03 September, 2008

UMNO dulu kini selamanya Rasuah!!!!


SEREMBAN: Naib Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan merasuah seorang ketua Umno cawangan sebagai dorongan supaya mencalonkannya sebagai ketua Umno bahagian itu. Tertuduh yang juga ahli perniagaan, didakwa memberi suapan RM200 kepada Ketua Umno Cawangan Taman Zaiton Indah, Sikamat, Rezwat Shahril Zainal Ariffin dalam sebuah kereta bernombor NBK 16 di tempat letak kereta belakang Restoran Negeri, Taman Catleya, Senawang pada jam 12.20 tengah hari 1 Ogos lalu. Mohd Nor, 47, juga dituduh memberi suapan RM500 kepada Rezwat dalam kereta yang sama di tempat letak kereta belakang pusat beli-belah Centre Point, Jalan Siamang Gagap di sini pada jam 4.30 petang 2 Ogos lalu. Suapan itu didakwa sebagai dorongan kepada Rezwat supaya mencalonkan ahli perniagaan itu untuk jawatan ketua Umno Bahagian Seremban bagi sesi 2008-2011 pada mesyuarat agung Umno cawangan Taman Zaiton Indah 3 Ogos lalu. Kes itu dipercayai yang pertama membabitkan pemimpin Umno berhubung rasuah politik pada pemilihan parti tahun ini.
HEhe.. pada aku ini memang sudah menjadi darah daging UMNO karat ini. Pada mereka dalam mencapai impian politik bebal mereka, apa saja menjadi halal asal dapat pangkat yang dikejar dan menjamin kekayaan hasil dari kuasa yang dituai.. Banyak lagi sebenarnya kes-kes Rasuah dalam kemelut pemilihan UMNO ini, cuma tunggu ketika untuk didedahkan... Tok Najib dan Ezam katak pasti arif dalam bab-bab rasuah ini.. Hahahaha

Tiada ulasan: