11 Mei, 2011

Laksa dan Kenangan


Tadi gua pekena laksa bersama makwe orang dan dua housematenya. Seingat gua, last gua pekena laksa kat sana dalam 2 bulan lepas. Laksa brader ni masih power. Teh ais dia pun masih bisa. Jenis berniaga pandai buat air. Orang utara la katakan.

Selepas makan dan sembang sembang lebih kurang, kami berangkat pulang. Dalam kereta gua hulur hadiah besday makwe orang. Makwe orang ambil sambil ucap terima kasih dan tumbuk tumbuk manja bahu gua. Gua blushing. Blushing sebab gua tahu hadiah gua tu tak seberapa. Balut hadiah pun gua tak ekselen. Malu sama cikgu seni gua dulu.

Makwe orang, maafkan gua sebab tak mampu nak hadiahkan bracelet bertatah Swaroski pada lu.
Gua cuma insan marhein, hanya hadiah tak seberapa namun gua ikhlas. Ikhlas lebih penting dari harga hadiah dan gua harap lu faham itu.

Akhrnya setelah ntah beberapa lama dapat juga gua sekali lagi menghulurkan hadiah kepada insan bergelar makwe. Tak kisah la walau dia makwe orang kerana gua ikhlas... Lu orang?

Tiada ulasan: