Memaparkan catatan dengan label ikut suka aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikut suka aku. Papar semua catatan

16 Mei, 2010

Mei Yang Hangat


Gua sebenarnya rasa tak sedap hati untuk menulis dalam bulan 5 ni. Banyak perkara perkara yang melibatkan kehidupan gua serta keluarga yang perlu gua setelkan. Gua perlu kerja kuat supaya gua tak hanyut dalam kehidupan menjelang 2020 nanti.

Bulan 6 world cup bermula dan seperti biasa gua sapot pasukan Mafia, Italy. Gua sapot Italy secara serius sejak Italia 90. Itu jam gua ada kumpul sticker piala dunia yang rare. Tapi dah hilang time gua clash dengan awek gua 13 tahun lepas. Gua syak dia curi tu.

OK, kerajaan dah 'halalkan' judi untuk world cup. Gua tak tahu nak menangis atau apa. Gua dah rasa yang Malaysia nak jadi ala ala Amerika. Tak lama lagi kajang pun jadi Vegas la. Gua tunggu time tu. Harap harap dalam akaun gua ada 12juta, dapat juga gua judi halal puas puas.

Gua blah mandi dulu , hari ni gua ada date dengan Ana Alisha. Choww.

30 Mac, 2010

Ferry For Don


Suatu hari gua berpeluh-peluh sambil berdiri tepi tembok tengok tengah tasek. Fikiran gua yang slippery menerawang pada benda-benda yang tak berfaedah seperti selalu. Dalam kehidupan gua dan lu orang pada waktu boring, pernah tak lu orang rasa best dan kacak?

Gua jarang-jarang, tapi waktu semalam gua layan lari-lari anak tepi tasek, ada dua awek cun say hi pada gua. Semangat gua datang menaik sampai 5 round gua lari tanpa henti.Kalau selisih lagi satu round gua ingat nak ambik kontek nomor dua awek tersebut.Boleh janji jog bersama nanti. Hahahaha gua dah rasa semangat muda AL-Pacino dan Marlon Brando meresap 88% dalam diri gua.

Otak gua dah start kotor.

###################..

Gua blah dari tasek sebelum gua sempat mintak nomor kontek. Gua tak mau rosakkan awek-awek cun di Malaysia sebab gua bukan Brando mahupun Pacino. Gua Muslim ada iman.

26 Januari, 2010

Anugerah Dari Kegagalan

Televisi di dalam bilik masih 'terbuka'. Menyiarkan siaran terus sepakbola dari Angola kurasa. Aku tegar mendengar ulasan perlawanan diluar didepan komputer peribadi. Tiada sms dari sayangku, mungkin sudah beradu barangkali, tiada mesej dinding dari sahabat mukabukuku,tiada buzzz dari ymku dan pastinya tiada kokok ayam dan kicauan burung disini kerana hari sudah malam(di tengah-tengah kuala lumpur mana ada ayam dan burung daa..)

Internet dan Komputer, sesuatu yang membuat aku lebih hebat dari Hang Tuah dan Parameswara, juga merupakan benda yang buat aku lebih rare dari P.Ramlee dan Abraham Lincon. Kemajuan, terus terang membuat aku menjadi (kadang-kadang) orang gila. Kecanggihan teknologi(diasaskan atas dasar kapitalisma moden) mendorong manusia menjadi bongkak dengan diri sendiri (selalu) dan sombong dengan peniaga pisang goreng di tepi jalan disekitar bandaraya.

Semuanya tanpa kita sedar adalah alat penjajahan minda dan jiwa masakini. Kecanggihan sesungguhnya mencipta kelalaian dan menghilangkan nilai-nilai sentimental manusia. Gajet-gajet kelalaian direka untuk melekakan manusia supaya mudah ditindas dan didera dari dalam jiwa. Akhirnya Kapitalisma yang menuai untungnya.

Kita harus bersedia, kerana semakin canggih hidup kita ini, semakin hampir kita menjadi injap kapitalis.

Guten Nacht!