02 September, 2008

Khir Toyo gila meroyan


SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menempelak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwanya 'cakap tidak serupa bikin' berkaitan pelantikan ketua kampung di negeri ini. Menurutnya, Abdul Khalid pernah memberi jaminan bahawa pemilihan individu untuk jawatan berkenaan tidak akan dipengaruhi unsur politik tetapi hakikatnya ramai ketua kampung dilantik dari kalangan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas. Menurut Dr Khir, janji Abdul Khalid sebelum ini nyata terpesong dengan apa yang dipraktikkan apabila ramai ketua cawangan PKR dan Pas dilantik sebagai ketua kampung di daerah Sabak Bernam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai panjang itu berkata sistem pemilihan juga tidak dilakukan melalui temuduga sebaliknya ber dasarkan kronisme. "Dulu beliau janji nak buat pemilihan tetapi saya dapat tahu ketua-ketua cawangan Pas dan PKR dipanggil untuk ditemu duga oleh Exco. Sebahagian pula yang dipilih bukan orang kampung berkenaan,” katanya. Lebih malang lagi, katanya, sesetengah ketua kampung yang dilantik tidak berupaya membentuk jawatankuasa sendiri dan tidak cukup korum untuk mesyuarat dan bergerak.
Lucunya mendengar hujah Dr Khir Toyo yang seakan-akan gila meroyan sekarang ini. Serangan Dr khir mantan MB Selangor ini tak ubah seperti seorang yang kehabisan modal dan cuba ingin mendapat publisiti murahan. Apakah di zaman DR khir sebagai MB dulu beliau mampu memberi sumbangan dan bersih dari segala kekotoran? Tanyalah Rakyat SElangor yang menolak beliau sewaktu PRU 12 dahulu.

Tiada ulasan: