Memaparkan catatan dengan label Berita hairan bangang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita hairan bangang. Papar semua catatan

19 April, 2010

Calar Hati


Gua tak rajin nak tulis panjang. Tapi gua bukan malas.
Orang Melayu tak boleh malas dan gua masih tak rasa gua Melayu sangat.
Gua Islam.

01 Mac, 2010

Bukan Buku Ally Iskandar


Sabtu lepas gua di JB kerana ada misi dan visi. Gua ke sana bukan main-main macam budak-budak bola yang pergi slovakia tempohari. Gua pergi kerana lambaian JB mengasyikkan dan sudah tentu kerana gua rindukan angin selat Tebrau.

Sambil layan angin selat Tebrau gua sempat menonton satu cerita yang gua sangat-sangat minat dengan aktor utamanya. Gua rasa lakonan gua lagi 79% nak sama dengan mamat ni. The Book of Eli, cerita berlatarkan pasca perang tahun 2043 di Amerika. Seorang mamat Hero bernama Eli cuba menghidupkan kembali pegangan manusia dengan menjadi pembawa Injil terakhir. Sedikit aksi dan bertema kehancuran dunia tanpa agama serta pegangan membuatkan Denzel sebagai Eli sangat-sangat hebat. Gua amat mengagumi Denzel yang pada pandangan gua seorang pelakon yang berkarakter serta excellent! Durasi 2 jam tayangan buat jiwa gua memberontak supaya film ini dipanjangkan lagi 45 menet. Denzel juga bertindak sebagai penerbit bagi film ini.

Selesai menonton film The Book of Eli ini,dapat gua buat kesimpulan bahawa:

1. Pasukan bolasepak Malaysia tidak akan menjulang piala dunia 2044.

2.Malaysia akan terus di perintah Rejim UMNO-BN sampai 2022.

3.Mahu menjadi artis di Malaysia mesti cantik dan fikiran harus seperti lembu cucuk hidung.

4.Anda akan kelihatan kool pakai Ray-Ban ori.

Perkara diatas adalah pandangan peribadi gua saja, pada yang terasa lebih baik pergi kursus kahwin dengan JAKIM.

25 Februari, 2010

Budak Banting Yang Straight


JAM: 9.16pm

LOKASI: Restoran mamak yang terang lagi bersuluh

CUACA: Suam-suam kuku


Malam ini gua menghadap dinner dengan hati yang mantap lagi kembang. Ini semua gara-gara gua order makanan sambil kiri dan kanan gua diapit olih dua Hero Malaya yang tersohor. Hero sebelah kanan gua terkenal kerana badan sasa, pernah couple dengan D.j Radio dan Pramugari drama. Tetapi jodoh tiada bila dua-dua makwe blah sebab tak tahan kene dera. Ganas mamat ni. Cuma gua jadi pelik sikit bila Hero ni muncul di media tempohari menangis-nangis. Gua rasa tak steadi bila badan sasa tapi hati bunga. Malas gua nak komen.

Hero belah kiri gua pula boleh tahan champion. Pernah kene tahan lokap dan pernah juga bawak lari anak dara orang.Sekali lagi gua tak campur hal bawa lari anak orang ni, apa barang bawak lari? Gentle la sikit...Gua pun malas nak komen hal ni.

Budak-budak krew lepak meja lain.

Memandangkan julung-julung kali gua lepak bersama public figure, gua secara tak langsung terima tempias Glemer. Glemer ni benda yang gua menyampah dari darjah 4 lagi sebab bagi gua benda ni tak menjamin gua dapat tunai haji sebelum umur gua 32.

Lantaklah!

Permasalahan dan konflik dalam jiwa gua timbul apabila hampir semua orang dalam Restoran jeling-jeling table kami. Ini buat gua sikit hangin. Ada juga segelintir awek-awek yang senyum dan menyapa dengan dua Hero di kiri dan kanan gua. Gua kat tengah terasa sikit terhina bila awek-awek serta mak-mak awek buat-buat tak nampak gua. Apa salah tegur gua sekali? Gua rasa macam tak wujud pula. Ini boleh dikira diskriminasi Hero, mentang-mentanglah gua baru nak up. Situasi diatas berterusan sampai sejam lebih. Borak-borak gua dah mula kosong...

##############

Habis makan gua telepon asistant direktor untuk mintak izin datang lokasi lewat esok. Malam ni gua nak rest kaw-kaw dan perlu gua untuk bangun lewat esok untuk mendapatkan energi bagi mengembalikan keyakinan gua yang sedikit terhakis.

Oh ya( ayat stereotaip skrip drama Malaya) makan malam gua dengan Hero berdua tadi gua yang bayar. Gua ada rasa puas dalam jiwa walau gua kurang glemer , tapi gua ada duit belanja makan Hero pujaan awek-awek.

Sampai rumah, basuh kaki dan terus landing di katil empuk gua.

Gua pejam mata dalam-dalam bayangkan gua AL-Pacino.


Note: Gambar dan tajuk tiada kene mengena dengan entri. Blog gua suka hati gua la.

23 Februari, 2010

Anugerah Skrin


Selepas ni gua mungkin akan bizi berminggu-minggu. Baru tadi siang gua dapat offer berlakon drama dengan watak 2nd hero bersama pelakon lelaki termantop seMalaya.

Gua dah boleh sengih mantap sampai ke telinga. Mak gua pun dah tentu tak tanya bila gua mahu langsung. Gua nanti dengan selamba jawab mak gua yang gua nak wat Majlis grand di KLCC dengan percikan bunga api.

Lepas ni gua nak angkat Grand Livina dengan payment yang gua perolehi. Gua boleh start menung senyum sorang-sorang dengan dada yang lapang. Ah-so sebelah rumah pun mungkin tak kata gua gila lagi, hahahaha...

Tapi gua rasa production house kat Malaya ni payment dia lambat. Tidak ke haru nanti kalau gua kene kelepet? Mampus!!! Gua cepat-cepat capai Nokia 3310 gua dan dail Nombor Harun Salim Bachik untuk minta bekap kalau apa-apa jadi.

17 September, 2008

Berita 'HERAN'

Syarat itu terkandung dalam surat Pakatan Rakyat kepada Abdullah yang dihantar tiga Ahli Parlimen pembangkang - Dr Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai), Johari Abdul (PKR-Kubang Pasu) dan Anthony Loke Siew Fook (DAP-Rasah) ke Pejabat Perdana Menteri, kelmarin. - petikan dari berita harian online.
 Cuba tengok ketidakpekaan wartawan dan editor ni.. Ada ke patut YB Johari Abdul MP Kubang Pasu... Woii bengap ke? Sungai Petani la.. Bangang tak sudah media pro BN-UMno ni... Pergi belajar la woi! Itu lah asyik nak bodokan rakyat ajer, tak sadar diri sendiri yang mangkuk!!!