Memaparkan catatan dengan label Jangan main isu perkauman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jangan main isu perkauman. Papar semua catatan

09 Mei, 2011

Hari


Kelmarin..

Gua melangkah sambil jatuh jatuh. Gua bergagah bangun untuk melangkah semula.


Semalam...

Gua dah boleh membuka langkah panjang. Gua juga boleh melompat longkang.


Hari ini....

Kaki kanan gua rasa tak sedap. Lutut gua kadang kadang ada rasa sengal. Berlari pun gua dah tak berapa semangat sangat. Kerapkali duduk dan gua lebih selesa bila berlunjur.


Esok....

Mungkin gua sudah terbaring. Hanya mata sahaja yang membuat gua kelihatan seperti hidup.

01 Mac, 2010

Bukan Buku Ally Iskandar


Sabtu lepas gua di JB kerana ada misi dan visi. Gua ke sana bukan main-main macam budak-budak bola yang pergi slovakia tempohari. Gua pergi kerana lambaian JB mengasyikkan dan sudah tentu kerana gua rindukan angin selat Tebrau.

Sambil layan angin selat Tebrau gua sempat menonton satu cerita yang gua sangat-sangat minat dengan aktor utamanya. Gua rasa lakonan gua lagi 79% nak sama dengan mamat ni. The Book of Eli, cerita berlatarkan pasca perang tahun 2043 di Amerika. Seorang mamat Hero bernama Eli cuba menghidupkan kembali pegangan manusia dengan menjadi pembawa Injil terakhir. Sedikit aksi dan bertema kehancuran dunia tanpa agama serta pegangan membuatkan Denzel sebagai Eli sangat-sangat hebat. Gua amat mengagumi Denzel yang pada pandangan gua seorang pelakon yang berkarakter serta excellent! Durasi 2 jam tayangan buat jiwa gua memberontak supaya film ini dipanjangkan lagi 45 menet. Denzel juga bertindak sebagai penerbit bagi film ini.

Selesai menonton film The Book of Eli ini,dapat gua buat kesimpulan bahawa:

1. Pasukan bolasepak Malaysia tidak akan menjulang piala dunia 2044.

2.Malaysia akan terus di perintah Rejim UMNO-BN sampai 2022.

3.Mahu menjadi artis di Malaysia mesti cantik dan fikiran harus seperti lembu cucuk hidung.

4.Anda akan kelihatan kool pakai Ray-Ban ori.

Perkara diatas adalah pandangan peribadi gua saja, pada yang terasa lebih baik pergi kursus kahwin dengan JAKIM.

23 Februari, 2010

Anugerah Skrin


Selepas ni gua mungkin akan bizi berminggu-minggu. Baru tadi siang gua dapat offer berlakon drama dengan watak 2nd hero bersama pelakon lelaki termantop seMalaya.

Gua dah boleh sengih mantap sampai ke telinga. Mak gua pun dah tentu tak tanya bila gua mahu langsung. Gua nanti dengan selamba jawab mak gua yang gua nak wat Majlis grand di KLCC dengan percikan bunga api.

Lepas ni gua nak angkat Grand Livina dengan payment yang gua perolehi. Gua boleh start menung senyum sorang-sorang dengan dada yang lapang. Ah-so sebelah rumah pun mungkin tak kata gua gila lagi, hahahaha...

Tapi gua rasa production house kat Malaya ni payment dia lambat. Tidak ke haru nanti kalau gua kene kelepet? Mampus!!! Gua cepat-cepat capai Nokia 3310 gua dan dail Nombor Harun Salim Bachik untuk minta bekap kalau apa-apa jadi.

21 Januari, 2010

A Demain Matin


Malam ini sangat rare! Aku overdose Coke sampai melalut capai keyboard dan terus menulis.
Benar, perasaan ini bukan disebabkan minyak naik dan aku layak dapat subsidi, bukan juga disebabkan aku berjaya tahan nafsu masuk kedai nomor siang tadi tetapi disebabkan oleh perasaanku sekarang ini.

Ya, ia perasaanku yang berbunga-bunga.Bukan seperti bunga rampai dan jauh sekali bunga popi rayuan hari pahlawan dulu-dulu.

Kamon, sudah tentu la berbunga-bunga sebab pertama kali dalam diri aku diketuk(benarkah ini) olih insan lain.

........

Kali ini ketukan amat kuat, seperti hammer di otak dan hati. Panahan arjuna tepat kejantungku.Aku yakin benar aku tewas...(maafkan aku sayang, aku bisa bertahan dan jangan kau bimbang)

Benar, jika hati dan perasaan bisa dinilai seperti harga minyak di pasaran Amerika(menteri kewangan tau ni)sudah pasti nilainya RM375.00 seliter kini! Perasaan juga adalah sesuatu yang mistik tindakannya yang mana tak mungkin bisa di tebak semudah ABC.

Ah, aku harus persetankan perasaan ini, kalau tidak selamanya cukup untuk seketika kerana aku tahu dan sedar status dan siapa diriku ini.

Bangun, aku kedapur menghalau cicak lalu membancuh kopi. Aku perlu rehat dan sedikit angin dikatil. Selamat malam perasaan dan kirimkan salam pada sang Arjuna lantas katakan padanya yang aku kalis curang!

Bonne nuit!

09 September, 2008

Umno jangan bakar api perkauman!



Ini adalah sedikit gambaran tentang apabila balaci-balaci Umno cuba menghuruharakan negara dengan menjadikan isu perkauman bagi mendapat sedikit survival yang maseh tinggal.Inilah wajah sebenar Umno yang lebih mementingkan perut lilit sendiri daripada mengamankan rakyat jelata.
Sedikit info, bekas ahli badan perhubungan Umno negeri, Zainol Abidin Hashim, dengan bantuan rakan-rakannya telah menurunkan gambar Dr Koh dari dinding ibupejabat Umno tersebut.Zainol kemudiannya mengeluarkan gambar Dr Koh dari bingkai gambar dan mengoyaknya.
Reaksi ini pasti mengundang paparan muka depan akhbar2 esok.Kebangangan sesetengah kaum Umno ini tidak harus dibiarkan, tunggu apa lagi syed Hamid? Nyata perlakuan sebegini harus dibalas dengan I.S.A sahaja.Jangan biar nasi jadi bubur,kerana kuasa kelak nanti huru-hara negara. Berita sepenuhnya