Memaparkan catatan dengan label ron95. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ron95. Papar semua catatan

26 April, 2011

Keinginan Orang Biasa


Kadang kadang di dalam hidup ini ada kejadian berlaku tanpa kita sangka. Seringkali terjadi apabila sesuatu perkara tak baik berlaku dalam hidup kita. Contohnya macam apabila kita hilang selipar then kita pasti akan membeli selipar yang lebih cantik dan selesa. Bila kita tidur then kita bangun semula dalam keadaan yang segar.

Tetapi dalam hidup gua, kejadian baik sering terjadi apabila gua merepek tak tentu hala sebegini.
kehkehkeh. Gua syak ada yang baik berlaku selepas ini.. AMIN!

10 April, 2010

Benda yang Gua Sendiri Tak Paham


Dulu-dulu gua pernah jadi seorang yang rebel. Benda rebel ni lebih kurang macam memberontak dari dalam jiwa la lebih kurang. Itu jam target bila dah rebel nak dapat kredit dari member2 sebaya. Perlakuan mesti ganas, dress up harus gerun. Pakai baju seram2 ada gambar obituary, seluar koyak2 dengan kasut kotor tak cuci sebulan. Pecah pondok telefon, pow budak tadika, conteng dinding dah macam acara wajib hujung minggu. Lempang pemandu yang tak bagi signal nak masuk simpang dan terajang mamat2 yang tak reti nak folow lampu isyarat dah jenuh gua lakukan. Pendek kata itu jam Amy Winehouse pun tak berani angkat muka kalau terserempak dengan gua.

Lebih kurang 5 musim bunga gua ber'Rebel' sampai satu waktu datang seru. Benda seru ni lu orang jangan buat main. Benda macam ni datang bila lu terjaga tengah2 malam sambil pandang langit. Lebih mudah lagi kalau lu orang tak tido atas tilam. Gua dapat seru kat bus stand jalan Ipoh. Haram menggigil lutut gua kena benda seru ni. Tapi jangan takut sebab benda ni amaran supaya lu semua jadi budak2 baik. Dengar cakap orang tua dan jangan kencing berdiri. Gua clear selepas malam tu, terus semayang jumaat tak tinggal. Perkara ni gua simpan kemas, tak mau cerita bagaimana benda seru ni kasi brainwash gua, kalau lu orang mahu rasa, teruskan la tidur malam tak basuh kaki. Gua yakin lu orang kena satu kali terus jujur bayar bil Astro 'sharp2' tarikh.

Malam ni gua merapu sikit.Niat baik. Mahu ubah diri sendiri dan kawan2.Mana yang baik jadikan amalan dan yang hudoh lu orang buang jauh2 ok. Dunia ini bukan kita punya saja kawan, lain orang pun mahu nikmatinya.

21 Januari, 2010

A Demain Matin


Malam ini sangat rare! Aku overdose Coke sampai melalut capai keyboard dan terus menulis.
Benar, perasaan ini bukan disebabkan minyak naik dan aku layak dapat subsidi, bukan juga disebabkan aku berjaya tahan nafsu masuk kedai nomor siang tadi tetapi disebabkan oleh perasaanku sekarang ini.

Ya, ia perasaanku yang berbunga-bunga.Bukan seperti bunga rampai dan jauh sekali bunga popi rayuan hari pahlawan dulu-dulu.

Kamon, sudah tentu la berbunga-bunga sebab pertama kali dalam diri aku diketuk(benarkah ini) olih insan lain.

........

Kali ini ketukan amat kuat, seperti hammer di otak dan hati. Panahan arjuna tepat kejantungku.Aku yakin benar aku tewas...(maafkan aku sayang, aku bisa bertahan dan jangan kau bimbang)

Benar, jika hati dan perasaan bisa dinilai seperti harga minyak di pasaran Amerika(menteri kewangan tau ni)sudah pasti nilainya RM375.00 seliter kini! Perasaan juga adalah sesuatu yang mistik tindakannya yang mana tak mungkin bisa di tebak semudah ABC.

Ah, aku harus persetankan perasaan ini, kalau tidak selamanya cukup untuk seketika kerana aku tahu dan sedar status dan siapa diriku ini.

Bangun, aku kedapur menghalau cicak lalu membancuh kopi. Aku perlu rehat dan sedikit angin dikatil. Selamat malam perasaan dan kirimkan salam pada sang Arjuna lantas katakan padanya yang aku kalis curang!

Bonne nuit!