Memaparkan catatan dengan label ikon gua.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikon gua.. Papar semua catatan

15 Mei, 2011

Karma


Hari ini Ahad. Esok pastilah Isnin. Fine. Semalam hari lu, esok mana tahu hari gua? Great.
Ada orang kabor, Karma itu perkara pelik. Bagi gua pula, karma itu sangat indah. Kalau lu tak faham sangat hal karma ini lebih baik lu pergi mati, kerana karma akan melanda hidup lu bermula esok dan seterusnya.

Gua yakin dan gua sangat yakin walaupun sambil menulis gua sempat kuis kuis kaki sapu habuk.

23 Ogos, 2010

Tajam Menikam


Malam ini jalan lengang. Gaya pemanduan gua yang selalu agak kucar kacir sebelum ini kelihatan kemas malam ini. Cuma sesekali pari pari kecil masuk menerobos melalui jendela kereta yang gua rendahkan, cukup untuk gua hembus asap rokok import seberang. Seekor pari pari kecil yang berkepak landing atas batang hidung gua. Gua jadi angin dan terus jentik keluar sekuat hati.

" aduh,".. pari pari terjerit kesakitan sambil terpelanting di bahu jalan

Gua senyum sambil main langit langit dengan lidah buat tahan mengantuk. Ciss, rasa jauh juga perjalanan dari Texas ke San Francisco. Sudah 17 jam gua memandu berterusan tanpa rehat. Cuma sekadar berhenti isi gas dan kencing di petrol pam. Otot otot belakang dan pinggul gua dah hampir tak terasa, mujur juga Mustang gua ini seatnya dari kulit dan enjin juga tip top. Kira ok juga untuk perjalanan yang jauh.


Tiba tiba didalam kepekatan malam dan dari kejauhan gua terperasan ada susuk ditengah jalan cuba menahan kereta gua. Gua pantas menekan pedal brek stail drift, maka menyusur mustang gua membelah jalan. Tayar gua makan jalan dan tinggalkan bekas serta asap.
Gua ngam ngam berhenti sebelah mamat yang berbadan agak besar dari orang asia seperti gua. Gua pandang beliau dengan pandangan penuh dendam.

"Boleh tumpang?", petah bahasa Melayu mamat berbadan besar.

"Boleh, tapi lu nak ke mana?", tanya gua dengan kasar

"ke Neraka," tegas mamat berbadan besar
Gua panik. Baru gua perasan di tangan mamat berbadan besar ada sesuatu benda. Sesuatu yang biasanya digunakan untuk menumbangkan Jati, Keruing dan Cengal. Itu Gergaji Berantai!
Belum panik gua hilang, mamat berbadan besar sudah mula berada di sebelah gua dengan bunyi gergaji berantai membelah hening malam. Darah gua memercik, gua semakin sayu dan layu.......

05 Jun, 2010

High Tahap Dewa


Apahal hidup dengan sejarah? Walaupun result SPM gua A1 dalam matapelajaran sejarah, terus terang gua cakap disini bahawa mereka yang tak lulus matapelajaran ini didalam mana mana peperiksaan boleh la di label super bangang. Sukatan pembelajaran sejarah di sekolah sekolah Malaysia hanyalah tahap 2 dari 10. Senang cakap bai, kacang je sejarah yang lu orang pernah belajar tu.

Bagi gua yang terpenting sekali adalah sejarah hidup gua. Kalau dibuat sukatan pelajaran gua syak dari 10 yang ambil, sorang pun tak de lulus. Gua bangga dengan sejarah hidup gua. Dalam banyak banyak tahun sejarah hidup gua, paling gua suka waktu umur 18 tahun.Waktu tu gua hampir jadi pewaris keluarga Onasis. Gua kapel sekejap dengan Athina Onassis dan hampir kahwin.

Masalahnya gua tak nak keluar Islam dan beliau tiada mahu convert muslim. Tu yang trabel tu. Sikit lagi beb, sikit lagi. Kalau tak hari ini gua dah drive jet peribadi wooo.

24 April, 2010

Gua Tak Rock Sangat


Melalui hari hari yang bosan adalah rare bagi orang macam gua. Setiap hari gua lalui dengan warna warni pelangi alih alih hari ini jadi hari paling bosan dalam sejarah hidup gua. Kuku kaki tak potong, mesin basuh leaking, gas habis, kereta tak basuh, hujan renyai renyai betul betul buat gua mati kutu.

Alih alih gua capai BC Rich gua, greng greng lagu Metallica sampai auntie cina, jiran gua mencarut carut.

Hahahah gua jadi gembira secara otometik.

02 April, 2010

Fatihah Buat Din


Gua terjaga dari lena kerana 3310 gua berbunyi..

Satu SMS masuk dari sorang rakan dari ERA.

'abg din dah takde, tak sempat lu nak belanja dia bro, '...

Gua berlinang airmata. Gua bisu.Baru tadi siang gua sempat ziarah arwah di hospital dan bisik gurau padanya yang dia menang ABP.

Rupanya tuhan sayangkan kau abg...

Gua tak leh tidor lepas ni...

Gua pasang ubat nyamuk sambil sedekah AL-FATIHAH pada arwah.

Berwudhuk dan sedekah yassin pada arwah kerana ini malam jumaat.

Esok gua teman arwah dalam perjalanan akhir beliau.

Kita semua pasti menyusul, itu janji pada setiap yang bernyawa.

:'( We will miss You bro..