Hari hari dalam bulan May ini sangat panas dan berbahang. Sampai bila tidur malam gua terpaksa tala dua kipas meja dengan speed 3. Biar angin dia padu sikit. Bangang juga gua sebenarnya apabila tidak mengetahui jika udara panas buka kipas angin sampai speed 5 pun masih tetap panas. Jadi gua angan angan nak install air-cond esok hari. Gua mahu guna jenama jepun yang jenis jimat elektrik. Jenama yang terkemuka di dunia. Biar start malam esok udara panas dapat gua sejukkan.
Tapi angan angan gua mati apabila otak gua terfikir sesuatu. Sesuatu yang merencatkan hajat gua mendapatkan air-cond berjenama tersebut. Cilaka! Macamana gua boleh lupa yang harga air-cond tersebut bukan puluh puluh. Harga cecah ratus ratus hampir ribu ribu. Miss Nasi lemak gua tiap pagi nanti. Apa bangsat duduk Malaysia tak sarapan Nasi Lemak pagi pagi. Tak patrotik.
Ok, dalam poket gua ada 13.45 dalam Ringgit Malaysia. Gua ingat gua angkat air-cond bila gua jadi jutawan suatu hari nanti. Baru sejuk poket.
Untuk itu, malam ini gua terpaksa enjoy angin kipas meja speed 3 tala ke muka.
P/s: celaka apa nak pasang air cond kena tunggu jutawan? Nasib sms dari makwe orang boleh kasi sejuk sikit hati gua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan