23 Ogos, 2010

Tajam Menikam


Malam ini jalan lengang. Gaya pemanduan gua yang selalu agak kucar kacir sebelum ini kelihatan kemas malam ini. Cuma sesekali pari pari kecil masuk menerobos melalui jendela kereta yang gua rendahkan, cukup untuk gua hembus asap rokok import seberang. Seekor pari pari kecil yang berkepak landing atas batang hidung gua. Gua jadi angin dan terus jentik keluar sekuat hati.

" aduh,".. pari pari terjerit kesakitan sambil terpelanting di bahu jalan

Gua senyum sambil main langit langit dengan lidah buat tahan mengantuk. Ciss, rasa jauh juga perjalanan dari Texas ke San Francisco. Sudah 17 jam gua memandu berterusan tanpa rehat. Cuma sekadar berhenti isi gas dan kencing di petrol pam. Otot otot belakang dan pinggul gua dah hampir tak terasa, mujur juga Mustang gua ini seatnya dari kulit dan enjin juga tip top. Kira ok juga untuk perjalanan yang jauh.


Tiba tiba didalam kepekatan malam dan dari kejauhan gua terperasan ada susuk ditengah jalan cuba menahan kereta gua. Gua pantas menekan pedal brek stail drift, maka menyusur mustang gua membelah jalan. Tayar gua makan jalan dan tinggalkan bekas serta asap.
Gua ngam ngam berhenti sebelah mamat yang berbadan agak besar dari orang asia seperti gua. Gua pandang beliau dengan pandangan penuh dendam.

"Boleh tumpang?", petah bahasa Melayu mamat berbadan besar.

"Boleh, tapi lu nak ke mana?", tanya gua dengan kasar

"ke Neraka," tegas mamat berbadan besar
Gua panik. Baru gua perasan di tangan mamat berbadan besar ada sesuatu benda. Sesuatu yang biasanya digunakan untuk menumbangkan Jati, Keruing dan Cengal. Itu Gergaji Berantai!
Belum panik gua hilang, mamat berbadan besar sudah mula berada di sebelah gua dengan bunyi gergaji berantai membelah hening malam. Darah gua memercik, gua semakin sayu dan layu.......

1 ulasan:

Linglung berkata...

tajam hais..gua jadik lost terus lepas habis baca! haha