25 Februari, 2010

Budak Banting Yang Straight


JAM: 9.16pm

LOKASI: Restoran mamak yang terang lagi bersuluh

CUACA: Suam-suam kuku


Malam ini gua menghadap dinner dengan hati yang mantap lagi kembang. Ini semua gara-gara gua order makanan sambil kiri dan kanan gua diapit olih dua Hero Malaya yang tersohor. Hero sebelah kanan gua terkenal kerana badan sasa, pernah couple dengan D.j Radio dan Pramugari drama. Tetapi jodoh tiada bila dua-dua makwe blah sebab tak tahan kene dera. Ganas mamat ni. Cuma gua jadi pelik sikit bila Hero ni muncul di media tempohari menangis-nangis. Gua rasa tak steadi bila badan sasa tapi hati bunga. Malas gua nak komen.

Hero belah kiri gua pula boleh tahan champion. Pernah kene tahan lokap dan pernah juga bawak lari anak dara orang.Sekali lagi gua tak campur hal bawa lari anak orang ni, apa barang bawak lari? Gentle la sikit...Gua pun malas nak komen hal ni.

Budak-budak krew lepak meja lain.

Memandangkan julung-julung kali gua lepak bersama public figure, gua secara tak langsung terima tempias Glemer. Glemer ni benda yang gua menyampah dari darjah 4 lagi sebab bagi gua benda ni tak menjamin gua dapat tunai haji sebelum umur gua 32.

Lantaklah!

Permasalahan dan konflik dalam jiwa gua timbul apabila hampir semua orang dalam Restoran jeling-jeling table kami. Ini buat gua sikit hangin. Ada juga segelintir awek-awek yang senyum dan menyapa dengan dua Hero di kiri dan kanan gua. Gua kat tengah terasa sikit terhina bila awek-awek serta mak-mak awek buat-buat tak nampak gua. Apa salah tegur gua sekali? Gua rasa macam tak wujud pula. Ini boleh dikira diskriminasi Hero, mentang-mentanglah gua baru nak up. Situasi diatas berterusan sampai sejam lebih. Borak-borak gua dah mula kosong...

##############

Habis makan gua telepon asistant direktor untuk mintak izin datang lokasi lewat esok. Malam ni gua nak rest kaw-kaw dan perlu gua untuk bangun lewat esok untuk mendapatkan energi bagi mengembalikan keyakinan gua yang sedikit terhakis.

Oh ya( ayat stereotaip skrip drama Malaya) makan malam gua dengan Hero berdua tadi gua yang bayar. Gua ada rasa puas dalam jiwa walau gua kurang glemer , tapi gua ada duit belanja makan Hero pujaan awek-awek.

Sampai rumah, basuh kaki dan terus landing di katil empuk gua.

Gua pejam mata dalam-dalam bayangkan gua AL-Pacino.


Note: Gambar dan tajuk tiada kene mengena dengan entri. Blog gua suka hati gua la.

23 Februari, 2010

Anugerah Skrin


Selepas ni gua mungkin akan bizi berminggu-minggu. Baru tadi siang gua dapat offer berlakon drama dengan watak 2nd hero bersama pelakon lelaki termantop seMalaya.

Gua dah boleh sengih mantap sampai ke telinga. Mak gua pun dah tentu tak tanya bila gua mahu langsung. Gua nanti dengan selamba jawab mak gua yang gua nak wat Majlis grand di KLCC dengan percikan bunga api.

Lepas ni gua nak angkat Grand Livina dengan payment yang gua perolehi. Gua boleh start menung senyum sorang-sorang dengan dada yang lapang. Ah-so sebelah rumah pun mungkin tak kata gua gila lagi, hahahaha...

Tapi gua rasa production house kat Malaya ni payment dia lambat. Tidak ke haru nanti kalau gua kene kelepet? Mampus!!! Gua cepat-cepat capai Nokia 3310 gua dan dail Nombor Harun Salim Bachik untuk minta bekap kalau apa-apa jadi.

22 Februari, 2010

Ada Habuk Dalam Poket Seluar


Pagi dah lama berlalu, sekarang time tengahari ambil alih. Baru gua perasan yang dari semalam gua tak jamah apa2 pun(semalam diambil kira dari jam gua tido). Gua buka peti ais, yang ada pun sampah-sampah dan air masak sejuk. Gua bersyukur sebab sebelum gua tidur semalam gua sempat tuang air masak dalam botol coke yang hebat ini, jadi dapat la gua togok air masak hari ini terus melalui muncung botol dan tanpa menggunakan cawan ala-ala Razak Ahmad.

Memandangkan hari ini gua cuti( hari-hari pun gua rasa macam cuti) gua ambil keputusan untuk memasak untuk makan tengahari ini. Gua selongkar kabinet dapur untuk usha bahan-bahan untuk gua gunakan bagi menu lunch gua. Sayu, semuanya kosong dan yang gua jumpa ikan bilis yang dah bertukar jadi hijau dan berlumut. Airmata gua mula menitik perlahan...........

#####################

Gua kesat kesan airmata sambil satu brader mamak garu kepala.
"Abg, apa mau makan?", true betul soalan dia.
"Beriani kambing satu, teh o ais satu", gua jawab yakin sambil dail telepon mak gua yang gua rindu masakan mak. Airmata gua jatuh lagi.

18 Februari, 2010

Demam


Sudah seminggu gua tak menulis. Gua tak bizi dan tak jua pergi kemana-mana. Cuma gua stay rumah tidur lewat dan bangun lewat sebab gua sekarang demam. Gua demam kerana layan cenel 202 astro tiap-tiap malam jam 12 tepat.

############

Layan siot, ingat 202 Astro. Peace!

08 Februari, 2010

Perkiraan Seorang Gua

Pagi ini gua bangun tidur senyum-senyum. Bahu kiri gua tak berat lagi sebab gua dapat solat subuh sebelum syuruk. Gua punya hati ceria dan berbunga-bunga.Gua amat yakin hari ni semua kerja yang gua lakukan akan dapat keberkatan, Amin...

Satu lagi hari ini penentuan siapa yang layak jawat MB Perak, negeri kelahiran gua berdasarkan nombor tengah I.C gua, -08-. Walau siapa pun yang disahkan layak oleh mahkamah hari ini, gua tak peduli sangat sebab gua yakin yang gua takkan dapat tender-tender projek kerajaan negeri. Nak masuk s.u.k ambil tandatangan pengesahan untuk gua masuk Universiti Yale pun belum tentu gua dapat lakukan. Tapi dalam hati gua ada feeling supaya D.S Nizar jadi MB sebab dia boleh Imam Solat dan boleh sembelih Binatang Qurban, berbanding D.S Zambry yang tau pekena nasi ganja dan bancuh teh tarik sahaja.

HAHAHAHA~

01 Februari, 2010

Bahu Kiri Berat


Hari ini gua bangun agak lewat (jam 11.30am). Menung-menung tepi katil sambil renung lantai bilik , membuatkan gua insaf. Gua admit, keinsafan gua selalu datang time cuti. Tidur lewat dan selalunya akan kantoi solat subuh membuatkan Raqib sentiasa merenung catatan Atid.

Satu-satunya membuat gua agak positif bila bangun dari tidur ialah ketika di bilik air merenung cermin. Gua kelihatan sangat kool dan agak kawaii dengan wajah kusut masai natural gua. Kadang-kadang ada iras Edward Cullen dan kalau buruk pun cuma lari sikit je dari Hans Isaac.

Satu lagi lately bila bangun dari tidur gua gemar layan lagu St Anger dari Metallica, walaupun gua amat kecewa Metallica yang dah tak berapa Rock sekarang. Metallica kena menuntut ilmu dengan Ramli Sarip gua rasa sekarang.

Baiklah, gua kena mandi dulu dan belum ada sejarah orang mandi sambil bawa laptop mandi sekali, so gua berhenti kat sini dulu. Alamak, syampu badan Tierry Mugler gua dah abes pulak, ni nak kena pergi beli kat Pavillion ni nanti.