Memaparkan catatan dengan label hisham kuyup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hisham kuyup. Papar semua catatan

10 April, 2010

Benda yang Gua Sendiri Tak Paham


Dulu-dulu gua pernah jadi seorang yang rebel. Benda rebel ni lebih kurang macam memberontak dari dalam jiwa la lebih kurang. Itu jam target bila dah rebel nak dapat kredit dari member2 sebaya. Perlakuan mesti ganas, dress up harus gerun. Pakai baju seram2 ada gambar obituary, seluar koyak2 dengan kasut kotor tak cuci sebulan. Pecah pondok telefon, pow budak tadika, conteng dinding dah macam acara wajib hujung minggu. Lempang pemandu yang tak bagi signal nak masuk simpang dan terajang mamat2 yang tak reti nak folow lampu isyarat dah jenuh gua lakukan. Pendek kata itu jam Amy Winehouse pun tak berani angkat muka kalau terserempak dengan gua.

Lebih kurang 5 musim bunga gua ber'Rebel' sampai satu waktu datang seru. Benda seru ni lu orang jangan buat main. Benda macam ni datang bila lu terjaga tengah2 malam sambil pandang langit. Lebih mudah lagi kalau lu orang tak tido atas tilam. Gua dapat seru kat bus stand jalan Ipoh. Haram menggigil lutut gua kena benda seru ni. Tapi jangan takut sebab benda ni amaran supaya lu semua jadi budak2 baik. Dengar cakap orang tua dan jangan kencing berdiri. Gua clear selepas malam tu, terus semayang jumaat tak tinggal. Perkara ni gua simpan kemas, tak mau cerita bagaimana benda seru ni kasi brainwash gua, kalau lu orang mahu rasa, teruskan la tidur malam tak basuh kaki. Gua yakin lu orang kena satu kali terus jujur bayar bil Astro 'sharp2' tarikh.

Malam ni gua merapu sikit.Niat baik. Mahu ubah diri sendiri dan kawan2.Mana yang baik jadikan amalan dan yang hudoh lu orang buang jauh2 ok. Dunia ini bukan kita punya saja kawan, lain orang pun mahu nikmatinya.

11 Januari, 2010

Kaki Bakar


7 buah Gereja a.k.a rumah ibadat penganut Kristian di bakar atau dirusakkan.

Mana hilang toleransi kita? Lebih bagus jika pusat2 maksiat atau kelab2 yang 'bersiaran' hingga dinihari itu kita bakar.

Ibadat untuk semua orang. Tuhan menciptakan berbagai kaum untuk saling mengenali bukan memusuhi.

Siapa pencetus semua ini?

Tanyalah bapak Piem dan bapak menteri dalam negeri. Konpius. Siapa yang mahu disokong mereka berdua? Pembakar Gereja? Gerombolan yang buat perhimpunan aman a.k.a perhimpunan bodek-bodek dan provokasi murahan itu?

Ahh...CILAKA negaraku dapat menteri sebegini. Sudahlah tak tau buat kerja, malahan sudah tak kenal rakyat sendiri!

p/s: Rakyat Malaysia tak kira agama harus dilindungi dan usah menyokong golongan provokasi.Lebih baik pergi 7E beli Slurpee dan enjoy dari pergi beli molotov koktail di belakang balai polis Ampang!

09 Mac, 2009

Menteri 'Paliaq'jaran


KUALA LUMPUR 8 Mac – Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demontrasi jalanan semalam.> Woi isham kuyup, memang la ada pemimpin ini kerana mereka sayangkan bahasa dan negara mereka, bukan macam kamu yang ada kuasa tetapi menghancurkan bahasa sendiri dengan kuasa yang ada isham woi...Bangang tahap dewa punya mangkok! Pemimpin macam kamu ini yang menggadai negara dan bangsa kamu tahu tak? Tak sedar lagi tidak mengapa biar kami rakyat yang akan menghajar kamu diatas kebiadapan kamu dan kerajaan kamu yang memperkosa bahasa sendiri..sudahla...(mi spik no inglish)