Memaparkan catatan dengan label syirik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syirik. Papar semua catatan

13 April, 2010

Samad Dialam Fantasi episode II


sambungan...

Samad menampar nampar mukanya seperti Raja Namrud menampar mukanya sendiri. Pandangan mata Samad kian mengabur. Kesakitan terkena cahaya dari orang tua tersebut tidak tertanggung lagi. Samad longlai, lemah zahirnya dan perlahan lahan tidak bergerak lagi.

Orang tua tersenyum puas lalu di papahnya tubuh longlai samad perlahan lahan menuju ke destinasi yang tidak diketahui. Basikal Samad berhendel tinggi turut diseret oleh orang tua itu.
"Bau badan budak ni macam bangkai, muka ok tapi tak pandai pakai odorono,ptuihh," getus orang tua sambil meludah ke tanah. Seekor ular di tepi jalan menjilat air ludahan orang tua sekonyong konyongnya. Ular tersebut secara megiknya terus bertukar menjadi Arnab yang eksyen.

Dalam keadaan lemah dan dipapah, Samad cuba membuka mata namun terlalu berat kepalanya membuatkan pandangannya berpinar pinar. Di telinga Samad cuma kedengaran bunyi bunyi yang aneh. Samad terasa berada di alam lain. Alam yang hijau dan udara nyaman seperti musim yang indah. Samad terus lemah dalam dakapan orang tua itu, namun Samad merasakan dirinya semakin lain..

"Mad Hatta, kau ambil budak ni," jerit orang tua pada sosok tubuh hijau didepannya. Samad cuba mendongak...
"Ah..," suara halus Samad berdecit...
Sosok hijau terus menggenggam tangan Samad
"Mari ikut aku, kita bergembira selamanya kerana kau insan terpilih,"..merdu suara sosok hijau atau nama layarnya Mad Hatta (Muhammad Hatta liew b Abdullah)
Samad tak mampu melawan, awan semakin bergumpal rendah didepannya...
Samad berserah mati atau hidupnya pada Tuhan.....

to be continue...

08 Januari, 2010

Malam Kenangan...


Malam ini malam Jumat 8hb. Malam ni adalah malam kenangan gua. Malam ini juga malam kepedihan gua. Sudah berbelas malahan munkin berpuluh seputar malam jumat jadi malam 8hb.

Malam ni gua mahu makan pulut kuning. Ada baik juga gua pandu kereta gua sekarang pergi ke Taiping. Gua harap dapat sampai sana sebelum subuh menjelang. Gua juga mengharap pulut kuning bersama ayam golek dapat gua santap sebelum diembun.

Hahahaha.....ok, gua capai kunci dan turun bawah. Chow...