Memaparkan catatan dengan label negarakuku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label negarakuku. Papar semua catatan

17 Februari, 2011

Nostalgik


Apa kaitan Tajuddin Noor dengan Alberto Neves?

Mungkin kisah lama tetapi kerana mereka berdua member gua kena terajang.

Ntahlah!

06 Mac, 2010

Karut Malam-malam


Malam-malam penuh klasik macam malam ini buat gua rasa mau asah taring. Dulu-dulu kalau gua didatangi perasaan macam ni, siang-siang lagi gua dah terbang. Tapi sekarang ni kalau nak terbang kene pakai lesen. Harga lesen pulak mahal sikit je dari lesen TV. Gua ni jenis malas nak mengadap kerani jabatan penerbangan mintak isi borang kuning. Malas nak bergaduh.Lagi pulak isi borang kuning ni dia punya susah macam Ci .Tanya nama samaran la, mintak nomor surat beranak la, pengalaman terbang la dan macam-macam lagi. Yang paling gampang ada kolum berbalas pantun pulak kat bawah borang tu, apahal? Kerenah macam ni yang buat gua terus simpan taring gua dan mengambil keputusan pajak sayap gua kat kompeni Hj Nuh dan rakan-rakan sdn bhd.

Oleh itu gua ambil keputusan layan malam ni dengan membuat latihan tubi matematik tingkatan 3 sebagai persediaan gua nak masuk Universiti Yale.

##########

Ah celaka! Gua lupa jalan rumah tok penghulu untuk ambil surat sokongan masuk U nanti.

11 Januari, 2010

Kaki Bakar


7 buah Gereja a.k.a rumah ibadat penganut Kristian di bakar atau dirusakkan.

Mana hilang toleransi kita? Lebih bagus jika pusat2 maksiat atau kelab2 yang 'bersiaran' hingga dinihari itu kita bakar.

Ibadat untuk semua orang. Tuhan menciptakan berbagai kaum untuk saling mengenali bukan memusuhi.

Siapa pencetus semua ini?

Tanyalah bapak Piem dan bapak menteri dalam negeri. Konpius. Siapa yang mahu disokong mereka berdua? Pembakar Gereja? Gerombolan yang buat perhimpunan aman a.k.a perhimpunan bodek-bodek dan provokasi murahan itu?

Ahh...CILAKA negaraku dapat menteri sebegini. Sudahlah tak tau buat kerja, malahan sudah tak kenal rakyat sendiri!

p/s: Rakyat Malaysia tak kira agama harus dilindungi dan usah menyokong golongan provokasi.Lebih baik pergi 7E beli Slurpee dan enjoy dari pergi beli molotov koktail di belakang balai polis Ampang!