Disini aku ingin memohon maaf kepada semua jika ada yang terganggu dengan penulisan di blog nyamuk aku ini, aku benar2 ingin jujur dalam meluahkan penulisan aku. Maaf sekali lagi...
Akhir kata SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua, bergembiralah berpada-pada di hari kemenangan kita setelah sebulan menahan nafsu.
29 September, 2008
Selamat Hari Raya
26 September, 2008
Suatu Waktu,Suatu Ketika
I sill remember in 1995, when i have a Pendidikan Jasmani class, most of the boys went to the field playing football. Girls, remained in the class, doing a free activities just because the syllibus of that particular subject didnt have. So, the boys playing football. We separate the group into two. One side who ever have a feeling support Manchester United and another side who support the Liverpool or anti-Mufc. Most of the time my group the MU supporter got winning. and the head of the anti-Mufc was a man named -Mohd Rodzi Shamsuri. We live at the same neigbourhood. He stay with his brother's family. He was so into Liverpool and Nirvana.(you know that time was the alternative music influences). the Gamma Suzuki bike, sprayed red and the noisy ekzos buloh break the calmless of school. But i never seem him for 10 years. He's dead in motocycle accident that day. So sad to him and his family,i lost a friend, who got so good brain. i miss that as a some of that my recollection long lost memory..
Al-Fatihah...(artikel asal) Terima kaseh untuk Fared kerana memberi aku sesuatu memori, walau agak lewat untuk aku membaca dan memahaminya....
25 September, 2008
Nilai 10sen di Ramadhan ini
Apa2 pun Terima kasihlah kepada kerajaan yang begitu prihatin dengan kesusahan rakyat, setelah berbilion-bilion keuntungan mereka kaut dari hasil minyak yang menjadi hak umat ini, mereka lalu menurunkannya 10 sen. Alangkah gembiranya hati kami yang kini kembali menikmati hidup dengan sejahtera dan penuh nikmat dengan ‘duit raya’ 10 sen dari pemerintah ini!
Setelah berbulan dulu harga minyak RM2.70 kini dengan penurunan kepada RM2.45, kerajaan menjangka dapat memancing hati rakyat walaupun rakyat tidak bingai kerana harga minyak sepatutnya boleh diturunkan hingga RM2 sahaja..
Teringat tahun lalu apabila aku pulang beraya di Pt Buntar(kg nendaku) cukup hanya diisi RM50 sahaja(harga minyak RM1.92 pd waktu itu) tetapi sekarang tidak tahu berapa hendak dibayar minyak pada perjalanan yang sama...
Diharap dengan 'keprihatinan' kerajaan ini dapat kita semua meraikan Syawal dengan penuh nikmat dan bahagia.. Diharap jua didalam bulan ini harga minyak terus diturunkan(turunkan BN sekali la) atas jasa kerajaan baru(PR) InsyaAllah!
22 September, 2008
PM Israel letak jawatan,hang Dolah bila lagi?
BAITULMAQDIS 21 Sept. – Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mengumumkan peletakan jawatan dalam satu mesyuarat Kabinet hari ini, namun ketidakpastian politik yang menyelubungi Israel mungkin terus berlanjutan selama beberapa bulan.
Keadaan ini mengancam rundingan damai dengan Palestin tajaan Amerika Syarikat (AS) yang dilancarkan semula November lalu bertujuan menamatkan konflik selama berdekad-dekad di wilayah itu, pada awal tahun depan.
Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung, Olmert menyatakan bahawa apa yang dilakukannya adalah “sesuatu yang patut dilakukan menurut pentadbiran yang baik.”
Tidak dipastikan bila Olmert akan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Shimon Peres, namun selepas berbuat demikian beliau akan menjadi pemangku Perdana Menteri sehingga kerajaan baru dibentuk atau pilihan raya umum diadakan. - Agensi
17 September, 2008
Berita 'HERAN'
16 September, 2008
SelamatHariMalaysia- BN undur segera!
Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.
Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.
Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.
Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.
Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.
Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.
Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :
1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan;
2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu;
3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa;
4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.
Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.
Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.
Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
12 September, 2008
Gila B**I ini BN (Babi Negara)
Gila!!! Blogger Raja Petra Kamaruddin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) kerana didakwa boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Tindakan bodoh lagi bangang apa ini? Apakah justifikasinya penangkapan ini? Ini betul2 tindakan gila atau lebih tepat sekali gila Babi!Tindakan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).(Benarkah itu?)-Aku langsung enggan mengulas tindakan bangang ini kerana khayalak teramai telah mengetahui ini. Pada aku ISA ini undang2 haram jadah dari pihak pemerintah yang bodoh lagi bingai.Gila 2XPolis telah menahan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang menulis berita mengenai kenyataan rasis Ahmad Ismail dirumahnya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada pukul 8.30 malam tadi.
Beliau telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang. Beliau turut disahkan ditahan dibawah ISA.. Kerajaan BN(BABI NEGARA) nampaknya cuba menakut2kan rakyat dengan akta pu**mak ini dalam menghalang kebangkitan rakyat Malaysia .(persoalan sekarang mengapa pemimpin UMNO yang membuat kenyataan tersebut tidak dikenakan akta serupa? Sial bukan?)
Gila 3X!!! Berita baru masuk(11.20pm tadi) adun kinrara dan exco Selangor Teresa kok, turut ditahan ISA!!!!!!!!!! Duh,bagaimana kerajaan BN ini mengucar kacirkan Malaysia dan bagaimana aku dapat bernafas lagi untuk sisa hidupku? Apakah jenis undang2 ini hanya untuk mereka yang cuba menolong rakyat dengan memperbetulkan kerajaan B**I NEGARA (BN) yang semakin mengarut ini? Yang bersalah dilepaskan,yang benar ditangkap? BN,jangan cabar Rakyat,kelak padah menanti...
P/s:maafkan penulis kerana menggunakan bahasa KESAT. Kemarahan telah menguasa diri..(licin tetap licin)
09 September, 2008
Umno jangan bakar api perkauman!
Ini adalah sedikit gambaran tentang apabila balaci-balaci Umno cuba menghuruharakan negara dengan menjadikan isu perkauman bagi mendapat sedikit survival yang maseh tinggal.Inilah wajah sebenar Umno yang lebih mementingkan perut lilit sendiri daripada mengamankan rakyat jelata.
Sedikit info, bekas ahli badan perhubungan Umno negeri, Zainol Abidin Hashim, dengan bantuan rakan-rakannya telah menurunkan gambar Dr Koh dari dinding ibupejabat Umno tersebut.Zainol kemudiannya mengeluarkan gambar Dr Koh dari bingkai gambar dan mengoyaknya.
Reaksi ini pasti mengundang paparan muka depan akhbar2 esok.Kebangangan sesetengah kaum Umno ini tidak harus dibiarkan, tunggu apa lagi syed Hamid? Nyata perlakuan sebegini harus dibalas dengan I.S.A sahaja.Jangan biar nasi jadi bubur,kerana kuasa kelak nanti huru-hara negara. Berita sepenuhnya
06 September, 2008
Tun.. muhasabah diri anda
Kalaulah Tun Mahathir seorang yang cintakan bangsanya sudah tentu beliau tidak menarik balik royalti minyak kepada Kerajaan PAS Terengganu yang 100% barisan pimpinannya adalah Melayu Islam. Begitu juga tidak mendiskriminasikan Kerajaan Kelantan yang sememangnya dipimpin oleh bangsa Melayu Islam. Kita juga pelik dengan Tun Mahathir sanggup menarik balik bantuan per kapita kepada sekolah agama SAR seluruh tanahair semasa menjadi PM. Sedangkan sekolah agama SAR 100% murid-murid dan guru-gurunya adalah Melayu Islam. Tun Mahathir juga sanggup meng"kafan"kan bahasa Melayu dengan penukaran bahasa itu kepada Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains atas alasan kemajuan kononnya.
Kemuncaknya "wajah sebenar" Tun Mahathir diterjemahkan dengan kenyataan beliau untuk "melarikan diri" dari Malaysia sekiranya Anwar jadi PM.
Tun, mana sifat patriotik yang setia pada negara ini. Mana semangat setia dan sayangkan tanahair? Adakah ini seorang Negarawan?
Anwar sanggup diaibkan, ditumbuk lebam matanya, dipukul oleh mantan IGP Rahim yang memungkinkan beliau mati, menjadi warga Penjara Sungai Buloh 6 tahun. Tetapi Anwar tetap sayangkan Malaysia. Beliau tetap tinggal di sini walaupun 1001 macam ancaman bakal menjelma. Inilah watak seorang Negarawan. Tidak pernah beliau melafazkan ucapan untuk meninggalkan bumi bertuah ini. Anwar berani hadapi rintangan demi perjuangannya.Tiada sifat pengecut dan dayus seperti Tun.
Tun yang budiman, memang anda telah KELUAR dari UMNO. Memang anda boleh KELUAR dari MALAYSIA tetapi adakah anda mampu KELUAR dari merasai saat KEMATIAN? Jika Tun ke Makam Pahlawan Masjid Negara, masih ada lagi satu ruang lot untuk Tun. Persoalannya adakah Tun layak disemadikan di situ sebagai Negarawan. Seorang Negarawan adalah orang yang sanggup dan setia dengan negaranya walaupun apa jua badai tsunami melanda. Dia tetap tidak meninggalkan bumi yang bertuah ini. Atau Tun ingin disemadikan di Hazara atau Delhi atau Dhaka? Hanya Allah Taala yang menentukannya.
03 September, 2008
UMNO dulu kini selamanya Rasuah!!!!
HEhe.. pada aku ini memang sudah menjadi darah daging UMNO karat ini. Pada mereka dalam mencapai impian politik bebal mereka, apa saja menjadi halal asal dapat pangkat yang dikejar dan menjamin kekayaan hasil dari kuasa yang dituai.. Banyak lagi sebenarnya kes-kes Rasuah dalam kemelut pemilihan UMNO ini, cuma tunggu ketika untuk didedahkan... Tok Najib dan Ezam katak pasti arif dalam bab-bab rasuah ini.. Hahahaha
02 September, 2008
Khir Toyo gila meroyan
Lucunya mendengar hujah Dr Khir Toyo yang seakan-akan gila meroyan sekarang ini. Serangan Dr khir mantan MB Selangor ini tak ubah seperti seorang yang kehabisan modal dan cuba ingin mendapat publisiti murahan. Apakah di zaman DR khir sebagai MB dulu beliau mampu memberi sumbangan dan bersih dari segala kekotoran? Tanyalah Rakyat SElangor yang menolak beliau sewaktu PRU 12 dahulu.