16 Ogos, 2008

Sumpah Tidak Perlu

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bersumpah menggunakan kitab suci bukan ajaran Islam sebaliknya merupakan amalan orang Kristian dan Yahudi.Sehubungan itu, kata bekas menteri besar Terengganu itu, kes yang membabitkan zina dan liwat hendaklah dirujuk kepada undang-undang qazaf."Jika undang-undang qazaf tidak ada, kerajaan perlu membuat pindaan di Parlimen supaya ia boleh diadili melalui undang-undang Islam"Rujuk kepada mahkamah syariah mengikut Akta 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan iaitu kes untuk zina dan liwat," katanya.Abdul Hadi berkata demikian ketika mengulas tindakan Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan mendakwa beliau telah diliwat secara paksa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, dalam Islam hanya ada lian iaitu sumpah antara pasangan suami isteri.Untuk rujukan,Anwar dan Saifool bukanlah suami isteri(jangan jadi FOOL macam SaFOOL ni)."Beliau (Saiful) menggunakan agama Islam jenama apa kerana ia tidak merupakan hak dalam Islam.Abdul Hadi sekali lagi mengulangi kes tersebut merupakan satu agenda politik yang kotor
Sementara itu, Bernama melaporkan, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga berkata kaedah sumpah laknat oleh Saiful dengan memegang kitab suci al-Quran adalah menyalahi ajaran Islam kerana perbuatan memegang atau menjunjung kitab suci sebenarnya adalah perbuatan meniru orang Kristian yang memegang kitab suci mereka.
Anwar pula menyifatkan tindakan bekas pembantu peribadinya adalah satu perbuatan politik kotor untuk menjatuhkannya pada pilihanraya kecil itu. (Wallahuaalam)

1 ulasan:

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anak ku,

Tak usahlah kita semua pening pening kepala pasal hal sumpah sumpah ini.

Bila telah terucap nama nama suci Allah swt, InsyaAllah akan terselah juga kebenaran yang haq nanti. Masa akan menetukannya.

Kecoh satu Malaysia.

Pada Mak Cik, apalah yang Anwar nak takut sangat. Usia pun dah 61 berbanding budak berumur 23 tahun, kalau tak salah tu,tak pernah liwat sesiapa pun dalam hidupnya, semuanya konspirasi belaka: bersumpah aje lah.

Selesai cerita. Noktah.