30 April, 2010

Tembak- Menentang


Gua jenis suka keluar rumah tak tentu taim. Profesyen gua yang menuntut begitu. Kadang kadang subuh pun gua boleh keluar rumah smart smart padahal taim tu orang ramai lagi buat air liur basi.

Tapi lately gua rasa tak best. Taim nak undur kereta keluar rumah pun gua boleh berpeluh tak pasal. Nak nak taim malam larut. Silap kes boleh gua terkincit ni.

Ah, tak boleh jadi. Gua ambil keputusan order Glock sebiji. Tengok mana mana jenis gedebe yang berani nak tembak gua dari belakang.

24 April, 2010

Gua Tak Rock Sangat


Melalui hari hari yang bosan adalah rare bagi orang macam gua. Setiap hari gua lalui dengan warna warni pelangi alih alih hari ini jadi hari paling bosan dalam sejarah hidup gua. Kuku kaki tak potong, mesin basuh leaking, gas habis, kereta tak basuh, hujan renyai renyai betul betul buat gua mati kutu.

Alih alih gua capai BC Rich gua, greng greng lagu Metallica sampai auntie cina, jiran gua mencarut carut.

Hahahah gua jadi gembira secara otometik.

20 April, 2010

U & APCO


Minggu ini sibuk orang nak mengundi. Sibuk kat Hulu Selangor. Hari hari ada saja ahli dari salah satu parti yang bertanding keluar parti. Kelakar sungguh kerana dari dulu seakan semua ahli parti pembangkang keluar. Kiranya BN kuat.
Last last time mengundi kalah jugak. Gua paling tak setuju dengan PERKASA. Racist sangat gua nampak NGO Berahim Ali ni. Padahal kontrak buat rumah dan jamban sendiri bagi kat Cina juga. Kempen Hulu Selangor suruh Melayu undi India, apahal?
Sorry gua agak emo lately sebab perangai tak semenggah guna nama Melayu. Itu yang gua rasa tak Melayu sangat. Gua tak pilih berbaris tapi memilih berpakat. Sorry APCO-UMNO, lu orang sentiasa jadi sempadan gua saja.

19 April, 2010

Calar Hati


Gua tak rajin nak tulis panjang. Tapi gua bukan malas.
Orang Melayu tak boleh malas dan gua masih tak rasa gua Melayu sangat.
Gua Islam.

13 April, 2010

Samad Dialam Fantasi episode II


sambungan...

Samad menampar nampar mukanya seperti Raja Namrud menampar mukanya sendiri. Pandangan mata Samad kian mengabur. Kesakitan terkena cahaya dari orang tua tersebut tidak tertanggung lagi. Samad longlai, lemah zahirnya dan perlahan lahan tidak bergerak lagi.

Orang tua tersenyum puas lalu di papahnya tubuh longlai samad perlahan lahan menuju ke destinasi yang tidak diketahui. Basikal Samad berhendel tinggi turut diseret oleh orang tua itu.
"Bau badan budak ni macam bangkai, muka ok tapi tak pandai pakai odorono,ptuihh," getus orang tua sambil meludah ke tanah. Seekor ular di tepi jalan menjilat air ludahan orang tua sekonyong konyongnya. Ular tersebut secara megiknya terus bertukar menjadi Arnab yang eksyen.

Dalam keadaan lemah dan dipapah, Samad cuba membuka mata namun terlalu berat kepalanya membuatkan pandangannya berpinar pinar. Di telinga Samad cuma kedengaran bunyi bunyi yang aneh. Samad terasa berada di alam lain. Alam yang hijau dan udara nyaman seperti musim yang indah. Samad terus lemah dalam dakapan orang tua itu, namun Samad merasakan dirinya semakin lain..

"Mad Hatta, kau ambil budak ni," jerit orang tua pada sosok tubuh hijau didepannya. Samad cuba mendongak...
"Ah..," suara halus Samad berdecit...
Sosok hijau terus menggenggam tangan Samad
"Mari ikut aku, kita bergembira selamanya kerana kau insan terpilih,"..merdu suara sosok hijau atau nama layarnya Mad Hatta (Muhammad Hatta liew b Abdullah)
Samad tak mampu melawan, awan semakin bergumpal rendah didepannya...
Samad berserah mati atau hidupnya pada Tuhan.....

to be continue...