Memaparkan catatan dengan label tarik duit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tarik duit. Papar semua catatan

09 Mei, 2011

Hari


Kelmarin..

Gua melangkah sambil jatuh jatuh. Gua bergagah bangun untuk melangkah semula.


Semalam...

Gua dah boleh membuka langkah panjang. Gua juga boleh melompat longkang.


Hari ini....

Kaki kanan gua rasa tak sedap. Lutut gua kadang kadang ada rasa sengal. Berlari pun gua dah tak berapa semangat sangat. Kerapkali duduk dan gua lebih selesa bila berlunjur.


Esok....

Mungkin gua sudah terbaring. Hanya mata sahaja yang membuat gua kelihatan seperti hidup.

13 April, 2011

Balam


Gua buka
Gua belek
Gua fikir
Gua mencuka muka
Gua tutup kembali.


Lu untung, tak macam gua, walau lu tak hensem namun lu punya 'jiwa' lu sendiri.
Gua? Gua dah lupa apa peranan jiwa dalam kehidupan gua.

01 Mac, 2010

Bukan Buku Ally Iskandar


Sabtu lepas gua di JB kerana ada misi dan visi. Gua ke sana bukan main-main macam budak-budak bola yang pergi slovakia tempohari. Gua pergi kerana lambaian JB mengasyikkan dan sudah tentu kerana gua rindukan angin selat Tebrau.

Sambil layan angin selat Tebrau gua sempat menonton satu cerita yang gua sangat-sangat minat dengan aktor utamanya. Gua rasa lakonan gua lagi 79% nak sama dengan mamat ni. The Book of Eli, cerita berlatarkan pasca perang tahun 2043 di Amerika. Seorang mamat Hero bernama Eli cuba menghidupkan kembali pegangan manusia dengan menjadi pembawa Injil terakhir. Sedikit aksi dan bertema kehancuran dunia tanpa agama serta pegangan membuatkan Denzel sebagai Eli sangat-sangat hebat. Gua amat mengagumi Denzel yang pada pandangan gua seorang pelakon yang berkarakter serta excellent! Durasi 2 jam tayangan buat jiwa gua memberontak supaya film ini dipanjangkan lagi 45 menet. Denzel juga bertindak sebagai penerbit bagi film ini.

Selesai menonton film The Book of Eli ini,dapat gua buat kesimpulan bahawa:

1. Pasukan bolasepak Malaysia tidak akan menjulang piala dunia 2044.

2.Malaysia akan terus di perintah Rejim UMNO-BN sampai 2022.

3.Mahu menjadi artis di Malaysia mesti cantik dan fikiran harus seperti lembu cucuk hidung.

4.Anda akan kelihatan kool pakai Ray-Ban ori.

Perkara diatas adalah pandangan peribadi gua saja, pada yang terasa lebih baik pergi kursus kahwin dengan JAKIM.

08 Januari, 2010

Malam Kenangan...


Malam ini malam Jumat 8hb. Malam ni adalah malam kenangan gua. Malam ini juga malam kepedihan gua. Sudah berbelas malahan munkin berpuluh seputar malam jumat jadi malam 8hb.

Malam ni gua mahu makan pulut kuning. Ada baik juga gua pandu kereta gua sekarang pergi ke Taiping. Gua harap dapat sampai sana sebelum subuh menjelang. Gua juga mengharap pulut kuning bersama ayam golek dapat gua santap sebelum diembun.

Hahahaha.....ok, gua capai kunci dan turun bawah. Chow...