05 Jun, 2010

High Tahap Dewa


Apahal hidup dengan sejarah? Walaupun result SPM gua A1 dalam matapelajaran sejarah, terus terang gua cakap disini bahawa mereka yang tak lulus matapelajaran ini didalam mana mana peperiksaan boleh la di label super bangang. Sukatan pembelajaran sejarah di sekolah sekolah Malaysia hanyalah tahap 2 dari 10. Senang cakap bai, kacang je sejarah yang lu orang pernah belajar tu.

Bagi gua yang terpenting sekali adalah sejarah hidup gua. Kalau dibuat sukatan pelajaran gua syak dari 10 yang ambil, sorang pun tak de lulus. Gua bangga dengan sejarah hidup gua. Dalam banyak banyak tahun sejarah hidup gua, paling gua suka waktu umur 18 tahun.Waktu tu gua hampir jadi pewaris keluarga Onasis. Gua kapel sekejap dengan Athina Onassis dan hampir kahwin.

Masalahnya gua tak nak keluar Islam dan beliau tiada mahu convert muslim. Tu yang trabel tu. Sikit lagi beb, sikit lagi. Kalau tak hari ini gua dah drive jet peribadi wooo.

4 ulasan:

Miss ... berkata...

amboiii ehehhe

fikiranlicin berkata...

Miss jom nikah. hahaha

pakkordi berkata...

kalau menantu onasis mana boleh naik kapalterbang.. naik kapal aje bro.

Linglung berkata...

gua rasa tak berapa nak percaya dengan sejarah lu nie..