Memaparkan catatan dengan label Dolah dan Yahudi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dolah dan Yahudi. Papar semua catatan

05 September, 2010

Raya yang ...


Raya lagi 3 hari mungkin. Semua gua dah redi. Baju, kasut, seluar, stokin dan minyak rambut.
Dalam kegembiraan yang amat sangat gua hampir terlupa yang gua sebenarnya terasa kehilangan. Jiwa gua kosong.
.... .... ..
............................................................

Gua ambil Wudhu', sambung di sejadah.

01 Mac, 2010

Bukan Buku Ally Iskandar


Sabtu lepas gua di JB kerana ada misi dan visi. Gua ke sana bukan main-main macam budak-budak bola yang pergi slovakia tempohari. Gua pergi kerana lambaian JB mengasyikkan dan sudah tentu kerana gua rindukan angin selat Tebrau.

Sambil layan angin selat Tebrau gua sempat menonton satu cerita yang gua sangat-sangat minat dengan aktor utamanya. Gua rasa lakonan gua lagi 79% nak sama dengan mamat ni. The Book of Eli, cerita berlatarkan pasca perang tahun 2043 di Amerika. Seorang mamat Hero bernama Eli cuba menghidupkan kembali pegangan manusia dengan menjadi pembawa Injil terakhir. Sedikit aksi dan bertema kehancuran dunia tanpa agama serta pegangan membuatkan Denzel sebagai Eli sangat-sangat hebat. Gua amat mengagumi Denzel yang pada pandangan gua seorang pelakon yang berkarakter serta excellent! Durasi 2 jam tayangan buat jiwa gua memberontak supaya film ini dipanjangkan lagi 45 menet. Denzel juga bertindak sebagai penerbit bagi film ini.

Selesai menonton film The Book of Eli ini,dapat gua buat kesimpulan bahawa:

1. Pasukan bolasepak Malaysia tidak akan menjulang piala dunia 2044.

2.Malaysia akan terus di perintah Rejim UMNO-BN sampai 2022.

3.Mahu menjadi artis di Malaysia mesti cantik dan fikiran harus seperti lembu cucuk hidung.

4.Anda akan kelihatan kool pakai Ray-Ban ori.

Perkara diatas adalah pandangan peribadi gua saja, pada yang terasa lebih baik pergi kursus kahwin dengan JAKIM.

22 September, 2008

PM Israel letak jawatan,hang Dolah bila lagi?




BAITULMAQDIS 21 Sept. – Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mengumumkan peletakan jawatan dalam satu mesyuarat Kabinet hari ini, namun ketidakpastian politik yang menyelubungi Israel mungkin terus berlanjutan selama beberapa bulan.

Keadaan ini mengancam rundingan damai dengan Palestin tajaan Amerika Syarikat (AS) yang dilancarkan semula November lalu bertujuan menamatkan konflik selama berdekad-dekad di wilayah itu, pada awal tahun depan.

Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung, Olmert menyatakan bahawa apa yang dilakukannya adalah “sesuatu yang patut dilakukan menurut pentadbiran yang baik.”

Tidak dipastikan bila Olmert akan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Shimon Peres, namun selepas berbuat demikian beliau akan menjadi pemangku Perdana Menteri sehingga kerajaan baru dibentuk atau pilihan raya umum diadakan. - Agensi

Huh! Yahudi pun sedar bila dah tak boleh bagi khidmat pada rakyat letak jawatan. Dolah Badawi perangai mengalahkan Yahudi lagi... sudahlah tak boleh berkhidmat dengan baik,dibenci majoriti rakyat, pulak tu maseh berdegil pertahan jawatan, lawak benar ini Dolah(lagi teruk perangai dari Yahudi!) Sudah la Dolah, Undur adalah keputusan terbaik dan jangan tunjuk perangai lebih huduh dan busuk dari Yahudi pula...