Memaparkan catatan dengan label licin hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label licin hati. Papar semua catatan

24 Ogos, 2011

Hari Haru Raya


Lebih kurang seminggu lagi mahu masuk bulan paling power yakni Bulan syawal. Power sebab bulan kemenangan umat Islam menempuhi Bulan paling Hero sebelumnya iaitu Bulan Ramadhan.

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah Ibadat tersempurna. Merehatkan perut dari bekerja selama lebih kurang setahun memang sukar diungkap nikmatnya dengan kata kata. Terbaik

Tapi apahal usai Syawal nanti gua dan mungkin lu orang semua rasa poket kering? Lu orang jangan tak mengaku ok.

Orait, ucapan Raya nanti 2-3 hari nak raya baru gua buat . Sekarang memang takda mood sangat.

30 Mac, 2010

Ferry For Don


Suatu hari gua berpeluh-peluh sambil berdiri tepi tembok tengok tengah tasek. Fikiran gua yang slippery menerawang pada benda-benda yang tak berfaedah seperti selalu. Dalam kehidupan gua dan lu orang pada waktu boring, pernah tak lu orang rasa best dan kacak?

Gua jarang-jarang, tapi waktu semalam gua layan lari-lari anak tepi tasek, ada dua awek cun say hi pada gua. Semangat gua datang menaik sampai 5 round gua lari tanpa henti.Kalau selisih lagi satu round gua ingat nak ambik kontek nomor dua awek tersebut.Boleh janji jog bersama nanti. Hahahaha gua dah rasa semangat muda AL-Pacino dan Marlon Brando meresap 88% dalam diri gua.

Otak gua dah start kotor.

###################..

Gua blah dari tasek sebelum gua sempat mintak nomor kontek. Gua tak mau rosakkan awek-awek cun di Malaysia sebab gua bukan Brando mahupun Pacino. Gua Muslim ada iman.

26 November, 2009

Salam Pengorbanan


Esok wukuf di Arafah. Esok Hari Raya Qurban di sambut di seluruh dunia. Esok juga lembu,kambing,kuda,unta dan burung unta akan di korbankan.

Semoga Eid Adha kali ini memberikan keceriaan dan kegembiraan kepada seluruh umat Islam seantero dunia.

Aku seperti biasa, berlebaran keseorangan lagi kesekian kalinya. Lemang beli dan roti telur menu raya aku di sini.Tiada lembu untuk di korbankan dan tiada rendang untuk dijamah.

Aku sudah biasa, raya atau tidak hidup mesti terus.

ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR...ALLAH MAHA BESAR

07 Ogos, 2008

hujan

uhhh... Hampir satu hari dari pagi hingga sekarang kuala lumpur dibasahi hujan. Aku dirumah duduk sambil berfikir, apakah makna hujan hariini. Ya, sesudah hampir sebulan dilanda jerebu akhirnya tdur malam aku sekurangnya tidak digangu oleh kepanasan dan kejerubuan lagi. Mungkin ramai yang sinis jika aku mengaitkan hujan ini dengan perkara-perkara besar yang berlaku dalam Malaysia sekarang. Ya saudara Anwar dibebaskan dengan Bon sendiri RM20,000 untuk kes yang bakal dihadapi pada september ini dan hujan yang turun seakan memberi makna yang akan ada keadilan untuk sistem kehakiman negara ini.Seperti biasa sebagai rakyat kebanyakan aku mengharap badan ini akan dapat dibersihkan sepenuhnya kerana badan ini telah dipandang serong sejak beberapa tahun dahulu.Pebersihan ini akan bermula dari sekarang.. Ya, satu kepastian yang dinanti.