06 Februari, 2009

Apa ni? Kuala kangsar bertukar GAZA!

FRU menggganas, masjid dibedil gas pemedih mata!
Salmiyah Harun & Intan Abdullah
Fri | Feb 06, 09 | 3:23:59 pm MYT

Terkini|

KUALA KANGSAR, 6 Feb (Hrkh) - 3.20 petang:FRU sedang melepaskan gas pemedih mata kepada orang ramai yang sedang berhimpun di luar Masjid Ubudiyyah.

Iklan




Dalam pada itu, didapati beberapa das gas pemedih mata turut dilepaskan ke dalam masjid dan ini telah menyebabkan gangguan kepada jemaah yang masih berada dalam masjid yang sedang membaca Yassin.

Sementara itu, seorang bekas anggota FRU yang turut berada di lokasi kejadian menyifatkan tindakan FRU adalah melampau dan melanggar prosedur kerana melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid.

Selain itu, dalam tinjauan wartawan Harakah mendapati orang ramai sedang cuba untuk menutup pintu masjid bagi mengelak serangan FRU yang makin membabi buta. - mks._-ikhsan harakahdaily!- Allah selamatkan Perak! TAkbir,takbir,takbir...

4 ulasan:

amieiezam berkata...

kalau allah nak selamatkan perak, saya pasti dibukakan pintu hati tuanku sultan azlan untuk membubarkan kerajaan negeri. ataupun terus mengiktiraf kerajaan minoriti andai wujud keraguan tentang pemuafakatan BN dan bebas....

allah telah selamatkan perak drpd kerakusan dan kebodohan pakatan rakyat.

syukran.

amieiezam berkata...

apa cerita? apasal karpal cakap macam tuh? apasal nik azis menggelabah? Lim GUan Eng nafikan pula ada pertikaian pasal de factor!!! sapa yang cakap betul nih?

daulat tuanku

i'm waiting bro

fikiranlicin berkata...

hehe...biasalah dalam satu rumah pun adik beradik berkelahi jua cikgu, perkara macam ini biasa tetapi tiada sampai bersepai semuanya. ada PRK lagi dalam tempoh 60 hari, kalau benar UMNO itu baik, pasti 2 kerusi ini jatuh ke tangan mereka, kalau kalah lagi, faham2 sendiri la wahai guru yang budiman,ahaks!

amieiezam berkata...

huhu baru nak kata macam tuh...bukan PR nih suara rakyat hehehhe semua keputusan dibuat secara sebulat suara..hahha rupa-rpanya ada masalah dibalik fail, sian licin dah kena tipu pun percaya lagi...

apakata tuan guru nyanyuk tu...huh lompat ke BN hina, masuk PR "kembali ke asal" MULIA...hehehhehe dimana mulianya DAP bro? kalau dah fitnah bergelumang dosa...macam tu la jadinya licin