10 April, 2010

Benda yang Gua Sendiri Tak Paham


Dulu-dulu gua pernah jadi seorang yang rebel. Benda rebel ni lebih kurang macam memberontak dari dalam jiwa la lebih kurang. Itu jam target bila dah rebel nak dapat kredit dari member2 sebaya. Perlakuan mesti ganas, dress up harus gerun. Pakai baju seram2 ada gambar obituary, seluar koyak2 dengan kasut kotor tak cuci sebulan. Pecah pondok telefon, pow budak tadika, conteng dinding dah macam acara wajib hujung minggu. Lempang pemandu yang tak bagi signal nak masuk simpang dan terajang mamat2 yang tak reti nak folow lampu isyarat dah jenuh gua lakukan. Pendek kata itu jam Amy Winehouse pun tak berani angkat muka kalau terserempak dengan gua.

Lebih kurang 5 musim bunga gua ber'Rebel' sampai satu waktu datang seru. Benda seru ni lu orang jangan buat main. Benda macam ni datang bila lu terjaga tengah2 malam sambil pandang langit. Lebih mudah lagi kalau lu orang tak tido atas tilam. Gua dapat seru kat bus stand jalan Ipoh. Haram menggigil lutut gua kena benda seru ni. Tapi jangan takut sebab benda ni amaran supaya lu semua jadi budak2 baik. Dengar cakap orang tua dan jangan kencing berdiri. Gua clear selepas malam tu, terus semayang jumaat tak tinggal. Perkara ni gua simpan kemas, tak mau cerita bagaimana benda seru ni kasi brainwash gua, kalau lu orang mahu rasa, teruskan la tidur malam tak basuh kaki. Gua yakin lu orang kena satu kali terus jujur bayar bil Astro 'sharp2' tarikh.

Malam ni gua merapu sikit.Niat baik. Mahu ubah diri sendiri dan kawan2.Mana yang baik jadikan amalan dan yang hudoh lu orang buang jauh2 ok. Dunia ini bukan kita punya saja kawan, lain orang pun mahu nikmatinya.

2 ulasan:

darth mola-mola berkata...

gua pun x faham kenapa setiap musim fashion kene tukar..time perang dulu..semua asyk pakai bende yg sama je..hehe..tp long kot nazi tym perang terbaik..

ape2 jer berkata...

bagus jugak klu dah dpt seru ni kan ;)