Memaparkan catatan dengan label barcelona. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label barcelona. Papar semua catatan

15 Mei, 2011

Karma


Hari ini Ahad. Esok pastilah Isnin. Fine. Semalam hari lu, esok mana tahu hari gua? Great.
Ada orang kabor, Karma itu perkara pelik. Bagi gua pula, karma itu sangat indah. Kalau lu tak faham sangat hal karma ini lebih baik lu pergi mati, kerana karma akan melanda hidup lu bermula esok dan seterusnya.

Gua yakin dan gua sangat yakin walaupun sambil menulis gua sempat kuis kuis kaki sapu habuk.

10 Julai, 2010

Khayal Tingkat Tinggi


Orang Malaysia kuat makan dan lepas tu berkhayal.Walau tak semua tapi gua rasa ada la dalam 35% dari 25juta rakyat Malaysia. Itu belom campur pendatang yang menyemak disini tu.

Antara khayalan kegemaran rakyat kita ialah jadi kaya, jadi hero, dapat awek cun dan pakai kereta besar. Jarang ada orang nak khayal masuk syurga ke, jadi driver bus 2 tingkat ke, jadi rama rama terbang tinggi pun tak mungkin ada.

Gua lain sikit, gua nak jadi Octopus. Itu gua punya cita cita khayalan.

P/S: gua ramal Belanda angkat cup 2-1.

13 April, 2010

Samad Dialam Fantasi episode II


sambungan...

Samad menampar nampar mukanya seperti Raja Namrud menampar mukanya sendiri. Pandangan mata Samad kian mengabur. Kesakitan terkena cahaya dari orang tua tersebut tidak tertanggung lagi. Samad longlai, lemah zahirnya dan perlahan lahan tidak bergerak lagi.

Orang tua tersenyum puas lalu di papahnya tubuh longlai samad perlahan lahan menuju ke destinasi yang tidak diketahui. Basikal Samad berhendel tinggi turut diseret oleh orang tua itu.
"Bau badan budak ni macam bangkai, muka ok tapi tak pandai pakai odorono,ptuihh," getus orang tua sambil meludah ke tanah. Seekor ular di tepi jalan menjilat air ludahan orang tua sekonyong konyongnya. Ular tersebut secara megiknya terus bertukar menjadi Arnab yang eksyen.

Dalam keadaan lemah dan dipapah, Samad cuba membuka mata namun terlalu berat kepalanya membuatkan pandangannya berpinar pinar. Di telinga Samad cuma kedengaran bunyi bunyi yang aneh. Samad terasa berada di alam lain. Alam yang hijau dan udara nyaman seperti musim yang indah. Samad terus lemah dalam dakapan orang tua itu, namun Samad merasakan dirinya semakin lain..

"Mad Hatta, kau ambil budak ni," jerit orang tua pada sosok tubuh hijau didepannya. Samad cuba mendongak...
"Ah..," suara halus Samad berdecit...
Sosok hijau terus menggenggam tangan Samad
"Mari ikut aku, kita bergembira selamanya kerana kau insan terpilih,"..merdu suara sosok hijau atau nama layarnya Mad Hatta (Muhammad Hatta liew b Abdullah)
Samad tak mampu melawan, awan semakin bergumpal rendah didepannya...
Samad berserah mati atau hidupnya pada Tuhan.....

to be continue...

07 April, 2010

Tendang Angin


Gua balik rumah terus kilat but. Malam karang gua mau tendang-tendang bola.
Malam karang juga gua mahu jadi Messi.
Tapi bila gua pikirkan balik lebih baik gua jadi orang asia saja. Selamba telan wasabi dan sambal belacan.
Memandu kereta pun baran. Hidup orang asia.