23 Ogos, 2010

Tajam Menikam


Malam ini jalan lengang. Gaya pemanduan gua yang selalu agak kucar kacir sebelum ini kelihatan kemas malam ini. Cuma sesekali pari pari kecil masuk menerobos melalui jendela kereta yang gua rendahkan, cukup untuk gua hembus asap rokok import seberang. Seekor pari pari kecil yang berkepak landing atas batang hidung gua. Gua jadi angin dan terus jentik keluar sekuat hati.

" aduh,".. pari pari terjerit kesakitan sambil terpelanting di bahu jalan

Gua senyum sambil main langit langit dengan lidah buat tahan mengantuk. Ciss, rasa jauh juga perjalanan dari Texas ke San Francisco. Sudah 17 jam gua memandu berterusan tanpa rehat. Cuma sekadar berhenti isi gas dan kencing di petrol pam. Otot otot belakang dan pinggul gua dah hampir tak terasa, mujur juga Mustang gua ini seatnya dari kulit dan enjin juga tip top. Kira ok juga untuk perjalanan yang jauh.


Tiba tiba didalam kepekatan malam dan dari kejauhan gua terperasan ada susuk ditengah jalan cuba menahan kereta gua. Gua pantas menekan pedal brek stail drift, maka menyusur mustang gua membelah jalan. Tayar gua makan jalan dan tinggalkan bekas serta asap.
Gua ngam ngam berhenti sebelah mamat yang berbadan agak besar dari orang asia seperti gua. Gua pandang beliau dengan pandangan penuh dendam.

"Boleh tumpang?", petah bahasa Melayu mamat berbadan besar.

"Boleh, tapi lu nak ke mana?", tanya gua dengan kasar

"ke Neraka," tegas mamat berbadan besar
Gua panik. Baru gua perasan di tangan mamat berbadan besar ada sesuatu benda. Sesuatu yang biasanya digunakan untuk menumbangkan Jati, Keruing dan Cengal. Itu Gergaji Berantai!
Belum panik gua hilang, mamat berbadan besar sudah mula berada di sebelah gua dengan bunyi gergaji berantai membelah hening malam. Darah gua memercik, gua semakin sayu dan layu.......

22 Ogos, 2010

Sahur Yang Sahur


Didalam kepedihan dan bergugurannya bunga sakura, gua bersahur dengan 4 ulas Kurma dan segeluk susu segar. Gua pejam mata sambil berimejin yang gua berada di Sahara...
Yes, gua berjaya.. Gua rebahkan diri di atas pasir di bawah pohon Baobab. Gua pasrah menunggu waktu berbuka dari waktu itu..

21 Ogos, 2010

Pergi


Gua rasa masa dah time untuk gua pergi. Ye, gua pasti merindui bunyi ketakan papan kekunci uzur gua, bunyi pintu, bunyi mesin parut kelapa jiran gua dan pastinya gua merindui saat bersama kamu. ..

Tapi gua pasti akan kembali dalam sepurnama, untuk bertanyakan cintanya, bukan untuk dia, bukan untuk siapa, tapi untuk gua, kerna gua sayang kamu!!!!!!!!!!! Nah.

18 Ogos, 2010

Buku Panduan


Gua semakin lemah. Energi ada dalam 12%. Kalau gua henpon dah tahap kene cas dah.
Masalahnya diri gua ni nak cas dengan apa? Gua bukan robocop.
Nampak jelas yang gua kene baca balik buku manual panduan penggunaan hidup gua.

08 Ogos, 2010

Tekad


OK, kali ini gua serius, kalau tak jalan jugak gua dah tak tau nak buat macamana dah...

05 Ogos, 2010

Hari Sedih


Hari ini hari yang amat duka bagi gua.
Hari ini gua rasa hari paling hitam dalam sejarah hidup gua.
Hari ini hari yang gua takkan lupa sepanjang usia gua.
Hari ini juga gua rasa gua insan paling loser di planet ini.

Gua harap hari esok kasi peluang pada gua.
Gua harap esok hari juga ada cahaya untuk hidup gua.

Itu pun kalau hari esok muncul lagi untuk gua ...
Itu pun kalau...

01 Ogos, 2010

Mardika


August, bulan kemerdekaan...oppss Ogos adalah ejaan yang benar untuk bulan kemerdekaan bagi negara yang berdaulat dan bebas Merdeka.

Cuba lu orang lihat sekeliling, dari bangunan, jalan dan kotak rokok korang, korang ingat korang merdeka ke?

F**K- off la.