
Member gua pegang kunci. kena masuk kerja awal. Tapinya.....
*minggu depan je la gua sambung...


KUALA LUMPUR 1 Feb. - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini menafikan meletakkan jawatan mereka, sepertimana yang diumumkan petang tadi.
ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi memaklumkan kepada Utusan Malaysia bahawa beliau dan dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu tidak pernah menghantar surat berhubung perletakan jawatan itu.
Sebaliknya beliau mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang sekiranya mereka keluar daripada parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing. - Utusan Kah...kah.. kah... licin lagi dahi Najib memikirkan strategi tahi kucingnya tidak menjadi, malahan skrip baru pula yang timbul. Hip2 Horayy rakyat perak dapat durian runtuh nanti bila PRK diadakan...Bagi duit ambil,bagi kain ambil, bagi apa pun ambil tp pangkah tetap Pakatan RAkyat! Takbir3x...Lawan tetap lawan!
Selesai sudah PRK bagi P.44 Permatang Pauh semalam. Maka dilihat disini bahawa sokongan rakyat semakin bertambah kepada pakatan rakyat walaupun berbagai tohmahan dilemparkan kepada calon PR iaitu DSAI.Nah, lihat sahaja majoriti yang diperolehnya, 15671 undi meninggalkan calon BN Dato' Ariff shah. BN dengan segala jentera dan bala tentera turun berkempen selama 10 hari disana sambil berharap dapat memusnahkan hajat Anwar ke putrajaya telah dilihat gagal secara total. Rakyat Permatang Pauh telah bulat-bulat telah menolak BN-UMNO hingga ketahap yang boleh dikatakan hina.Isu-isu liwat,agen yahudi,menghapuskan ketuanan melayu malah BN juga dilihat cuba memainkan isu perkauman yang nyata tidak dapat mengubah hasrat rakyat yang inginkan perubahan di Malaysia ini.
BN juga harus sedar yang mereka sepatutnya sebelum ini memikirkan kehendak rakyat dari memerintah syok sendiri.Pak Lah khususnya yang dilihat menjadi punca kemerosotan sokongan kepada BN-UMNO harus menukar segera pelan persaraannya dari 2010 kepada tarikh yang lebih awal lagi bagi mengelak parti pimpinannya sekarang berkubur lebih awal lagi.
Masa telah tiba bagi pembaharuan Malaysia yang lebih dinamik,berintergriti dan bermaruah. Jika BN enggan berubah, aiyoh kita angkat pemerintah era baru bagi mengganti BN yang telah pun melepasi tarikh luputnya.