Memaparkan catatan dengan label licin dulu kini selamanya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label licin dulu kini selamanya. Papar semua catatan

20 April, 2012

Jumaat Rimba


Hari jumaat. Kadir (bukan nama sebenar) sangat jelas bahawa pada hari ini beliau ada misi besar mahu dilakukan. Kadir mundar mandir di dalam bilik yang seluas reban ayam 2 pintu.

"aku harus tabah," getus hati kecil Kadir. Tuala bersidai di capai Kadir bersama ubat gigi jenama Darlie kegemarannya. to be continue......

20 November, 2011

Aku , Abg Li dan Kenangan


Suatu masa dulu waktu aku di Kuantan, aku tinggal serumah dengan sorang brader nama Abg Li. Satu Kuantan kenal dia. Mana la agaknya Abg Li sekarang...

29 April, 2011

Angin


Gua petik rokok atas lantai. Gua tenung dalam dalam. Gua nampak abu rokok sikit sikit hilang ditiup angin KDK diatas syiling.Gua sedar yang dunia ini sebenarnya luas. Gua sedar dalam ertikata lain, gua baharu sedar.

Gua capai bantal, gua berambus ke bilik.

07 Mac, 2011

Seluang


Ikan seluang pun kalau dibagi makan hari hari malas juga dia nak berenang, apatah lagi orang.
Gua kalau dapat ikan seluang time sekolah tadika dulu seronok bukan main. Dapat jual kepada kawan setadika dan kemudian dapat beli guli. Dapat tak apa gua nak sampaikan?

Apa? Tak dapat? Lu memang malang...

17 Februari, 2011

Nostalgik


Apa kaitan Tajuddin Noor dengan Alberto Neves?

Mungkin kisah lama tetapi kerana mereka berdua member gua kena terajang.

Ntahlah!

20 Julai, 2010

Penat


Masa memandu memang tepat masa untuk berkhayal. Gua tak tipu dan gua rasa hampir 77% pemandu di Malaysia bersetuju dengan gua. Tak kira stail memandu yang bagaimana dan apa yang kita semua pandu, otak dan fikiran di jamin bukan nak fokus sangat.

Waktu gua naik monorel yang mana drivernya kita semua boleh nampak, gua terperasan satu kali yang mamat tu senyum sendiri. Nasib la drive monorel ni tak susah sangat, cuma nak jaga brek dan lampu hijau sahaja. Gua ingat cuma bos bos yang stail duduk belakang je kurang berkhayal sebab mereka kebanyakan berfikir macamana nak lagi kaya dan maju. Drebar depan tu pun khayal juga gua rasa. Biasa.

Pernah satu masa dulu gua khayal waktu memandu ke Penang dari K.L. Gua khayal tentang Hollywood dan hasilnya ngam ngam kereta gua pusing hala ke K.L semula d tengah tengah lebuhraya. Nasib taim pagi kenderaan tak ada sangat kalau tidak dah aruah gua.

Masa memandu agak agak apa yang best di khayalkan ye?
Gua suka khayal ada awek disebelah, boleh gak teman borak borak. Serius, gua selalu buat benda ni. Semangat sikit ye tak?

18 Julai, 2009

ACTHUNG!

Perhatian semua rakyat Malaysia, sama ada diatas bukit, bawah curam mahupun dalam longkang, perhatikan logo diatas betul-betul dan maklumkan pada jiran anda, murid anda atau pada sesiapa sahaja bahawa logo diatas adalah logo sebuah kumpulan yang MAHAganas dan Sangat KEJAM. Modus Operandi mereka ialah menekan dan membunuh mana-mana pihak yang didapati berkhidmat untuk rakyat. Mangsa utama mereka ialah Wakil-wakil rakyat dan mereka yang menyokong PAKATAN RAKYAT! Awas, jika mahu selamat di dunia ini, sila isi borang UMNO,MIC,GERAKAN,MCA dsb lagi. Berita yang baru diterima juga, mereka adalah dikatakan komponen BN.... Diulangi, KOMPONEN BARISAN NASIONAL! sekian.

08 Januari, 2009

Pembela Negara? Yang sebenar ada di Palestine


Hahaha... setelah sekian lama aku tak menulis, sedar2 petang tadi bila kubuka blog aku ini penuh dengan komen2 dari geng2 yang membela negara. Fuhh... ayat2 mereka masing2 memang macam membela betul(duh), penuh nista dan cacian kepada aku(hamba ALLAH jua). Ini mungkin sikap2 mereka yang berada dalam kumpulan itu(mungkin) yang penuh dengan 'rebel', tak sabar, provokasi dan macam2 lagi(sama sikap mcm Gerombolan itu, pujaan mereka agaknya). Aku seperti biasa tidak akan ambil peduli ini semua kerana aku bosan, sesama Negara dan bangsa nak menasihat pun dibalas kata2 nista...sudah la, sedar2 la semua, Negara kita kecil aja, janganlah membela mereka yang selama 52thn "meracuni kita"... 
P/s: jangan sebab kita begini, anak2 kita nanti jadi begitu... fikir2 la semua... Gambar diatas juga tiada kene mengena dengan tajuk

13 Disember, 2008




Heh, ada diantara kamu diluar pernah dan ada juga yang belum pernah melihat ini. Ya, ini adalah logo satu kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Blogger pembela negara dan mereka menafikan terlibat dalam mana2 gerakan parti politik di Malaysia mahupun di Zimbabwe dan Mongolia. Yang meriahnya, dikhabarkan ahli2 kumpulan ini bertambah setiap hari, satu khabar yang membanggakan bagi pengasas kumpulan ini. Khalayak kumpulan mereka ini boleh didapati dilaman GAP atau Gerakan Anti PKR, mengapa atau apa yang membuatkan mereka anti PKR hanya mereka yang tahu.
Pada aku, melihat logo mereka yang berlatar belakangkan Keris anda sudah mengagak walau mereka mengatakan mereka tidak ada kene mengena dengan mana2 parti anda pasti lebih arif yang mereka ini tajaan Gerombolan PArti yang semakin berkubur itu(sendiri tau la).....
Walau apa pun, aku di fikiran licin ingin menyatakan pendirian aku, apa pun yang terbaik untuk rakyat aku sokong namun jika mahu mengajak rakyat menentang perubahan2 baru yang melanda negara ini, dan melawan mereka2 yang cuba membawa harapan baru, anda di BPN kembalilah ke jalan yang benar, berjuanglah dijalan perjuangan yang hakiki...(walau tak best aku tulis, harap ada yang baca dan fikir-fikir sampai faham)

28 Oktober, 2008

Drama Pak Lah & Tok Najib


Pembelian helikopter EC-725 keluaran Eurocopter yang bernilai RM1.67 bilion ditangguhkan sebagai langkah berjimat-cermat berikutan krisis kewangan global, kata perdana menteri.Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga menteri pertahanan berkata, kerajaan juga memutuskan bahawa sebarang pembelian baru helikopter bagi menggantikan Nuri akan dilakukan selewat-lewatnya sebelum 2011.Menurut beliau, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco Majlis Ekonomi Kebangsaan yang dipengerusikan beliau pada 13 Oktober lalu.Keputusan itu, tambahnya, tiada kaitan dengan dakwaan beberapa pihak bahawa wujud penyelewengan dalam pengeluaran tender itu.
Hehehe klakar la drama ni.... apa agaknya perjanjian Pak lah dengan Tok Najib ni ye... Berminggu2 diperkatakan hingga ada laporan polis dibuat berkaitan penyelewengan pembelian Eurokopta ini, alih-alih Pak Lah tangguhkan pembelian yang kunun-kununya langkah berjimat cermat!
Aku di fikiran licin nak laung satu je kepada dramatis berdua ni, PPPPPPPiiiiiiiiiiiRRRRRRRRRRRahhhhhhhhhhhhhhhh..........

20 Oktober, 2008

Ghani Othman a.k.a Gani Gelong (tipu kuat)



MUAR 19 Okt. - Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menyeru ahli dan pemimpin UMNO di negeri ini supaya menghindari amalan menggunakan parti untuk kepentingan diri sendiri.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO itu berkata, mereka sebaliknya perlu sentiasa berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum bagi mengembalikan semula kepercayaan terhadap parti tersebut.
Menurut beliau, sebagai ahli UMNO yang ingin melihat parti terus kukuh, mereka perlu mengamalkan tiga prinsip untuk memperkukuhkan parti iaitu berjuang demi rakyat, berlaku adil serta membela hak semua kaum.
HAHAHA...kenyataan-kenyataan pemimpin UMNO sekarang ini sememangnya menjadi bahan locon terulung. Aku nak tanya kt mamat Gani ni, sepanjang dia dalam Umno ni berapa kali beliau tidak menggunakan parti untuk diri sendiri? Huh aku rasa sekali pun takde... KAlau tidak macamana boleh bertahan ye tak Gani...
Sekarang baru nak menyeru dan pandai sebut pasal adil, dulu waktu kuat mendabik dada, bila dah nak 'kojol' baru nak adil? POOORAHHH........3prinsip yang disebut semuanya tidak akan boleh ujud dalam Umno ni. Yang ujudnya adalah-Berjuang untuk perut lilit, berlaku adil pada kroni dan membela kaum keluarga, rakyat pergi jahanam, ini prinsip UMNO sebenarnya...
Aku kat fikiran licin nak sorak satu saja pada UMNO ni... Pergi JAHANAM sama kamu....HIDUP RAKYAT!

18 Oktober, 2008

Khairy+Keri=KERA




Seorang perwakilan Pemuda MCA menggesa pihak berkuasa supaya menahan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana membuat kenyataan yang berbaur perkauman.Perwakilan dari Perak itu, Ting Tai Fong membuat gesaan tersebut sewaktu perbahasan di perhimpunan Pemuda MCA di ibupejabat parti itu di ibunegara hari ini. Khairy adalah antara tetamu di majlis perasmiannya.Ting membidas Khairy, yang juga menantu perdana menteri, berhubung kenyataannya mengenai nisbah kuota biasiswa untuk bumiputera dan bukan bumiputera.
HUH....baru puak2 ni sedar ke siapa budak keri ni? ATau puak2 ni diupah oleh seseorang yang berkepentingan dalam UMNO untuk melingkupkan dak keri ni? Petanda kemusnahan budak keri dah hampir macam petanda sekarang yang pak mentua keri dah dipulau oleh juak2 Umno... keh..keh..keh... abis la hang keri....Tahun depan lenyap la hang dari politik Malaysia...Aku kat fikiran licin tunggu nak gelak je pada hang yang berlagak bagus ni...kah..kah..kah...

02 September, 2008

Khir Toyo gila meroyan


SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menempelak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwanya 'cakap tidak serupa bikin' berkaitan pelantikan ketua kampung di negeri ini. Menurutnya, Abdul Khalid pernah memberi jaminan bahawa pemilihan individu untuk jawatan berkenaan tidak akan dipengaruhi unsur politik tetapi hakikatnya ramai ketua kampung dilantik dari kalangan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas. Menurut Dr Khir, janji Abdul Khalid sebelum ini nyata terpesong dengan apa yang dipraktikkan apabila ramai ketua cawangan PKR dan Pas dilantik sebagai ketua kampung di daerah Sabak Bernam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai panjang itu berkata sistem pemilihan juga tidak dilakukan melalui temuduga sebaliknya ber dasarkan kronisme. "Dulu beliau janji nak buat pemilihan tetapi saya dapat tahu ketua-ketua cawangan Pas dan PKR dipanggil untuk ditemu duga oleh Exco. Sebahagian pula yang dipilih bukan orang kampung berkenaan,” katanya. Lebih malang lagi, katanya, sesetengah ketua kampung yang dilantik tidak berupaya membentuk jawatankuasa sendiri dan tidak cukup korum untuk mesyuarat dan bergerak.
Lucunya mendengar hujah Dr Khir Toyo yang seakan-akan gila meroyan sekarang ini. Serangan Dr khir mantan MB Selangor ini tak ubah seperti seorang yang kehabisan modal dan cuba ingin mendapat publisiti murahan. Apakah di zaman DR khir sebagai MB dulu beliau mampu memberi sumbangan dan bersih dari segala kekotoran? Tanyalah Rakyat SElangor yang menolak beliau sewaktu PRU 12 dahulu.