. Gua blushing. Blushing sebab gua tahu hadiah gua tu tak seberapa. Balut hadiah pun gua tak ekselen. Malu sama cikgu seni gua dulu.

Makwe orang, maafkan gua sebab tak mampu nak hadiahkan bracelet bertatah Swaroski pada lu.
Gua cuma insan marhein, hanya hadiah tak seberapa namun gua ikhlas. Ikhlas lebih penting dari harga hadiah dan gua harap lu faham itu.

Akhrnya setelah ntah beberapa lama dapat juga gua sekali lagi menghulurkan hadiah kepada insan bergelar makwe. Tak kisah la walau dia makwe orang kerana gua ikhlas... Lu orang?

07 November, 2010

Jalanmu bukan jalanku


Gua terasa hidup gua punah ranah..gua rasa macam nak mati tapi gua juga mahu terus hidup. Indah hanya sementara, betul kata orang.

Gua kene tabah, hal hati ni gua kena pandai handle.

08 Ogos, 2010

Tekad


OK, kali ini gua serius, kalau tak jalan jugak gua dah tak tau nak buat macamana dah...

29 Mei, 2010

Sampai Syurga


Mei dah nak sampai hujung hujung. Gua tak rasa gua sampai hujung bujang gua lagi. Tak ramai dan tak puas lagi gua nak gesel gesel dengan makhluk berlainan jantina. Makin tahun makin bertambah pulak awek awek selera yang gua nampak depan mata. Simpan je la dalam hati. Gua ibarat vampire tiada taring sekarang ini.

Gua harap kat syurga nanti gua tiada perasaan macam ni. Dengar khabar bidadari ni cantiknya tak terbanding.

Gua niat solat Tahajjud ini malam.