25 September, 2008

Nilai 10sen di Ramadhan ini


10sen- Nilai yg kadang2 kita fikir agak kecil dimasa ini. Apakah yang dapat dibeli dengan jumlah sebegini? Mungkin paling kuat pun gula2 2biji saja. Langkah kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10sen dari RM2.55 kepada RM2.45 hanya mengundang lagi keluhan rakyat.
Apa2 pun Terima kasihlah kepada kerajaan yang begitu prihatin dengan kesusahan rakyat, setelah berbilion-bilion keuntungan mereka kaut dari hasil minyak yang menjadi hak umat ini, mereka lalu menurunkannya 10 sen. Alangkah gembiranya hati kami yang kini kembali menikmati hidup dengan sejahtera dan penuh nikmat dengan ‘duit raya’ 10 sen dari pemerintah ini!
Setelah berbulan dulu harga minyak RM2.70 kini dengan penurunan kepada RM2.45, kerajaan menjangka dapat memancing hati rakyat walaupun rakyat tidak bingai kerana harga minyak sepatutnya boleh diturunkan hingga RM2 sahaja..
Teringat tahun lalu apabila aku pulang beraya di Pt Buntar(kg nendaku) cukup hanya diisi RM50 sahaja(harga minyak RM1.92 pd waktu itu) tetapi sekarang tidak tahu berapa hendak dibayar minyak pada perjalanan yang sama...
Diharap dengan 'keprihatinan' kerajaan ini dapat kita semua meraikan Syawal dengan penuh nikmat dan bahagia.. Diharap jua didalam bulan ini harga minyak terus diturunkan(turunkan BN sekali la) atas jasa kerajaan baru(PR) InsyaAllah!

Tiada ulasan: