Memaparkan catatan dengan label masturbasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masturbasi. Papar semua catatan

20 Mac, 2010

Tak Ada Tempat Seperti Surga


Sumpah penat. Sepanjang perjalanan hidup gua yang tak menentu dan pasang surut, ini pertama kali gua penat jasad dan emosi. Gua rasa ingin berehat panjang tapi bila fikiran gua yang licin bertindak, gua terpaksa tarik balik hasrat gua nak rehat.

Hasilnya gua kembali menulis walau dalam kepenatan. Gua rasa tak perlu gua panjangkan hal penat gua ini. Biar gua tanggung dan nanti hasl kepenatan gua dapat di share semua penduduk bumi. Biar kecil namun gua rasa bangga dapat memberi sumbangan pada masyarakat.

Akhir kata dari gua, Lantunan irama hati, membirukan langit terhampar melesat melintasi batas berlari menuju jagat terluas... shahdu!

01 Februari, 2010

Bahu Kiri Berat


Hari ini gua bangun agak lewat (jam 11.30am). Menung-menung tepi katil sambil renung lantai bilik , membuatkan gua insaf. Gua admit, keinsafan gua selalu datang time cuti. Tidur lewat dan selalunya akan kantoi solat subuh membuatkan Raqib sentiasa merenung catatan Atid.

Satu-satunya membuat gua agak positif bila bangun dari tidur ialah ketika di bilik air merenung cermin. Gua kelihatan sangat kool dan agak kawaii dengan wajah kusut masai natural gua. Kadang-kadang ada iras Edward Cullen dan kalau buruk pun cuma lari sikit je dari Hans Isaac.

Satu lagi lately bila bangun dari tidur gua gemar layan lagu St Anger dari Metallica, walaupun gua amat kecewa Metallica yang dah tak berapa Rock sekarang. Metallica kena menuntut ilmu dengan Ramli Sarip gua rasa sekarang.

Baiklah, gua kena mandi dulu dan belum ada sejarah orang mandi sambil bawa laptop mandi sekali, so gua berhenti kat sini dulu. Alamak, syampu badan Tierry Mugler gua dah abes pulak, ni nak kena pergi beli kat Pavillion ni nanti.


31 Januari, 2010

Musnah


Bangun semua...!

Dunia sudah menghampiri meter 'E'. Yang di kolej buang segala buku dan nota, yang di serenti, habiskan tembakau dicelah peha, yang di atas kuda besi di jalan Tun Razak segera cari stesyen minyak untuk membuang air kecil, yang di tepi Wenworth Hotel di jalan Pudu segera kenakan seluar dan baju ala-ala pemuda Umno , yang didalam Lrt segera simpan Blackberry dan I-phone ke dalam beg Superdry anda.

Segera!! Tinggalkan semua kerja-kerja samada yang berfaedah mahupun yang kurang faedahnya kerana kita semua semakin menuju lubang hitam yang membawa kehancuran kita semua.Semua harus dihentikan sepantas mungkin, kerana masa cukup suntuk.

Pejam mata, berdoa dan gengam tangan erat-erat. Dalam kiraan, satu...dua..tiga..

BOOOMM.....!

21 Januari, 2010

A Demain Matin


Malam ini sangat rare! Aku overdose Coke sampai melalut capai keyboard dan terus menulis.
Benar, perasaan ini bukan disebabkan minyak naik dan aku layak dapat subsidi, bukan juga disebabkan aku berjaya tahan nafsu masuk kedai nomor siang tadi tetapi disebabkan oleh perasaanku sekarang ini.

Ya, ia perasaanku yang berbunga-bunga.Bukan seperti bunga rampai dan jauh sekali bunga popi rayuan hari pahlawan dulu-dulu.

Kamon, sudah tentu la berbunga-bunga sebab pertama kali dalam diri aku diketuk(benarkah ini) olih insan lain.

........

Kali ini ketukan amat kuat, seperti hammer di otak dan hati. Panahan arjuna tepat kejantungku.Aku yakin benar aku tewas...(maafkan aku sayang, aku bisa bertahan dan jangan kau bimbang)

Benar, jika hati dan perasaan bisa dinilai seperti harga minyak di pasaran Amerika(menteri kewangan tau ni)sudah pasti nilainya RM375.00 seliter kini! Perasaan juga adalah sesuatu yang mistik tindakannya yang mana tak mungkin bisa di tebak semudah ABC.

Ah, aku harus persetankan perasaan ini, kalau tidak selamanya cukup untuk seketika kerana aku tahu dan sedar status dan siapa diriku ini.

Bangun, aku kedapur menghalau cicak lalu membancuh kopi. Aku perlu rehat dan sedikit angin dikatil. Selamat malam perasaan dan kirimkan salam pada sang Arjuna lantas katakan padanya yang aku kalis curang!

Bonne nuit!

22 November, 2009

Separuh Gembira


Saat jari mengetak papan kekunci ini, masa berdetik kencang kurasa. Takut, resah, teruja berbaur menjadi satu.

Benar, aku kepingin yang itu. Ya, yang itu tidak ada dimana2 walau di dalam mimpi.

Aku harus berusaha lagi......

Aku ingin diam!