Memaparkan catatan dengan label vomit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vomit. Papar semua catatan

24 Ogos, 2011

Hari Haru Raya


Lebih kurang seminggu lagi mahu masuk bulan paling power yakni Bulan syawal. Power sebab bulan kemenangan umat Islam menempuhi Bulan paling Hero sebelumnya iaitu Bulan Ramadhan.

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah Ibadat tersempurna. Merehatkan perut dari bekerja selama lebih kurang setahun memang sukar diungkap nikmatnya dengan kata kata. Terbaik

Tapi apahal usai Syawal nanti gua dan mungkin lu orang semua rasa poket kering? Lu orang jangan tak mengaku ok.

Orait, ucapan Raya nanti 2-3 hari nak raya baru gua buat . Sekarang memang takda mood sangat.

18 Mac, 2011

Malap


Disini tiada indah. Disini juga tiada tenang dan tiada wang. Di sini hanya ada maruah. Di sini juga sebenarnya ada harapan. Harapan untuk insan yang gagal. Harapan untuk insan yang tidak berjaya untuk kelihatan hebat.

Titik

17 Januari, 2011

50-50


Lu orang tau tak yang perasaan 50-50 boleh buat lu orang hilang semangat dan rasa macam nak mati? 50-50 jangan buat main main, silap silap lu orang boleh cari bangunan tinggi dan jadi 'Superman'.

Ok, situasi gua 50-50 berkenaan seorang makwe. 50% hati gua mahu manakala 50% lagi hati gua berkata yang gua tak mampu memilikinya..

Gampang, hati sendiri pun tak boleh bekap gua macamana gua nak buat lagi? Gua ingat sebelum gua jadi 'Superman', hati gua dah sepakat 100%. Amacam?

21 Ogos, 2010

Pergi


Gua rasa masa dah time untuk gua pergi. Ye, gua pasti merindui bunyi ketakan papan kekunci uzur gua, bunyi pintu, bunyi mesin parut kelapa jiran gua dan pastinya gua merindui saat bersama kamu. ..

Tapi gua pasti akan kembali dalam sepurnama, untuk bertanyakan cintanya, bukan untuk dia, bukan untuk siapa, tapi untuk gua, kerna gua sayang kamu!!!!!!!!!!! Nah.

18 Ogos, 2010

Buku Panduan


Gua semakin lemah. Energi ada dalam 12%. Kalau gua henpon dah tahap kene cas dah.
Masalahnya diri gua ni nak cas dengan apa? Gua bukan robocop.
Nampak jelas yang gua kene baca balik buku manual panduan penggunaan hidup gua.

10 Julai, 2010

Khayal Tingkat Tinggi


Orang Malaysia kuat makan dan lepas tu berkhayal.Walau tak semua tapi gua rasa ada la dalam 35% dari 25juta rakyat Malaysia. Itu belom campur pendatang yang menyemak disini tu.

Antara khayalan kegemaran rakyat kita ialah jadi kaya, jadi hero, dapat awek cun dan pakai kereta besar. Jarang ada orang nak khayal masuk syurga ke, jadi driver bus 2 tingkat ke, jadi rama rama terbang tinggi pun tak mungkin ada.

Gua lain sikit, gua nak jadi Octopus. Itu gua punya cita cita khayalan.

P/S: gua ramal Belanda angkat cup 2-1.

24 April, 2010

Gua Tak Rock Sangat


Melalui hari hari yang bosan adalah rare bagi orang macam gua. Setiap hari gua lalui dengan warna warni pelangi alih alih hari ini jadi hari paling bosan dalam sejarah hidup gua. Kuku kaki tak potong, mesin basuh leaking, gas habis, kereta tak basuh, hujan renyai renyai betul betul buat gua mati kutu.

Alih alih gua capai BC Rich gua, greng greng lagu Metallica sampai auntie cina, jiran gua mencarut carut.

Hahahah gua jadi gembira secara otometik.