Memaparkan catatan dengan label angin malam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label angin malam. Papar semua catatan

19 Mei, 2011

Hidup Penuh Pancaroba


Dalam kehidupan kita, seboleh bolehnya kita mahu yang terbaik, tercantik dan tergaya sekali. Bagi gua turut tak terkecuali. Kereta besar, rumah besar, bini cantik dan gajet menarik tetap menjadi idaman pelangkap kehidupan gua di dunia yang fana ini. Tapi nak dapat hidup selengkap ini bukan senang man. Lu kena usaha keras dan turut disertakan dengan sedikt nasib yang superb, baru lu boleh capai apa yang lu idamkan.

Untuk itu, sebelum lu berusaha dan bernasib baik capai apa lu hajati, lu teruskan enjoy kehidupan lu dengan mengagumi kejayaan orang lain. Indah juga di mata dan sejuk juga di hati. kan?

10 Mei, 2011

Bahang Asmara


Hari hari dalam bulan May ini sangat panas dan berbahang. Sampai bila tidur malam gua terpaksa tala dua kipas meja dengan speed 3. Biar angin dia padu sikit. Bangang juga gua sebenarnya apabila tidak mengetahui jika udara panas buka kipas angin sampai speed 5 pun masih tetap panas. Jadi gua angan angan nak install air-cond esok hari. Gua mahu guna jenama jepun yang jenis jimat elektrik. Jenama yang terkemuka di dunia. Biar start malam esok udara panas dapat gua sejukkan.

Tapi angan angan gua mati apabila otak gua terfikir sesuatu. Sesuatu yang merencatkan hajat gua mendapatkan air-cond berjenama tersebut. Cilaka! Macamana gua boleh lupa yang harga air-cond tersebut bukan puluh puluh. Harga cecah ratus ratus hampir ribu ribu. Miss Nasi lemak gua tiap pagi nanti. Apa bangsat duduk Malaysia tak sarapan Nasi Lemak pagi pagi. Tak patrotik.

Ok, dalam poket gua ada 13.45 dalam Ringgit Malaysia. Gua ingat gua angkat air-cond bila gua jadi jutawan suatu hari nanti. Baru sejuk poket.

Untuk itu, malam ini gua terpaksa enjoy angin kipas meja speed 3 tala ke muka.

P/s: celaka apa nak pasang air cond kena tunggu jutawan? Nasib sms dari makwe orang boleh kasi sejuk sikit hati gua.