20 Oktober, 2008

Ghani Othman a.k.a Gani Gelong (tipu kuat)



MUAR 19 Okt. - Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menyeru ahli dan pemimpin UMNO di negeri ini supaya menghindari amalan menggunakan parti untuk kepentingan diri sendiri.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO itu berkata, mereka sebaliknya perlu sentiasa berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum bagi mengembalikan semula kepercayaan terhadap parti tersebut.
Menurut beliau, sebagai ahli UMNO yang ingin melihat parti terus kukuh, mereka perlu mengamalkan tiga prinsip untuk memperkukuhkan parti iaitu berjuang demi rakyat, berlaku adil serta membela hak semua kaum.
HAHAHA...kenyataan-kenyataan pemimpin UMNO sekarang ini sememangnya menjadi bahan locon terulung. Aku nak tanya kt mamat Gani ni, sepanjang dia dalam Umno ni berapa kali beliau tidak menggunakan parti untuk diri sendiri? Huh aku rasa sekali pun takde... KAlau tidak macamana boleh bertahan ye tak Gani...
Sekarang baru nak menyeru dan pandai sebut pasal adil, dulu waktu kuat mendabik dada, bila dah nak 'kojol' baru nak adil? POOORAHHH........3prinsip yang disebut semuanya tidak akan boleh ujud dalam Umno ni. Yang ujudnya adalah-Berjuang untuk perut lilit, berlaku adil pada kroni dan membela kaum keluarga, rakyat pergi jahanam, ini prinsip UMNO sebenarnya...
Aku kat fikiran licin nak sorak satu saja pada UMNO ni... Pergi JAHANAM sama kamu....HIDUP RAKYAT!

Tiada ulasan: