29 Mei, 2010

Sampai Syurga


Mei dah nak sampai hujung hujung. Gua tak rasa gua sampai hujung bujang gua lagi. Tak ramai dan tak puas lagi gua nak gesel gesel dengan makhluk berlainan jantina. Makin tahun makin bertambah pulak awek awek selera yang gua nampak depan mata. Simpan je la dalam hati. Gua ibarat vampire tiada taring sekarang ini.

Gua harap kat syurga nanti gua tiada perasaan macam ni. Dengar khabar bidadari ni cantiknya tak terbanding.

Gua niat solat Tahajjud ini malam.

16 Mei, 2010

Mei Yang Hangat


Gua sebenarnya rasa tak sedap hati untuk menulis dalam bulan 5 ni. Banyak perkara perkara yang melibatkan kehidupan gua serta keluarga yang perlu gua setelkan. Gua perlu kerja kuat supaya gua tak hanyut dalam kehidupan menjelang 2020 nanti.

Bulan 6 world cup bermula dan seperti biasa gua sapot pasukan Mafia, Italy. Gua sapot Italy secara serius sejak Italia 90. Itu jam gua ada kumpul sticker piala dunia yang rare. Tapi dah hilang time gua clash dengan awek gua 13 tahun lepas. Gua syak dia curi tu.

OK, kerajaan dah 'halalkan' judi untuk world cup. Gua tak tahu nak menangis atau apa. Gua dah rasa yang Malaysia nak jadi ala ala Amerika. Tak lama lagi kajang pun jadi Vegas la. Gua tunggu time tu. Harap harap dalam akaun gua ada 12juta, dapat juga gua judi halal puas puas.

Gua blah mandi dulu , hari ni gua ada date dengan Ana Alisha. Choww.

30 April, 2010

Tembak- Menentang


Gua jenis suka keluar rumah tak tentu taim. Profesyen gua yang menuntut begitu. Kadang kadang subuh pun gua boleh keluar rumah smart smart padahal taim tu orang ramai lagi buat air liur basi.

Tapi lately gua rasa tak best. Taim nak undur kereta keluar rumah pun gua boleh berpeluh tak pasal. Nak nak taim malam larut. Silap kes boleh gua terkincit ni.

Ah, tak boleh jadi. Gua ambil keputusan order Glock sebiji. Tengok mana mana jenis gedebe yang berani nak tembak gua dari belakang.

24 April, 2010

Gua Tak Rock Sangat


Melalui hari hari yang bosan adalah rare bagi orang macam gua. Setiap hari gua lalui dengan warna warni pelangi alih alih hari ini jadi hari paling bosan dalam sejarah hidup gua. Kuku kaki tak potong, mesin basuh leaking, gas habis, kereta tak basuh, hujan renyai renyai betul betul buat gua mati kutu.

Alih alih gua capai BC Rich gua, greng greng lagu Metallica sampai auntie cina, jiran gua mencarut carut.

Hahahah gua jadi gembira secara otometik.

20 April, 2010

U & APCO


Minggu ini sibuk orang nak mengundi. Sibuk kat Hulu Selangor. Hari hari ada saja ahli dari salah satu parti yang bertanding keluar parti. Kelakar sungguh kerana dari dulu seakan semua ahli parti pembangkang keluar. Kiranya BN kuat.
Last last time mengundi kalah jugak. Gua paling tak setuju dengan PERKASA. Racist sangat gua nampak NGO Berahim Ali ni. Padahal kontrak buat rumah dan jamban sendiri bagi kat Cina juga. Kempen Hulu Selangor suruh Melayu undi India, apahal?
Sorry gua agak emo lately sebab perangai tak semenggah guna nama Melayu. Itu yang gua rasa tak Melayu sangat. Gua tak pilih berbaris tapi memilih berpakat. Sorry APCO-UMNO, lu orang sentiasa jadi sempadan gua saja.