06 Mac, 2010

Karut Malam-malam


Malam-malam penuh klasik macam malam ini buat gua rasa mau asah taring. Dulu-dulu kalau gua didatangi perasaan macam ni, siang-siang lagi gua dah terbang. Tapi sekarang ni kalau nak terbang kene pakai lesen. Harga lesen pulak mahal sikit je dari lesen TV. Gua ni jenis malas nak mengadap kerani jabatan penerbangan mintak isi borang kuning. Malas nak bergaduh.Lagi pulak isi borang kuning ni dia punya susah macam Ci .Tanya nama samaran la, mintak nomor surat beranak la, pengalaman terbang la dan macam-macam lagi. Yang paling gampang ada kolum berbalas pantun pulak kat bawah borang tu, apahal? Kerenah macam ni yang buat gua terus simpan taring gua dan mengambil keputusan pajak sayap gua kat kompeni Hj Nuh dan rakan-rakan sdn bhd.

Oleh itu gua ambil keputusan layan malam ni dengan membuat latihan tubi matematik tingkatan 3 sebagai persediaan gua nak masuk Universiti Yale.

##########

Ah celaka! Gua lupa jalan rumah tok penghulu untuk ambil surat sokongan masuk U nanti.

2 ulasan:

pakkordi berkata...

Minggu depan, jumaat malam sabtu gua main futsal kat kelana jaya. Kul 11mlm. Mai la practice.

RABUN berkata...

huu penuh masalah jer ni..he hee rileks bro pekene teh tarik malam malam pon layannn wooo