23 Ogos, 2008

Harapan Rakyat Malaysia Baru


Kita perlukan semua pihak berkuasa, tidak kiralah polis ka, Badan Pencegah Rasuah ka. Kalau mereka tiada, sapa nak hapus jenayah, rasuah dan sebagainya. Baru-baru ini, saya mendengar cerita begitu banyak skim cepat lingkup yang mengganas melalui alam siber. Polis diperlukan untuk membanteras penyangak-penyangak itu.Kita amat menghargai polis yang baik , penguatkuasa BPR yang baik dan sebagainya. Kalau ada yang jahat, kita mohon Allah s.w.t. yang dikasihi laknatkan mereka. Kalau ada.Pada masa yang sama, kita juga tak suka melihat kerja-kerja penghapusan jenayah menjadi komedi bangang dan tukang-tukang hapus jenayah menjadi entah apa-apa. Malaslah aku nak cakap.Saya berharap sangat apa yang diceritakan oleh Mat Saman Kati dan suku sakatnya dalam posting bertajuk "Konspirasi BPR-BN Perak" dalam Perak Express adalah tidak benar dan rekaan semata-mata (lihat juga berita Malaysiakini 22/8/08 "Kerajaan Perak tuntut BPR, media mohon maaf"). Jika benar, lebih baik orang-orang yang terlibat buat perangkap bengap itu pergi mintak kerja buat 'pangsai chua' atau kertas sapu taik. Itu sahaja yang layak kepada mereka. Sebab itulah saya harap sangat tak benar.Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada Raja Petra Kamaruddin bila peralatannya di rampas lagi (entah ke berapa kali, saya tak boleh ingat lagi) seperti dilaporkan Malaysiakini 22/8/08 dalam berita bertajuk "Kes liwat: Rumah Petra digeledah polis".Diharapkan beliau tidak luntur semangat walau pun berbagai tekanan dikenakan keatasnya.Aku sebagai rakyat Malaysia yang merdeka tetap percaya kezaliman yang dilakukan sang penguasa akan terhapus dalam jangkamasa terdekat,sama-sama kita doakan.

1 ulasan:

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum,

Memang kita amat perlu pada Pihak Penguasa.
Haru dan kacau bilaulah nanti kalau Pihak Penguasa Mogok!!

Kita hidup dalam aman tenteram pun kerana pengorbanan Pihak Penguasa yang bertugas di sempadan Negara, di Perairan dan Udara kita.

Hargailah jasa dan budi baik mereka. Memang kadang-kadang mereka pun buat silap. Mereka hanya insan biasa macam kita, tidak sunyi dari buat silap tapi ini tidak bererti kita boleh lupakan jasa baik mereka.

WaAllahuAlam.